Thursday, January 14, 2016

Mencari Ramli Musim Ke-5 Kini Bermula!

Telekom Malaysia Berhad (TM) dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Majlis Sukan Negara (MSN), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Manchester United Football Club (MUFC) akan mengadakan ujibakat “Mencari Ramli 5” bagi mencungkil bakat-bakat pemain bola sepak negara dari peringkat akar umbi. Seperti musim terdahulu, TM akan menjelajah ke seluruh negara bagi memberi peluang bakat-bakat muda untuk menjadi ‘Ramli’ serta memenuhi impian mereka. Rancangan realiti ini merupakan platform sama rata yang akan menyenarai pendek 40 bakat muda bagi bersaing untuk dimasukkan ke dalam pasukan ‘Ramli’. 

Butiran lanjut ujibakat adalah seperti berikut:




Pendaftaran dibuka bagi mereka yang berumur dalam lingkungan 13-16 tahun. Berlainan dengan tahun-tahun yang lalu, Mencari Ramli 5 akan menghantar 12 peserta yang berjaya untuk menjalani latihan selanjutnya di Manchester United Soccer School (MUSS). Pemenang juga berpeluang menyaksikan pasukan Manchester United beraksi di Old Trafford, Manchester.

Oleh itu, jika anda mempunyai anak-anak, adik-adik atau saudara mara yang berkemahiran seperti Memphis, Bastian Schweinsteiger atau Wayne Rooney, berusia antara 13 – 16 tahun, jangan lepaskan sesi uji bakat berhampiran anda dan serlahkan bakat yang mereka miliki!

Terdapat pelbagai aktiviti menarik menanti anda seperti Cabaran Bola Pening di mana pemenang berpeluang menyaksikan perlawanan Manchester United di Old Trafford dan aktiviti jualan produk-produk TM sepanjang uji bakat berlangsung. Untuk maklumat lanjut mengenai Mencari Ramli 5, layari www.tm.com.my/mr5 atau ‘Like’ laman Facebook Team Malaysia www.facebook.com/TeamMalaysia


A.d.i.o.s


Info dari:-
Jenama & Komunikasi Kumpulan
Telekom Malaysia Berhad



No comments:

Post a Comment

TQ sebab sudi tinggalkan komen.
Kawan2 memang terbaik..
♥^_^♥