Filem : Polis Evo



I know its been a month or should i say 6 weeks this movie has been released dan mendapat kutipan tertinggi setakat ini, RM 16j. I am totally impressed with what the director, Ghaz Abu Bakar, the main cast, Zizan Razak & Shaheizy Sam, the production crew ; did in this movie. Apahal aku tetiba taip omputih nih?? heheheeee. Masa aku update ni pun, movie tu masih lagi ditayangkan. 


Sinopsis

Kisah Polis Evo bermula apabila seorang Inspektor narkotik terbaik di Kuala Lumpur iaitu Inspektor Khai (Shaheizy Sam) ditugaskan untuk menyiasat dan menyelesaikan kes Syabu Naga yang melibatkan operasi pengedaran dadah di Terengganu. Meskipun kes ini mempunyai kaitan dengan kes yang dikendalikan oleh Inspektor Khai sebelum ini, namun dia harus bekerjasama dengan Inspektor Sani (Zizan Razak) yang bertugas di Terengganu. Ini kerana Inspektor Sani lebih arif dengan selok-belok negeri kelahirannya itu. Walau bagaimanapun, mereka berdua mempunyai personaliti berbeza. Inspektor Khai seorang yang tegas dan sering bertindak tangkas dan ini berbeza sekali dengan Inspektor Sani, yang lebih mengikut prosedur dan protokol. Ketidakserasian itu membuatkan misi mereka hampir gagal. Segalanya berubah apabila ketua penjenayah, Izrail mula melibatkan keluarga Inspektor Sani dalam kes ini. Inspektor Khai dan Inspektor Sani kini sedar mereka perlu belajar bekerjasama bagi menyelesaikan misi mereka. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kawan-kawan dah pergi tengok ker filem nih? Rata-rata member T yang pergi tengok filem ni, puas hati dengan lakonan Shaheizy Sam dan Zizan Razak. Shaheizy Sam of coz la kan kita tahu lakonan dia macam mana tapi bila bab Zizan Razak, ramai yang agak risau. Boleh ker dia bawak watak serius? Memang itulah yang kawan2 T tanya sebelum tengok filem nih. T cakap, pergi tonton dulu, then baru komen. Selepas itu, Alhamdulillah, komen positif yang T dapat dari member T. Masing2 mengatakan, ZR menjayakan watak dengan baik sekali. Walaupun serius, tapi komedi tetap ada. 

Filem ni memang make news la.. tip top.. 

   1. News 1
       2. News 2
           3. News 3
               4. News 4
                   5. News 5


Pada T, usaha mereka yang terlibat dalam filem ni memang berbaloi sangat. Penat lelah diorang dibayar dengan satu reputasi yang sangat baik. Tahniah tahniah tahniah..

Sebagai seorang yang mengikuti perkembangan ZR ni, T cuma doakan yang terbaik untuk dia. T tahu, sekarang ni tengah banyak cerita2 yang tak syok didengari pasal ZR tapi itulah lumrah anak seni. Sejauh mana kebenarannya, hanya ALLAH SWT yang MAHA MENGETAHUI. Pada T, jangan cepat jatuhkan hukum pada sesuatu perkara sedangkan kita tidak tahu sejauh mana kebenarannya. Jangan cepat menjeling sinis sedangkan kita tidak sedalamnya mengenalinya. Ada luahan yang ZR nyatakan dalam instagram dia :-

"Bila senyum orang cakap kita happy..tapi apa yang happy kan kite..? Requirement.? Ya kalo ia penuh apa yang di pinta segala akan sempurna..tapi hidup ni tak fun kalo tiada cabaran..mulut orang..? Ya tu sekadar hobi mereka mengata orang..biarkan saja selagi tak tercalar kulit kita..smua orang tahu orang tapi tak semua orang kenal orang"

Deep right? 

Throwback - 21092015 - Movie Night Out Polis Evo at GSC Mid Valley,
me with director, Ghaz Abu Bakar & Zizan Razak

See u soon!! (^_^)


A.d.i.o.s


Comments

Popular posts from this blog

Si Hijau ku merajuk lagi!!!! - masalah hon & minyak hitam terlebih

Mencari Ramli Musim Ke-5 Kini Bermula!