Pertandingan Memasak Bubur Lambuk 2015 @ Menara Kuala Lumpur





Bersempena dengan sambutan Ramadhan Al-Mubarak 1436H yang bakal menjelma, Menara Kuala Lumpur dengan kerjasama Masjid Jamek Kampung Baru dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sekali lagi akan mengadakan Pertandingan Memasak Bubur Lambuk @ Menara Kuala Lumpur pada Sabtu, 13 Jun 2015 mulai jam 7.30 pagi.

Pertandingan ini terbuka kepada Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas di mana setiap kumpulan terdiri daripada 3 hingga 4 orang sahaja dan terbuka kepada 30 kumpulan di mana 10 kumpulan untuk Kategori Individu, 10 kumpulan Kategori Restoran/Hotel dan 10 kumpulan Kategori Masjid.

Yuran penyertaan bagi setiap kumpulan adalah RM100.00 dan penyertaan telah dibuka pada 1 Mac 2015 yang lalu dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 7 Jun 2015.

Tujuan utama penganjuran pertandingan ini, adalah bagi memperkenalkan Bubur Lambuk ke serata dunia, selain daripada menarik minat generasi muda terhadap warisan masakan tradisional ini agar ianya tidak pupus dalam era kemodenan masa kini. Ia juga memberi peluang kepada pengunjung tempatan dan antarabangsa untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sejarah dan kaedah pemasakannya.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk membuktikan kemahiran memasak anda dan membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM15,000.00 serta hamper yang menarik!

Untuk maklumat dan keterangan lanjut, sila hubungi Suriati di talian 03-2020 5448 dan layari www.menarakl.com.my atau www.facebook.com/officialmenarakl.


info dr TM Group Brand & Communication

A.d.i.o.s



Comments

Popular posts from this blog

Si Hijau ku merajuk lagi!!!! - masalah hon & minyak hitam terlebih

Mencari Ramli Musim Ke-5 Kini Bermula!