Monday, April 13, 2015

Gary Leessang

Semua orang punya minat tersendiri kan dan T rasa tak salah kot kalau T sesaja nak share sorang artis yang tiba2 T terminat nih.. heheheheeee


Korang familiar tak dengan nama artis antarabangsa ni, GARY @ GARY LEESSANG @ KANG GARY? Kalau yang minat Running Man tu, mesti tau punya. T pun tak tau sejak bila minat dia nih. Yang T tau, T layan Running Man pun sebab dia. Itupun dah 3 tahun on air kot baru tau rancangan ni (kaduk betul T nih). Hahahahaaaa..

Gary atau Kang Hee-gun adalah penyanyi-rapper Korea Selatan, penulis lagu, penerbit, penari, usahawan, personaliti televisyen dan juga ahli hip-hop duo, Leessang. Dilahirkan pada 24 Februari 1978, personaliti ini sememangnya mempunyai auranya yang tersendiri di kalangan peminat. 





T memang suka juga dengan music hip hop ni tapi tak semua music hip hop tu kena dengan halwa telinga T nih. Faham tak ayat T? Terasa macam berbelit pulak. Heheheeee.. Rentak lagu sememangnya memainkan peranan untuk attract pendengar kan tapi T bukan senang2 la minat terus lagu2 tuh. Kalau asian / international hip hop, mmg T akan cari translation untuk memudahkan T paham liriknya. Rasanya kawan2 tahu kenapa kena faham maksud lirik tu #sendirifahamkenapa.

Lagu-lagu Leessang / Gary cipta pun boleh tahan gak bestnya. T suka baca info / review song dari blog nih >> Asian Hip Hop .

 Asian Hip Hop

Dari blog ni jugakla T dapat tahu serba sedikit mengenai Gary dan Gil a.k.a Leessang dan perjalanan seni mereka. Terkesan jugak la dengan cerita mereka. Ada satu lagu tu menceritakan detik permulaan mereka untuk kejar cita2 mereka dalam music. Tajuk lagu tu RUSH.


Lirik lagu tu memang buat hati ni terasa (kalau dilihat pada english translation). Start daripada lagu ni la yang buat T nak dengar and cari apa lagi lagu yang diorang ni cipta. T dengar via web jer. Takut nak download. Kang tak pasal kena 'saman'.

T share sikit beberapa quotes dari Gary yang T dapat dr Mr Google. Kebanyakan memang ada dalam lagu2 sentuhan Gary. Deep.......










Apa lagi nak cerita ek. Takde apa dah kot. More story about him (if u want to know), just go to the blog that I've mention above or via Mr Google.. Heheheheeee.


A.d.i.o.s



No comments:

Post a Comment

TQ sebab sudi tinggalkan komen.
Kawan2 memang terbaik..
♥^_^♥