Event - Tayangan Perdana Filem Cicakman 3


Pada 03.03.2015 telah diadakan Tayangan Perdana / Malam Gala Filem Cicakman 3 yang berlangsung di E-Curve, Mutiara Damansara. Terima kasih pada pihak KRU, Grand Brilliance & Astro Shaw kerana sudi menjemput team ZTF.  Cerita event ni pun telah dikeluarkan di laman2 blog hiburan yang famous, so tak payahla T cerita banyak2.. heheheee

Ok, T nak share sikit gambar T. Selain untuk bertemu dengan para pelakon filem ni, apa yang lebih membuatkan T seronok sebenarnya adalah bertemu dengan TRIO TERBAIK iaitu kumpulan KRU. For 20 years, zaman T seiringan dengan kewujudan dan keaktifan mereka. T memang admire dengan apa yang diorang buat dan ada sekarang ni. Salute!!

Ok, stop membebel. hehehee..T belanja sikit gambo & sinopsis mengenai filem Cicakman 3.















Cicakman telahpun meninggalkan Metrofulus. Peminatnya, Man (Zizan Razak) begitu taksub dengan Cicakman yang mengakibatkan isterinya Linda (Lisa Surihani) untuk memfailkan perceraian diatas tingkah lakunya yang tidak matang. Man tertekan dengan kehadiran Inspektor Adam (Fizz Fairuz) yang cuba untuk memenangi hati Linda. Kehidupannya berubah apabila dia terjumpa serum kepunyaan Cicakman, yang memberikan beliau kuasa yang luar biasa. Sementara Man belajar untuk mengawal kuasa dan menjadi adiwira Metrofulus untuk seterusnya, beliau menghadapi satu cabaran baru, dengan kemunculan seorang adiwira baru bergelar 'SuperBro' di bandar Metrofulus.



Kepada peminat filem Cicakman dan penyokong filem tempatan, jangan lupa untuk menyaksikan Cicakman 3 yang bakal ditayangkan pada 12 Mac 2015.  Cak cak cak!!!

A.d.i.o.s




Comments

Popular posts from this blog

Si Hijau ku merajuk lagi!!!! - masalah hon & minyak hitam terlebih

Mencari Ramli Musim Ke-5 Kini Bermula!