Monday, February 23, 2015

Zizan Razak


Walaupun tercalon dalam banyak kategori dan tidak menang semua anugerah (kecuali 1 - Filem Meletop -Abang Long Fadil) di Anugerah Meletop Era 2015, ZR pesan jangan sedih. Keep smiling. Walaupun takde rezeki nak ulang kejayaan seperti last year, dia bersyukur sebab masih ada yang setia menyokong dia. 



Selepas ni, peminat pasti bertungkus lumus untuk mengundi ZR di Anugerah Bintang Popular pula. Untuk ABPBH kali ni, ZR tercalon dalam 3 kategori 
 - Pengacara Lelaki Popular - 
 - Artis Komedi Popular - 
 - Bintang Filem Popular -  
Pada aku, untuk berada dalam kelompok Top 5 Popular pun dah rasa susah sebab kena bersaing dengan yang lain. Tapi yelah, yang berkuasa menentukan pemenang adalah pengundi. Insha Allah, moga ABPBH kali ni berpihak pada ZR.




Always support u brother... eh... boss.. heheheheeee (^_^)

A.d.i.o.s


Friday, February 13, 2015

Al-Fatihah


12 Februari 2015 - Takziah buat keluarga Allahyarham di atas pemergian insan tercinta




~ Al-Fatihah ~

Tuesday, February 10, 2015

(^_^) Holla Semua (^_^)


Pejam celik dah bulan Februari 2015.. huish, begitu pantas masa berlalu.. tahun baru pun T tak ucapkan pada rakan2 blog sekali.. apa punya kawan la T ni kan.. huhuhuhhhh

So, what's up kawan2 semua? macam mana dengan permulaan awal tahun setakat ini? T ni masih lagi terkial kial nak mengatur rentak tapi T selalu gini >>> " let it go with the flow". Kadang2 apa yang kita plan tu tak menjadi, so i think it's better for me to make it as usual. Macam2 yang dah berlaku sepanjang Januari 2015. Suka duka rakyat, negara, dunia hiburan dan segala gala lah yang kita boleh lihat dan tahu secara realiti. Kita sebagai hamba yang menumpang di bumi Allah SWT ni, pastinya mahukan langkah perjalanan kita ni baik dan sentiasa dilindungi tapi bila berlaku perkara yang tak diingini tu, ianya semua dugaan.

T tak nak ulang suara apa yang dah berlaku sepanjang Januari 2015. Cukuplah kalau T share yang T sedang berusaha memperbaiki kehidupan untuk meneruskan fasa kehidupan seterusnya. Mungkin agak klise apa yang T katakan tapi semua orang akan alami perubahan dalam diri sedikit demi sedikit kan.

Masa entry ni di-update, T baru sahaja habis trimester exam. Seperti semester2 lepas, T berharap agar result kali ni dapat memperbaiki CGPA. Risau gak when u didn't reach the target given by University. T rasa syukur sebab ada kawan2 yang sentiasa sokong T dalam study ni. Kadang2 tu rasa nak quit tapi bila ramai yang hadir memotivasikan T untuk habiskan study ni, alhamdulillah, semangat itu hadir dan pulih sedikit demi sedikit.

Okeylah, T tak nak bercerita panjang lagi. Nanti bosan lak kengkawan tengok karangan T nih.  Insha Allah, T akan scuba sebaik mungkin untuk update blog ni. Pernah terfikir untuk mengundur tapi sayang la pulak sebab melalui blog jugak T dapat kenal kawan2 baru. Semoga apa yang kita buat diredhai Allah SWT . By the way,

SELAMAT TAHUN BARU 2015!!


A.d.i.o.s