Final Akademi Fantasia 2014 - Tahniah Firman!!


Rasanya ramai dah tahu siapa juara Akademi Fantasia 2014 @ AF2014. Ala2, latepost la nih ek.. hahahhaaa

Konsert akhir yang bersiaran secara langsung pada hari Ahad di MBSA itu telah menjadi saksi apabila Firman, dinobatkan sebaga Juara AF 2014. Beliau telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50000, sebuah Toyota Vios TRD Sportivo, pakej percutian ke Osaka, Jepun berserta trofi sumbangan Astro. Lagu yang dinyanyikan malam itu adalah Kejoraku Bersatu (Search) dan lagu baru ciptaan Datuk M Nasir, Di Pintumu. Perghhh, bukan calang2 orang yang cipta lagu dia nih. Ramai artis ngidam nak dapatkan lagu dari Sifu nih. Rezeki Firman kan. Pada aku, vokal Firman memang sesuai sangat dengan range music Rock. Kebanyakan lagu-lagu yang dia dendangkan pada konsert pun banyak lagu rock kan. Relaku Pujuk (minggu pertama), Relakan Jiwa (minggu ketiga), Meniti Titian Usan (the best, minggu kelima). Tempat kedua dimiliki Aman, ketiga Ewal, keempat Nuha & kelima Adel. 


Sumber : Rotikaya

Pada malam itu juga, pengacara AF 2014 bukan duo, tetapi menjadi trio apabila Jihan digandingkan dengan Zizan Razak dan Faizal Ismail. Faham-faham sendiri la kan macam mana meriahnya suasana konsert. Juri pada malam final konsert adalah Dato Ramli MS, Raja Azura dan Amy Search... pewwwwwwwwiiitttt... hehehee..

Artis yang membuat persembahan pada malam itu adalah Bunkface, Amy Search, Dayang Nurfaizah, Ning Baizura dan Mas Idayu. Ada video yang Zizan Razak bukan main syok menari lagu Mas Idayu. Kawan kawan boleh search kat instagram @ztf_official

Apa-apa pun, tahniah kepada semua bintang AF 2014. Semoga semua bintang Akademi Fantasia 2014 menyerlah dan berjaya dalam industri hiburan tanah air.

A.d.i.o.s


Comments

Popular posts from this blog

Si Hijau ku merajuk lagi!!!! - masalah hon & minyak hitam terlebih

Mencari Ramli Musim Ke-5 Kini Bermula!