Maharajalawak Mega 2014




Berikut adalah senarai dan barisan pelawak yang dipilih secara automatik untuk beraksi di gelanggang Program Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014)

Peserta:-
  • Shiro - Ajak & Shahrol
  • Bocey - Acey, Fard & Abam
  • Nabil 
  • SYJ - Syuk, Yassin & Jihan
  • Sepahtu - Jep, Shuib & Ilya (Senario)
  • Virus - Tauke, Yus dan Zizan Razak
  • Comey - Suhaimi Yusof dan Rophie
  • Jalor - Along Cham, Rahim dan Joey
  • Sayot - Zam, Filzah dan One (pemenang Skool Of Lawak)
  • Kepoh - Izu, Pian dan Kamal (pemenang Bintang Mencari Bintang)
Seramai 16 peserta lain iaitu Ekzis, Mamu, Sakan, Samurai, Cak, Spark, Qtaro, Token, Chilok, Badboy, Zero, Glory, Shake, Gap2, Jbond dan Wala. Mereka akan melalui satu ujian di Kerusi Panas MLM bagi menentukan siapakah 4 peserta di antara mereka yang layak bertanding di MLM 2014. Hot sit akan bersiaran langsung pada 31 Oktober 2014 & 7 November 2014. Gelanggang MLM 2014 akan bersiaran secara langsung pada 14 November 2014. 

Masih mengekalkan pengacara versatile, Dato AC Mizal, manakala format pemarkahan adalah 70% dari juri & 30% dari undian sms.



Disebabkan pengumuman MLM2014 jugak, minggu ni menjadi 'panas' termasuklah telingan dan mata aku. Mana taknya, kecoh gara-gara Zizan Razak join Jambu dan membentuk satu grup baru iaitu VIRUS. Macam2 komen yang diberikan. Aku tak faham kenapa peminat tak boleh terima satu pembaharuan. Johan sendiri dah terangkan kenapa dia tak masuk MLM2014 kali ni. Walaupun JOZAN tak masuk MLM2014, tak semestinya diorang berpecah. Kalau berita tu tak keluar dari mulut diorang sendiri, janganlah memandai nak buat cerita. Haishhhhh.. Ia cuma pendapat aku. Terpulang nak terima atau tidak




Apa2 pun, all the best pada semua yang masuk MLM 2014 kali ini. Moga lawak kalian lebih pintar dan versatile. Always support industri hiburan lawak tanah air.

A.d.i.o.s


Comments

Popular posts from this blog

Si Hijau ku merajuk lagi!!!! - masalah hon & minyak hitam terlebih

Mencari Ramli Musim Ke-5 Kini Bermula!