Akademi Fantasia 2014 - minggu ke-5, 05.10.2014


Untuk makluman, konsert AF 2014 minggu kelima ini merupakan siaran rakaman yang dilakukan pada 04 Oktober 2014, Sabtu. Rasanya semua orang tahu kenapa.. 

Minggu ke-5 ni T dapat saksikan di Auditorium MBSA. Untuk pembukaan, memang sesuatu yang membuat T rasa teruja sebab it's Joe Flizzow & Sonaone beb!!! Diorang nyanyikan lagu hit Apa Khabar.. Dapat plak sit yang dekat dengan pentas, lagilaaaaaa.. Rasa macam nak bangun dari sit tu dan terjah kat diorang.. heheheheeee

Sumber : Murai

Minggu ni juri jemputan adalah Nash Lefthanded.



Tema minggu ini adalah berkonsepkan Ketuhanan dan Kemanusiaan. Pada T, yang menyerlah adalah Firman menyanyikan lagu Meniti Titian Usang by Search, Ewal - Ketulusan Hati by Anuar Zain, Mungkin sebab lagu tu kena dengan vokal diorang kan. 

Penonton telah dihiburkan dengan persembahan oleh Mawi, Dali dan Hazama. Menyanyikan lagu baru Al-Nuraa, ternyata persembahan diorang tidak menghampakan. Sempat jugak aku candid tapi ni sebelum persembahan la.. Heheheheeee


Persembahan pelajar diserikan dengan kehadiran Fauziah Nawi dan Que Haidar yang turut sama 'berlakon' dengan pelajar. Mereka juga turut mendapat jeritan dari para penonton. Ternyata aura mereka masih kuat di pentas lakonan. Menariknya minggu ini, tiada penyingkiran dilakukan malah para pelajar mendapat suntikan semangat apabila ibu bapa mereka dibawa ke pentas AF2014. Pada mulanya agak sedih apabila semua ibu bapa pelajar hadir kecuali Firman sampaikan kena buat video call ke kampung halaman. Kan beberapa ketika terdapat macam gangguan audio dan ZR turun dari stage. Untuk makluman, ZR memang tak sihat minggu tu dan aku agak risau yang dia berulang kali cakap kat assistant dia yang dia tak berapa ok. Masa dia turun tu T ingatkan memang dia dah tak tahan sangat nak berdiri tapi rupa2nya buat surprise untuk Firman. Nasib baik cik T tak teriak weh. Mau habis tisu sekotak...wahahahahahaaaaa

Untuk corat coret konsert AF2014 minggu ni kawan kawan boleh baca di sini

Ada bergambar dengan ZR tapi dalam camera phone. Malas pulak nak transfer bagai. Nanti T upload eh. Heheheee..


C U in next post!! Tata...

A.d.i.o.s


Comments

Popular posts from this blog

Si Hijau ku merajuk lagi!!!! - masalah hon & minyak hitam terlebih

Mencari Ramli Musim Ke-5 Kini Bermula!