Tuesday, October 07, 2014

Akademi Fantasia 2014 - minggu ke-4, 28.09.2014


Masih lagi bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam dan juri jemputan minggu ini adalah Ziana Zain. Persembahan pembukaan konsert oleh Bunkface, buat aku tak senang duduk. Rasa nak menari wehhhhh.. hahahahaaaa



Tema untuk konsert minggu ini adalah ‘Tribute Komposer'. Pada aku yang menyaksikan secara live di Auditorium MBSA, ada yang best dan ada yang 'kureng'. Kenapa? Ada persembahan pelajar yang menunjukkan peningkatan yang baik dan ada yang macam 'biasa' jer. Walaupun ada soh seh yang mengatakan lagu2 yang dinyanyikan adalah lagu recycle - maknanya telah dinyanyikan pada konsert AF sebelum ni tapi pada aku ok jer. Takpelah, pendapat orang lain-lain. Pada aku kalau dah naskhah tu dah bagus, memang bagus la dinyanyikan semula untuk melihat sama ada naskah itu boleh padan atau tidak dengan penggayaan vokal seseorang. Cewahhhh.. Pandai jer aku ni kan.. eheheheee

Untuk minggu ni, pelajar yang tersingkir adalah Muna. Terkejut jugak sebab pada aku, pelajar ini telah menyanyikan lagu Kekal ciptaan Saari Amri yang dipopularkan oleh Ziana Zain dengan baik sekali. Ada peningkatan dalam pelajar ni tapi apa boleh buat, undian sms penentu segalanya. 

Untuk corat coret konsert AF minggu ni, korang baca di Murai 




Ok.. C u in the next post (^_^)

A.d.i.o.s

No comments:

Post a Comment

TQ sebab sudi tinggalkan komen.
Kawan2 memang terbaik..
♥^_^♥