Wednesday, October 29, 2014

Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2014




Tiket perlawanan akan mula dijual pada 29.10.2014 di negeri masing-masing.
Info pengagihan tiket adalah:-

Pahang - 40,000
Johor DT - 40,000

Jualan tiket atas talian - 10,000 boleh dibeli di www.tickethotline.com.my dan penebusan boleh ditebus di Stadium Putra Bukit Jalil bermula hari Khamis.

Harga Tiket: RM 40 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak 12 tahun ke bawah)

Tiket TIDAK akan dijual di kaunter Stadium Nasional Bukit Jalil


A.d.i.o.s


Tuesday, October 28, 2014

Juara Warna Super Spontan 2014


#latepost

Tahniah kepada Johan Raja Lawak yang telah menjadi juara Super Spontan 2014. Pentas akhir Super Spontan telah diadakan di MITC, Melaka pada Jumaat, 24.10.2014. Selama 3 tahun berturut masuk dan ternyata kali ini, rezeki berpihak kepadanya. Walaubagaimanapun, Johan Raja Lawak a.k.a "Abe Macho' telah bersaing sengit dengan Shahrol Shiro, Shuib Sepahtu, Acey, Yus dan Tauke. 


Tahniah juga diucapkan kepada para pengundi Johan kerana  telah berjaya menjadikan impian korang satu kenyataan. Johan telah membawa pulang RM 100,000 dan sebuah kereta Toyota Camry. Ini semua rezeki anak katanya. Semoga terus suksess. 

A.d.i.o.s


Maharajalawak Mega 2014




Berikut adalah senarai dan barisan pelawak yang dipilih secara automatik untuk beraksi di gelanggang Program Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014)

Peserta:-
  • Shiro - Ajak & Shahrol
  • Bocey - Acey, Fard & Abam
  • Nabil 
  • SYJ - Syuk, Yassin & Jihan
  • Sepahtu - Jep, Shuib & Ilya (Senario)
  • Virus - Tauke, Yus dan Zizan Razak
  • Comey - Suhaimi Yusof dan Rophie
  • Jalor - Along Cham, Rahim dan Joey
  • Sayot - Zam, Filzah dan One (pemenang Skool Of Lawak)
  • Kepoh - Izu, Pian dan Kamal (pemenang Bintang Mencari Bintang)
Seramai 16 peserta lain iaitu Ekzis, Mamu, Sakan, Samurai, Cak, Spark, Qtaro, Token, Chilok, Badboy, Zero, Glory, Shake, Gap2, Jbond dan Wala. Mereka akan melalui satu ujian di Kerusi Panas MLM bagi menentukan siapakah 4 peserta di antara mereka yang layak bertanding di MLM 2014. Hot sit akan bersiaran langsung pada 31 Oktober 2014 & 7 November 2014. Gelanggang MLM 2014 akan bersiaran secara langsung pada 14 November 2014. 

Masih mengekalkan pengacara versatile, Dato AC Mizal, manakala format pemarkahan adalah 70% dari juri & 30% dari undian sms.



Disebabkan pengumuman MLM2014 jugak, minggu ni menjadi 'panas' termasuklah telingan dan mata aku. Mana taknya, kecoh gara-gara Zizan Razak join Jambu dan membentuk satu grup baru iaitu VIRUS. Macam2 komen yang diberikan. Aku tak faham kenapa peminat tak boleh terima satu pembaharuan. Johan sendiri dah terangkan kenapa dia tak masuk MLM2014 kali ni. Walaupun JOZAN tak masuk MLM2014, tak semestinya diorang berpecah. Kalau berita tu tak keluar dari mulut diorang sendiri, janganlah memandai nak buat cerita. Haishhhhh.. Ia cuma pendapat aku. Terpulang nak terima atau tidak




Apa2 pun, all the best pada semua yang masuk MLM 2014 kali ini. Moga lawak kalian lebih pintar dan versatile. Always support industri hiburan lawak tanah air.

A.d.i.o.s


Monday, October 20, 2014

Anugerah Planet Muzik 2014 - Tahniah Judika


sekali lagi,
Judika dinobatkan sebagai 
Artis Lelaki Terbaik APM 2014





Tahniah Abg Judika....

A.d.i.o.s


Anugerah Planet Muzik 2014 - senarai pemenang anugerah


Berikut adalah senarai pemenang APM 2014 yang telah pun berlangsung pada 17 October 2014 yang lalu. 

1. Artis Baru Terbaik (Lelaki)
    Tulus – artis terbaru dari Indonesia

2. Artis Baru Terbaik (Wanita)
    Fynn Jamal

3. Nova Media Sosial
    Khareez Kasbulah

4. Ikon Media Sosial
    Taufik Batisah

5. Artis Paling Popular (Singapura)
    Taufik Batisah

6. Lagu Paling Popular (Singapura)
    Ikrar Kasih – Taufiq Batisah

7. Lagu Paling Popular APM
Dia Dia Dia – Fatin Shidqia Lubis

8. Artis Paling Popular (APM)
    Noah

9. Band Terbaik
    Noah

10. Kolaborasi Terbaik (Artis)
      Kalau aku kaya- Awi Rafael Dan Altimet

11. Kolaborasi Terbaik (Lagu)
      Mimpi – Aisyah Aziz

12. Artis Terbaik (Lelaki)
      Judika

13. Artis Terbaik (Wanita)
      Datuk Siti Nurhaliza

14. Duo / Kumpulan Terbaik APM 2014
      Hafiz dan Rossa

15. Lagu Terbaik Singapura
      Tiada Pengganti - Sufie Rashid

16. Lagu Terbaik Malaysia
      Lebih Indah - Datuk Siti Nurhaliza

17. Lagu Terbaik Indonesia
      Setelah Kau Tiada - Cakra Khan

18. Lagu Terbaik APM
      Setelah Kau Tiada - Cakra Khan

19. Anugerah Khas Planet Muzik
     Wings


Tahniah buat semua..

A.d.i.o.s


Friday, October 17, 2014

Anugerah Planet Muzik 2014



Akan berlangsung pada malam ini, 17 Oktober 2014 di Suntec, Singapore. Berikut adalah senarai pencalonan akhir Anugerah Planet Muzik 2014.

1. Artis Baru Terbaik (Lelaki)
  • Faizul Sany 
  • Reyza Hamizan 
  • Ryan Sufiyan 
  • Sufie Rashid 
  • Tulus
2. Artis Baru Terbaik (Wanita)
  • Aisyah Aziz 
  • Fatin Shidqia Lubis 
  • Fynn Jamal 
  • Hanie Soraya 
  • Maria Calista 
3. Kolaborasi Terbaik (Artis)
  • Altimet & Awierafael – Kalau Aku Kaya 
  • Altimet feat Trisno Trio – Hello 
  • Hafiz & Rossa – Salahkah 
  • Siti Nordiana & Aliff Aziz – Tak Ada Cinta Sepertimu 
  • Stacy & Smash – Hello
4. Kolaborasi Terbaik (Lagu)
  • Cinta Sesungguhnya – Sabhi Saddi/ Bemby Noor 
  • Mimpi – Aisyah Aziz / Faizal Tahir/ Omar K 
  • Tanpamu – Aryan Band / M. Nasir / Farid Yusof 
  • Takdir Cinta- Awi Rafael/ Adi Priyo Sambodo 
  • Terbaik Bagimu – Siti Nurhaliza / Ade Govinda 
5. Artis Terbaik (Lelaki)
  • Afgan – Katakan Tidak 
  • Cakra Khan – Setelah Kau Tiada 
  • Hafiz – Matahari 
  • Judika – Mama Papa Larang 
  • Sabhi Saddi- Cinta Sesungguhnya
6. Artis Terbaik (Wanita)
  • Dayang Nurfaizah – Di Pintu Syurga 
  • Raisa – Mantan Terindah 
  • Rossa – Hijrah Cinta 
  • Shila Amzah – Cinta Hati 
  • Siti Nurhaliza – Lebih Indah 
7. Duo/ Kumpulan Terbaik
  • Aizat & Yuna- Dwihati
  • Altimet & Awi Rafael – Kalau Aku Kaya 
  • Bebi Romeo feat Tata Janeeta – Bawalah Cintaku 
  • Hafiz & Rossa – Salahkah 
  • Trio Lestari – Gelora Cintaku 
8. Band Terbaik
  • Aryan Band 
  • Bunkface feat Amy Search 
  • Hyper Act 
  • Noah
  • Tujuhband 
9. Lagu Terbaik (Singapura)
  • Kesempurnaan Cinta – Auraz Band / Awi Rafael & Nanaz/ Awi Rafael & Wawan 
  • Sayang – Sezairi 
  • Setia Cinta- Idi Hakim & Erma / Yazri Malik/ Idi Hakim 
  • Suara Kita – Tujuhband/ Shamil Haniff / Irwan Azly 
  • Tiada Pengganti – Sufie Rashid/ Izwan Khuzir & Rusdi Badri/ Shafiq Iskandar & Sufie Rashid
10. Lagu Terbaik (Malaysia)
  • Aku Juga Manusia – Amir Jahari 
  • Hanya Aku – Hyper Act/ Frozen 
  • Lebih Indah – Siti Nurhaliza / Aubrey Suwito/ Ad Samad 
  • Relakan Jiwa – Hazama/ Manusia Putih 
  • Sepasang Sayap – Faizul Sany / Amir Jahari & AG Coco/ Amir Jahari 
11.Lagu Terbaik (Indonesia)
  • Ini Cinta – Noah / Ariel 
  • Jangan Cintai Aku Apa Adanya – Tulus/ Ari Aru Renaldi / Tulus 
  • Jangan Gila – Bunga Citra Lestari/ Pay & Dewiq 
  • Pameran Utama – Raisa / Mohammed Kamga 
  • Setelah Kau Tiada – Cakra Khan/ Aldi Nada Permana 
12. Lagu Terbaik APM
13. Artis Paling Popular (Singapura) 
  • Aisyah Aziz 
  • Aliff Aziz 
  • Art Fazil 
  • Audionauts 
  • Awi Rafael 
  • Diorama 
  • Ryan Sufian 
  • Sezairi 
  • Sleeq 
  • Sufie Rashid 
  • Taufiq Batisah 
  • The Sallys 
14. Lagu Paling Popular ( Singapura)
  • Aku Berlalu – Ryan Sufiyan 
  • Gelek Sampai Roboh – Comic Strip & The lion Story 
  • Ikrar Kasih – Taufiq Batisah 
  • Jauh – The Sallys 
  • Kau Milik Ku – Klutz & Man Toyak 
  • Kesempurnaan Cinta – Aurazband 
  • Sebenarnya- Fathin Amira Zubir 
  • Setia Cinta- Didi Hakim & Erma 
  • Sketsa Segitiga – Diorama feat Zaibaktian 
  • Suara Kita – Tujuhband 
  • Tanpamu- Aryanband 
  • Tiada Pengganti – Sufie Rashid 
15. Artis Paling Popular APM
  • Afgan 
  • Aliff Aziz 
  • Awi Rafael 
  • Hazama 
  • Hafiz 
  • Noah 
  • Raisa 
  • Rossa 
  • Shila Amzah 
  • Sleeq 
  • Taufiq Batisah 
  • Yuna
16. Lagu Paling Popular APM
  • Aku Yang Tersakiti- Judika & Kotak 
  • Dia Dia Dia – Fatin Shidqia Lubis 
  • Hanya Aku – Hyper Act 
  • Havoc – Joe Flizzow feat Altimet & SonaOne 
  • Hidup Untukmu Mati Tanpamu – Noah 
  • Kalau Aku Kaya – Altimet & Awi Rafael 
  • Katakan Tidak – Afgan 
  • Mantan Terindah – Raisa 
  • Relakan Jiwa – Hazama 
  • Rentak Laguku – Bunkface feat Amy Search 
  • Tepi Sikit – Sleeq & Joe Flizzow
17. Nova Media Sosial
  • Abdul Thaqif 
  • Arians feat Irvan Camily 
  • Astika Candra 
  • Fadhlan Razali 
  • Fatin Majidi
  • Khareez Kasbulah 
  • Miiko feat Joenickev 
  • Shelma & Keshia 
  • Syazni
18. Ikon Media Sosial
  • Afgan 
  • Aliff Aziz 
  • Hafiz 
  • Nidji 
  • Noah 
  • Sherina Munaf 
  • Shila Amzah 
  • Sleeq 
  • Taufiq Batisah 
  • Vidi Aldiano 
19. Anugerah Khas Planet Muzik


All the best!!!

A.d.i.o.s


Result Trimester 1 2014/2015


Alhamdulillah
walaupun keputusan tidak secemerlang yang kuharapkan tapi aku bersyukur
terima kasih Ya Allah kerana masih diberikan peluang ini
Insha Allah
akan ku kekalkan fokus dan rentak ku dalam mencari dan mempelajari ilmu



Wednesday, October 15, 2014

Akademi Fantasia 2014 - minggu ke-5, 05.10.2014


Untuk makluman, konsert AF 2014 minggu kelima ini merupakan siaran rakaman yang dilakukan pada 04 Oktober 2014, Sabtu. Rasanya semua orang tahu kenapa.. 

Minggu ke-5 ni T dapat saksikan di Auditorium MBSA. Untuk pembukaan, memang sesuatu yang membuat T rasa teruja sebab it's Joe Flizzow & Sonaone beb!!! Diorang nyanyikan lagu hit Apa Khabar.. Dapat plak sit yang dekat dengan pentas, lagilaaaaaa.. Rasa macam nak bangun dari sit tu dan terjah kat diorang.. heheheheeee

Sumber : Murai

Minggu ni juri jemputan adalah Nash Lefthanded.



Tema minggu ini adalah berkonsepkan Ketuhanan dan Kemanusiaan. Pada T, yang menyerlah adalah Firman menyanyikan lagu Meniti Titian Usang by Search, Ewal - Ketulusan Hati by Anuar Zain, Mungkin sebab lagu tu kena dengan vokal diorang kan. 

Penonton telah dihiburkan dengan persembahan oleh Mawi, Dali dan Hazama. Menyanyikan lagu baru Al-Nuraa, ternyata persembahan diorang tidak menghampakan. Sempat jugak aku candid tapi ni sebelum persembahan la.. Heheheheeee


Persembahan pelajar diserikan dengan kehadiran Fauziah Nawi dan Que Haidar yang turut sama 'berlakon' dengan pelajar. Mereka juga turut mendapat jeritan dari para penonton. Ternyata aura mereka masih kuat di pentas lakonan. Menariknya minggu ini, tiada penyingkiran dilakukan malah para pelajar mendapat suntikan semangat apabila ibu bapa mereka dibawa ke pentas AF2014. Pada mulanya agak sedih apabila semua ibu bapa pelajar hadir kecuali Firman sampaikan kena buat video call ke kampung halaman. Kan beberapa ketika terdapat macam gangguan audio dan ZR turun dari stage. Untuk makluman, ZR memang tak sihat minggu tu dan aku agak risau yang dia berulang kali cakap kat assistant dia yang dia tak berapa ok. Masa dia turun tu T ingatkan memang dia dah tak tahan sangat nak berdiri tapi rupa2nya buat surprise untuk Firman. Nasib baik cik T tak teriak weh. Mau habis tisu sekotak...wahahahahahaaaaa

Untuk corat coret konsert AF2014 minggu ni kawan kawan boleh baca di sini

Ada bergambar dengan ZR tapi dalam camera phone. Malas pulak nak transfer bagai. Nanti T upload eh. Heheheee..


C U in next post!! Tata...

A.d.i.o.s


Tuesday, October 07, 2014

Akademi Fantasia 2014 - minggu ke-4, 28.09.2014


Masih lagi bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam dan juri jemputan minggu ini adalah Ziana Zain. Persembahan pembukaan konsert oleh Bunkface, buat aku tak senang duduk. Rasa nak menari wehhhhh.. hahahahaaaa



Tema untuk konsert minggu ini adalah ‘Tribute Komposer'. Pada aku yang menyaksikan secara live di Auditorium MBSA, ada yang best dan ada yang 'kureng'. Kenapa? Ada persembahan pelajar yang menunjukkan peningkatan yang baik dan ada yang macam 'biasa' jer. Walaupun ada soh seh yang mengatakan lagu2 yang dinyanyikan adalah lagu recycle - maknanya telah dinyanyikan pada konsert AF sebelum ni tapi pada aku ok jer. Takpelah, pendapat orang lain-lain. Pada aku kalau dah naskhah tu dah bagus, memang bagus la dinyanyikan semula untuk melihat sama ada naskah itu boleh padan atau tidak dengan penggayaan vokal seseorang. Cewahhhh.. Pandai jer aku ni kan.. eheheheee

Untuk minggu ni, pelajar yang tersingkir adalah Muna. Terkejut jugak sebab pada aku, pelajar ini telah menyanyikan lagu Kekal ciptaan Saari Amri yang dipopularkan oleh Ziana Zain dengan baik sekali. Ada peningkatan dalam pelajar ni tapi apa boleh buat, undian sms penentu segalanya. 

Untuk corat coret konsert AF minggu ni, korang baca di Murai 




Ok.. C u in the next post (^_^)

A.d.i.o.s