Warna Super Spontan 2014 - Minggu 2



Wowwwwww!! nampaknya di minggu kedua,  Biawak Laser telah memberikan kejutan apabila berjaya menewaskan Mawas Berduri dengan undian 61 peratus. Ini membuktikan, persaingan sengit sudah mula ditunjukkan oleh kedua dua team. Minggu ini menyaksikan Super Mama iaitu Didie Alias tersingkir dari meneruskan persaingan. 




5 permainan yang dimainkan minggu ini adalah Ciptaan, Pemberita Berkepala Tiga, Direktor Tak Siuman, Dialog Dalam Tin dan Demonstrasi. Kesemua permainan memerlukan setiap kumpulan beraksi mengikut situasi yang diberikan. 

Program ini dihoskan oleh Ray Era dan Haniff Era dan disiarkan secara langsung dari De Showroom, Bandar Sri Damansara, setiap hari Jumaat, pukul 10 malam di Saluran Astro Warna (saluran 132) dan Astro Mustika HD (saluran 134).

Sokong industri lawak tanah air!!



A.d.i.o.s


Comments

Popular posts from this blog

Si Hijau ku merajuk lagi!!!! - masalah hon & minyak hitam terlebih

Mencari Ramli Musim Ke-5 Kini Bermula!