Warna Super Spontan 2014 - Minggu 1


Picture credit to http://aswanazmy.blogspot.com/

Kemenangan minggu pertama (29.08.2014) berpihak kepada kumpulan Mawas Berduri dengan undian 57 peratus manakala Biawak Laser dengan 43 peratus undian. Jika sebelum ini, tiada penyingkiran dilakukan pada minggu pertama tetapi Afdlin Shauki telah mengumumkan bahawa penyingkiran akan terus dilakukan pada malam itu juga. Sehubungan dengan itu, semua ahli kumpulan Biawak Laser terpaksa mengundi untuk memilih salah seorang dari mereka dan Sharifah Sakinah@Baby Kiki adalah peserta pertama yang disingkirkan di minggu pertama Super Spontan 2014.




5 permainan telah dijalankan untuk minggu ini - Beku - Situasi - Maju Undur - Susunan Abjad & Muzik Video Karaoke 

Program ini dihoskan oleh Ray Era dan Haniff Era dan disiarkan secara langsung dari De Showroom, Bandar Sri Damansara, setiap hari Jumaat, pukul 10 malam di Saluran Astro Warna (saluran 132) dan Astro Mustika HD (saluran 134)

Minggu pertama jer dah macam-macam aksi lucu & spontan yang keluar. Kalau ada peserta favourite kawan-kawan yang bermain dalam Super Spontan 2014 kali ini, kalau rasa nak undi, undilah. Heheheeee

A.d.i.o.s


Comments

Popular posts from this blog

Si Hijau ku merajuk lagi!!!! - masalah hon & minyak hitam terlebih

Mencari Ramli Musim Ke-5 Kini Bermula!