Wednesday, September 24, 2014

Anugerah Lawak Warna 2014

19 September 2014, Teater Selangor, Shah Alam.

Rasanya semua dah tahu siapa yang menang malam tu cuma aku yang lambat nak update kat blog ni. Saja nak selitkan jugak kat sini sebab tahun lepas aku ada update anugerah yang sama kan. Tahun ni aku tak pergi sebab tak dapat tiket. Lagipun ZR shooting kat Terengganu, jadi takde hati nak pergi... konon.. heheeee. 

Persembahan pembukaan dari Dato Ac. OMG, he still got that moves ok. Suka tengok dia menari. Awesome! Malam ni dia bergandingan dengan Nabila Huda. Memang bersahaja dan selamba. Abil memang bagus.

Ini dia senarai pemenang ALW2014

Filem Komedi Terbaik – Sejoli (PrimeWorks Studio)
Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) – Bront Palarae (Sejoli)
Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem) – Maya Karin (Sejoli)
Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (TV) – Kazar Saisi (Bila Joyah Dan Goyah)
Pelakon Komedi Wanita Terbaik (TV) – Jasmin Hamid (Bila Joyah Dah Goyah)
Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (Bersiri) – Maharaja Lawak Mega 2013 (APSB/Homegrown)
Siri TV Komedi Terbaik (Bersiri) – Oh My English – April Fool (Red Communication)
Siri Komedi Hiburan Terbaik (Bukan Bersiri) – Karoot Komedia Raya
Rancangan Komedi TV Terbaik (Bukan Bersiri) – Bila Joyah Dah Goyah
Lakon Layar Komedi Terbaik (Filem) – Sejoli
Skrip Komedi Terbaik Filem – Sejoli
Pengarah Komedi Terbaik (TV) -Bila Joyah Dah Goyah – Nazir Jamaluddin
Pengarah Komedi Terbaik (Filem) – Sejoli – Osman Ali
Artis Lawak Lelaki Paling Popular – Jepp (SepahTu)
Artis Lawak Wanita Paling Popular – Sharifah Sakinah
Segmen Komedi Radio Paling Popular – Johara Pagi Era – Sketsa Johara

Anugerah Khas - Datuk Jamali Shadat,  Hamid Gurkha & Senario.

Diorang memang layak dapat pengiktirafan Anugerah Khas Juri ni. Macam kumpulan Senario, aku masih ingat apabila diorang semua terlibat dengan rancangan realiti , Sinaran Passport Kegemilangan. Korang mesti tau kan rancangan ni. Memang menyentuh perasaan apabila kesemua anggota Senario baru dan lama, iaitu Azlee, Wahid, Lan Pet-Pet, Hamdan, Ilya, Saiful Apek dan Yassin berpegangan tangan menuju ke pentas untuk menerima anugerah berkenaan. Kalaulah TV3 boleh recap balik rancangan lama tu kat TV, mesti seronok tengok. Datuk Jamali & Hamid Gurkha pula, sinonim dengan watak Atuk & Atan. Agak mendalam jugak apa yang dikatakan oleh Pak Hamid. Heheheheee.

Pada aku la, persembahan yang mencuri tumpuan malam tu adalah dari Harith Iskandar, kumpulan SYJ & persembahan penutup oleh kumpulan Lipan Bara (Dato AC yg cakap) yg dianggotai oleh Shuib, Jep, Tauke, Yus, Mi & Shah Slam. Shuib boleh menyanyi dengan baik weh. Rock gitu. Tapi suara dia memang best pun. Heheheheeee

Untuk corat coret ALW2014, kawan2 boleh klik sini & sini

Hmmmmmmmm... Frust jugak bila ZR tak dapat bawak balik award untuk kategori yang dicalonkan tapi nak buat macam mana, rezeki masing2 kan. ZR sendiri kata "tak apa, Dia dah tentukan segalanya"... (^_^)




A.d.i.o.s


2 comments:

  1. huhu...x langgan warna,,,,bujet....

    ReplyDelete
    Replies
    1. lorrr.. cer try tengok kat youtube channel astro gempak...

      Delete

TQ sebab sudi tinggalkan komen.
Kawan2 memang terbaik..
♥^_^♥