Friday, September 12, 2014

Akademi Fantasia 2014 - Minggu Pertama 07 September 2014




Kalau ikutkan macam malas nak pergi sebab esoknya tu hari bekerja. Tapi disebabkan ini merupakan minggu pertama ZR mengacarakan AF2014, ku jejakkan jua diriku ke sana sebagai tanda sokongan. Cewahhh. Ayat poyo an (yang sebenarnya hasil pujukan kak Nida jugak). heheheheee

Berlangsung di Auditorium MBSA Shah Alam, konsert minggu pertama berjalan dengan baik pada 07 September 2014 yang lalu. 

Pengacara untuk malam konsert adalah Zizan Razak, manakala Jihan Musa pula akan menjadi hos diari AF 2014. Yang bestnya, ZR & Jihan digandingkan untuk mengacarakan minggu pertama konsert AF2014. Nampak keserasian di situ. Sebelum barisan pengacara diperkenalkan, para pengajar & pengetua telah diperkenalkan dahulu. The best part is adalah apabila pengetua AF 2014 , Datuk Hattan, diperkenalkan. Bergema satu auditorium menyanyi (termasuklah aku).. heheheee

Barisan pengajar

Zizan Razak & Jihan Musa

Manakala juri konsert di minggu pertama pula adalah;-




Inilah dia 12 pelajar Akademi Fantasia 2014;-



Untuk komen mengenai konsert pertama ni, kawan2 boleh klik di sini . Jom layan sikit gambar yang sempat T snap di minggu pertama ni.





Dato' M Nasir & Datin Marlia Musa
ZTF with ibu Zizan Razak (tudung hijau)
with ZR.. masa ni dah pukul 1.30 pagi. 


Haaa... gambar2 yang dalam auditorium tu T snap masa commercial break sebab pihak produksi dah inform, tak boleh record or candid picture ketika acara sedang berlangsung kecuali kepada para media yang telah dibenarkan. Standard prosedur la kan. 

Paling gimik T rasa penyingkiran Jihan dari terus mengendalikan konsert ini. Memang menjadi sangat. Sebaik saja Jihan disingkir, bekas penyampai radio Hot.fm, Faizal Ismail telah diumumkan sebagai hos gandingan Zizan dalam konsert #AF2014. Hopefully gandingan ZR & FBI mantap di minggu kedua nanti.

Semoga AF2014 kali ni betul-betul mengembalikan zaman kegemilangan seperti dulu.

A.d.i.o.s




No comments:

Post a Comment

TQ sebab sudi tinggalkan komen.
Kawan2 memang terbaik..
♥^_^♥