Wednesday, September 24, 2014

Akademi Fantasia 2014 - Minggu ketiga 21 September 2014


Untuk minggu ketiga nih, T masih lagi tidak berkesempatan untuk memenuhkan sit di Auditorium MBSA sebab ada urusan keluarga di Melaka. Oleh kerana minggu ketiga bertemakan Hits Fantasia, yang sebenarnya T excited nak tengok Abg Zahid Baharudin (AF2) perform atas pentas. Serius, rindu giler nak tengok dia perform. Sempat lagi aku twit pada dia. Heheee. 

Apa yang mencuri tumpuan adalah kehadiran Datuk Aznil Haji Nawawi menjadi juri di malam tersebut  yang sememangnya sinonim & secara tak langsung telah mengembalikan nostalgia AF itu sendiri. 


Untuk corat coret minggu ketiga ni, korang boleh klik sini & sini. Pendapat aku, untuk minggu ketiga ni, pelajar yang pmenyerlah adalah Firman (Relakan Jiwa - Hazama),  Muna (Percayalah - Indah)  & Ewal (Kebahagiaan Dalam Perpisahan - Shahir). 

Artis jemputan untuk persembahan khas minggu ini adalah Iwere yang mendendangkan lagu hitnya, Oghe Kito. Rap Kelantan weh. Sememangnya menghiburkan. Aku ni minat jugak dengan lagu hip hop. Paling syok dulu masa layan Teh Tarik Crew & Too Phat. Itu yang best la pada aku. Hehehee

Pelajar kedua yang tersingkir di minggu ketiga ini adalah Fareez. Nak kata persembahan dia tak ok malam tu, ada yang lagi tak ok sebenarnya. Tapi dah kata undian, nak buat camno. 

C U in next post.


A.d.i.o.s


No comments:

Post a Comment

TQ sebab sudi tinggalkan komen.
Kawan2 memang terbaik..
♥^_^♥