Wednesday, September 24, 2014

Anugerah Lawak Warna 2014

19 September 2014, Teater Selangor, Shah Alam.

Rasanya semua dah tahu siapa yang menang malam tu cuma aku yang lambat nak update kat blog ni. Saja nak selitkan jugak kat sini sebab tahun lepas aku ada update anugerah yang sama kan. Tahun ni aku tak pergi sebab tak dapat tiket. Lagipun ZR shooting kat Terengganu, jadi takde hati nak pergi... konon.. heheeee. 

Persembahan pembukaan dari Dato Ac. OMG, he still got that moves ok. Suka tengok dia menari. Awesome! Malam ni dia bergandingan dengan Nabila Huda. Memang bersahaja dan selamba. Abil memang bagus.

Ini dia senarai pemenang ALW2014

Filem Komedi Terbaik – Sejoli (PrimeWorks Studio)
Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) – Bront Palarae (Sejoli)
Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem) – Maya Karin (Sejoli)
Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (TV) – Kazar Saisi (Bila Joyah Dan Goyah)
Pelakon Komedi Wanita Terbaik (TV) – Jasmin Hamid (Bila Joyah Dah Goyah)
Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (Bersiri) – Maharaja Lawak Mega 2013 (APSB/Homegrown)
Siri TV Komedi Terbaik (Bersiri) – Oh My English – April Fool (Red Communication)
Siri Komedi Hiburan Terbaik (Bukan Bersiri) – Karoot Komedia Raya
Rancangan Komedi TV Terbaik (Bukan Bersiri) – Bila Joyah Dah Goyah
Lakon Layar Komedi Terbaik (Filem) – Sejoli
Skrip Komedi Terbaik Filem – Sejoli
Pengarah Komedi Terbaik (TV) -Bila Joyah Dah Goyah – Nazir Jamaluddin
Pengarah Komedi Terbaik (Filem) – Sejoli – Osman Ali
Artis Lawak Lelaki Paling Popular – Jepp (SepahTu)
Artis Lawak Wanita Paling Popular – Sharifah Sakinah
Segmen Komedi Radio Paling Popular – Johara Pagi Era – Sketsa Johara

Anugerah Khas - Datuk Jamali Shadat,  Hamid Gurkha & Senario.

Diorang memang layak dapat pengiktirafan Anugerah Khas Juri ni. Macam kumpulan Senario, aku masih ingat apabila diorang semua terlibat dengan rancangan realiti , Sinaran Passport Kegemilangan. Korang mesti tau kan rancangan ni. Memang menyentuh perasaan apabila kesemua anggota Senario baru dan lama, iaitu Azlee, Wahid, Lan Pet-Pet, Hamdan, Ilya, Saiful Apek dan Yassin berpegangan tangan menuju ke pentas untuk menerima anugerah berkenaan. Kalaulah TV3 boleh recap balik rancangan lama tu kat TV, mesti seronok tengok. Datuk Jamali & Hamid Gurkha pula, sinonim dengan watak Atuk & Atan. Agak mendalam jugak apa yang dikatakan oleh Pak Hamid. Heheheheee.

Pada aku la, persembahan yang mencuri tumpuan malam tu adalah dari Harith Iskandar, kumpulan SYJ & persembahan penutup oleh kumpulan Lipan Bara (Dato AC yg cakap) yg dianggotai oleh Shuib, Jep, Tauke, Yus, Mi & Shah Slam. Shuib boleh menyanyi dengan baik weh. Rock gitu. Tapi suara dia memang best pun. Heheheheeee

Untuk corat coret ALW2014, kawan2 boleh klik sini & sini

Hmmmmmmmm... Frust jugak bila ZR tak dapat bawak balik award untuk kategori yang dicalonkan tapi nak buat macam mana, rezeki masing2 kan. ZR sendiri kata "tak apa, Dia dah tentukan segalanya"... (^_^)




A.d.i.o.s


Akademi Fantasia 2014 - Minggu ketiga 21 September 2014


Untuk minggu ketiga nih, T masih lagi tidak berkesempatan untuk memenuhkan sit di Auditorium MBSA sebab ada urusan keluarga di Melaka. Oleh kerana minggu ketiga bertemakan Hits Fantasia, yang sebenarnya T excited nak tengok Abg Zahid Baharudin (AF2) perform atas pentas. Serius, rindu giler nak tengok dia perform. Sempat lagi aku twit pada dia. Heheee. 

Apa yang mencuri tumpuan adalah kehadiran Datuk Aznil Haji Nawawi menjadi juri di malam tersebut  yang sememangnya sinonim & secara tak langsung telah mengembalikan nostalgia AF itu sendiri. 


Untuk corat coret minggu ketiga ni, korang boleh klik sini & sini. Pendapat aku, untuk minggu ketiga ni, pelajar yang pmenyerlah adalah Firman (Relakan Jiwa - Hazama),  Muna (Percayalah - Indah)  & Ewal (Kebahagiaan Dalam Perpisahan - Shahir). 

Artis jemputan untuk persembahan khas minggu ini adalah Iwere yang mendendangkan lagu hitnya, Oghe Kito. Rap Kelantan weh. Sememangnya menghiburkan. Aku ni minat jugak dengan lagu hip hop. Paling syok dulu masa layan Teh Tarik Crew & Too Phat. Itu yang best la pada aku. Hehehee

Pelajar kedua yang tersingkir di minggu ketiga ini adalah Fareez. Nak kata persembahan dia tak ok malam tu, ada yang lagi tak ok sebenarnya. Tapi dah kata undian, nak buat camno. 

C U in next post.


A.d.i.o.s


My study - Trimester exam (Sept 2014)

15 Sept 2014 - 17 Sept 2014

kali ni T tak rasa gelabah nak jawab seperti semester lepas
apa yang berlaku semester lepas memang betul2 buat T sedar
semester lepas memang blur habis
entah apa yang T jawab pun T tak tahu

Alhamdulillah..
T harap semester ni dapat naikkan pointer
apa yang berlaku adalah pengajaran
T akan berusaha untuk kembali fokus
tetapkan matlamat

semoga T dapat keputusan yang baik
Amin


A.d.i.o.s


My Favourite Song - Jodoh Pasti Bertemu by Afgan

Andai engkau tahu
Betapa ku mencinta
Selalu menjadikanmu
Isi dalam doaku

Ku tahu tak mudah
Menjadi yang kau pinta
Ku pasrahkan hatiku
Takdirkan menjawabnya

Jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu..
Jodoh pasti bertemu

Andai engkau tahu
Betapa ku mencinta
Selalu menjadikanmu
Isi dalam doaku

Ku tahu tak mudah
Menjadi yang kau pinta
Ku pasrahkan hatiku
Takdir kan menjawabnya

Jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, 
Jodoh pasti bertemu

Jika aku (jika aku) bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu
(Jika aku bukan jalanmu)
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu 
jodoh pasti bertemu





A.d.i.o.s



Akademi Fantasia 2014 - Minggu Kedua 14 September 2014


T tak pergi tonton konsert ni sebabnya takut terlajak untuk pergi exam keesokan harinya.. hehehehee.. 

Mulanya T memang dah terperap dalam bilik untuk study tapi entah macam mana boleh hilang fokus jap bila dengar suara ZR. Sudahnya, dengan buku-buku ku bawak keluar dari bilik. Mengada kan. Kena pulak nak tengok dia bergandingan dengan Faisal Ismail, lagi tak keruan kita dibuatnya. Juri jemputan minggu ini adalah Amy Mastura.


Wawa telah menjadi pelajar yang  pertama tersingkir di minggu kedua ini. Walaupun hanya menonton di rumah, T dapat lihat yang Wawa kelihatan gugup untuk menyanyikan lagu Dato' Siti Nurhaliza.  Tidak mengapa Wawa, insha Allah, rezeki Wawa ada di dalam bidang nih.

Rata rata ramai yang suka gandingan ZR ngan FBI minggu ni. ZR asyik kena bahan jer minggu ni pasal seluar dia. Kenapa? Boleh tanya En Google.. Heheheeee.. 

Walaupun tak dapat menonton sehingga ke akhir konsert kerana dipaksa tidur awal, adik T bagitau yang konsert minggu ke-2 ni nampak meriah. Lagu-lagu yang dinyanyikan pula adalah hits 90'an, ada penonton yang ikut nyanyi. 

Corat coret AF2014 di minggu kedua ni, kawan-kawan boleh klik sini . C u again in next post!!


A,d,i,o,s


Friday, September 12, 2014

Akademi Fantasia 2014 - Minggu Pertama 07 September 2014




Kalau ikutkan macam malas nak pergi sebab esoknya tu hari bekerja. Tapi disebabkan ini merupakan minggu pertama ZR mengacarakan AF2014, ku jejakkan jua diriku ke sana sebagai tanda sokongan. Cewahhh. Ayat poyo an (yang sebenarnya hasil pujukan kak Nida jugak). heheheheee

Berlangsung di Auditorium MBSA Shah Alam, konsert minggu pertama berjalan dengan baik pada 07 September 2014 yang lalu. 

Pengacara untuk malam konsert adalah Zizan Razak, manakala Jihan Musa pula akan menjadi hos diari AF 2014. Yang bestnya, ZR & Jihan digandingkan untuk mengacarakan minggu pertama konsert AF2014. Nampak keserasian di situ. Sebelum barisan pengacara diperkenalkan, para pengajar & pengetua telah diperkenalkan dahulu. The best part is adalah apabila pengetua AF 2014 , Datuk Hattan, diperkenalkan. Bergema satu auditorium menyanyi (termasuklah aku).. heheheee

Barisan pengajar

Zizan Razak & Jihan Musa

Manakala juri konsert di minggu pertama pula adalah;-




Inilah dia 12 pelajar Akademi Fantasia 2014;-



Untuk komen mengenai konsert pertama ni, kawan2 boleh klik di sini . Jom layan sikit gambar yang sempat T snap di minggu pertama ni.





Dato' M Nasir & Datin Marlia Musa
ZTF with ibu Zizan Razak (tudung hijau)
with ZR.. masa ni dah pukul 1.30 pagi. 


Haaa... gambar2 yang dalam auditorium tu T snap masa commercial break sebab pihak produksi dah inform, tak boleh record or candid picture ketika acara sedang berlangsung kecuali kepada para media yang telah dibenarkan. Standard prosedur la kan. 

Paling gimik T rasa penyingkiran Jihan dari terus mengendalikan konsert ini. Memang menjadi sangat. Sebaik saja Jihan disingkir, bekas penyampai radio Hot.fm, Faizal Ismail telah diumumkan sebagai hos gandingan Zizan dalam konsert #AF2014. Hopefully gandingan ZR & FBI mantap di minggu kedua nanti.

Semoga AF2014 kali ni betul-betul mengembalikan zaman kegemilangan seperti dulu.

A.d.i.o.s




Wednesday, September 10, 2014

Warna Super Spontan 2014 - Minggu 2



Wowwwwww!! nampaknya di minggu kedua,  Biawak Laser telah memberikan kejutan apabila berjaya menewaskan Mawas Berduri dengan undian 61 peratus. Ini membuktikan, persaingan sengit sudah mula ditunjukkan oleh kedua dua team. Minggu ini menyaksikan Super Mama iaitu Didie Alias tersingkir dari meneruskan persaingan. 




5 permainan yang dimainkan minggu ini adalah Ciptaan, Pemberita Berkepala Tiga, Direktor Tak Siuman, Dialog Dalam Tin dan Demonstrasi. Kesemua permainan memerlukan setiap kumpulan beraksi mengikut situasi yang diberikan. 

Program ini dihoskan oleh Ray Era dan Haniff Era dan disiarkan secara langsung dari De Showroom, Bandar Sri Damansara, setiap hari Jumaat, pukul 10 malam di Saluran Astro Warna (saluran 132) dan Astro Mustika HD (saluran 134).

Sokong industri lawak tanah air!!



A.d.i.o.s


ZTF - Flashmob at Matta Fair PWTC, 06-07 September 2014


Sebenarnya it's a gimik untuk mempromosikan program Jejak Jepun yang diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar.  As my previous entry, aku pergi pada hari Ahad, 07 September 2014. Oleh kerana salah tempat masuk / menunggu, aku kena bayar entry fee. Tapi tak kisahlah, asalkan aku dapat tengok dan join keseronokan ZTF yang buat flashmob.




Rasanya korang sendiri tau kan macam mana flashmob tu berlaku. Budak budak ni berlegar dekat dengan booth JNTO (Japan National Tourism Organization) sambil edarkan flyers program Jejak Jepun. Bila lagu start jer, Siew yang mulakan 2-3 langkah dan barulah ramai ramai menari. Masa tengok diorang tu, Allah jer tahu perasaan aku. Aku rasa seronok. Memang kalau ikutkan nak join diorang menari sekali tapi dah kiri kanan penuh dengan beg, memang tak buatlah. Bayangkan, budak budak ni berlatih hanya sejam pada hari Jumaat, 05.09.2014. Lagu dah ada tapi tak dapat nak ikut step asal. Nasib baik la ada Siew dan siapa entah lagi sorang (tak ingat nama) yang membantu untuk buat step senang. Hari Sabtu diorang datang sempat lagi prektis kat parking lot. Memang bersemangat diorang. 
ZTF with their brother
inilah director Ghaz Abu Bakar





inilah Siew tapi nama sebenar dia Amirah.. hehehee
setahun lamanya tak jumpa dia nih..

Zizan Razak

Alhamdulillah. Semuanya ok. Mulanya nak ber'wefie' dengan ZR tapi aku tengok ZR macam dah blah, aku pun blah. Rupa2nya kak Nida bagitau yang dia masih kat PWTC tu tapi takpelah, asalkan dapat tengok ZTF buat flashmob sudah. Malam tu nak gi AF plak so, jumpa ZR kat Shah Alam jer la.

Jangan lupa saksikan program Jejak Jepun di Astro Ria & Maya HD setiap hari Rabu jam 10 malam




A.d.i.o.s



Thursday, September 04, 2014

Warna Super Spontan 2014 - Minggu 1


Picture credit to http://aswanazmy.blogspot.com/

Kemenangan minggu pertama (29.08.2014) berpihak kepada kumpulan Mawas Berduri dengan undian 57 peratus manakala Biawak Laser dengan 43 peratus undian. Jika sebelum ini, tiada penyingkiran dilakukan pada minggu pertama tetapi Afdlin Shauki telah mengumumkan bahawa penyingkiran akan terus dilakukan pada malam itu juga. Sehubungan dengan itu, semua ahli kumpulan Biawak Laser terpaksa mengundi untuk memilih salah seorang dari mereka dan Sharifah Sakinah@Baby Kiki adalah peserta pertama yang disingkirkan di minggu pertama Super Spontan 2014.




5 permainan telah dijalankan untuk minggu ini - Beku - Situasi - Maju Undur - Susunan Abjad & Muzik Video Karaoke 

Program ini dihoskan oleh Ray Era dan Haniff Era dan disiarkan secara langsung dari De Showroom, Bandar Sri Damansara, setiap hari Jumaat, pukul 10 malam di Saluran Astro Warna (saluran 132) dan Astro Mustika HD (saluran 134)

Minggu pertama jer dah macam-macam aksi lucu & spontan yang keluar. Kalau ada peserta favourite kawan-kawan yang bermain dalam Super Spontan 2014 kali ini, kalau rasa nak undi, undilah. Heheheeee

A.d.i.o.s


Wednesday, September 03, 2014

Matta Fair, 5-7 September 2014, PWTC

Rasanya semua tahu kan apa itu Matta Fair. Ianya merupakan pameran pelancongan terbesar yang diadakan dua kali setahun di Malaysia. Bagi mereka yang temimpi-mimpi untuk melancong pada harga yang murah dan berpatutan, memang elok datang ke pameran ni. Macam macam tawaran pakej pelancongan disediakan.

Credit : BLOG MALAYSIA-ASIA

Apa kena mengena T ngan Matta Fair? Takde kena mengena pun cuma nak promote yang Zizan Razak akan buat kemunculan istimewa di Matta Fair pada 6 & 7 September 2014 ini. Kebetulan, program Jejak Jepun yang dihoskan oleh beliau dan diarahkan oleh my favourite director, Ghaz Abu Bakar (Media Hustler SB) akan bersiaran pada 10 September 2014 di saluran Astro Ria & Maya HD. ZIzan Razak akan berkongsi pengalaman beliau sepanjang menjalankan rakaman tersebut.



Jom kita meriahkan suasana Matta Fair minggu ini, disamping itu kawan-kawan boleh la survey pakej pelancongan yang diinginkan. Insha Allah T akan turut serta pada hari Ahad sebab hari Sabtu tu ada kelas.. heheheheheheeee

A.d.i.o.s