Warna Super Spontan 2014

Setelah penonton menobatkan Jep Sepahtu sebagai juara Super Spontan musim ke 2, tahun ini Super Spontan bakal kembali bersiaran di Astro Warna & Mustika HD dan akan dikenali sebagai Warna Super Spontan 2014. Ramai yang tahu Super Spontan macam mana kan? Ianya merupakan program realiti bercorak permainan yang menampilkan para selebriti bermain komedi secara improvisasi. 

Hanif dan Ray, 2 deejay ERA FM masih dikekalkan sebagai pengacara dan buat pertama kalinya, Adlin Aman Ramli  akan bertindak sebagai pengulas di samping Amir Raja Lawak. Nama kumpulan juga boleh dikatakan agak unik dan ganas (macam mana tuh). 


Mawas Berduri diketuai oleh Rashid Salleh 
- Yus Jambu
- Rahim R2 
- Fad
- Didie Alias
- Jihan Muse
- Johan Raja Lawak 
- Syuk Balas

Biawak Laser diketuai oleh Reza 
- Shuib Sepahtu
- Taukeh Jambu
- Shahrol Shiro
- Michael Ang
- Achey Bocey
- Sharifah Sakinah 
- Abam Bocey

Mengekalkan format asal, Warna Super Spontan bakal bersiaran pada 22 Ogos 2014 jam 10 malam. Undian SMS penonton akan menentukan nasib setiap kumpulan di mana kumpulan yang mendapat markah terendah perlu menyingkirkan salah seorang peserta daripada kumpulan mereka. Kumpulan yang mendapat markah tertinggi akan memenangi RM5,000 dan disalurkan ke badan kebajikan yang terpilih.3

Juara Super Spontan 2012 - Zizan Razak

Juara Super Spontan 2013 - Jep Sepahtu

Siapakah bakal juara Super Spontan 2014. Sama-samalah kita saksikan.

A.d.i.o.s



Comments

Popular posts from this blog

Si Hijau ku merajuk lagi!!!! - masalah hon & minyak hitam terlebih

Mencari Ramli Musim Ke-5 Kini Bermula!