Perjalanan terakhirmu MH17

Sumber : Twitter..

perjalanan terakhirmu
ke tempat lahirmu
penuh dengan penghormatan
ianya 
kepulangan yang dinanti
bukan dengan sambutan riang tawa
tetapi 
diiringi tangisan airmata
perasan hiba menerjah
kesayuan 
menyentuh segenap jiwa
pilu itu
dirasai jua
oleh mereka 
yang bukan kau panggil family
telah kau terbang tinggi
merentasi lapisan langit biru yang indah
kini
damailah
tenanglah 
taburan bunga di pusara
diiringi Al-Fatihah dan doa bersama




Al-Fatihah dan takziah buat mereka yang telah terkorban dalam tragedi MH17


Comments

  1. salam takziah buat keluarga mangsa dan al-fatihah bagi jenazah yang beragama Islam semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman...

    ReplyDelete
  2. Sedih sgtkn. Moga roh mereka tenang di sana

    ReplyDelete

Post a Comment

TQ sebab sudi tinggalkan komen.
Kawan2 memang terbaik..
♥^_^♥

Popular posts from this blog

Si Hijau ku merajuk lagi!!!! - masalah hon & minyak hitam terlebih

Mencari Ramli Musim Ke-5 Kini Bermula!