Sunday, August 31, 2014

Bahayanya Wanita, Istana Budaya bersama ZTF

T dan geng ZTF pergi menyaksikan persembahan teater ini pada 23 Ogos 2014 yang lalu. Ouh, sebelum tu, tetaer ini telah dipentaskan di Singapura pada 16 Ogos 2014. My adik, Zura Abas (admin ZTF Singapore) telah menyaksikan teater ini dan yang bestnya, dia merupakan pemenang contest Makan Malam bersama para pelakon teater ini. U awesome dik!!

Ok, back to my story.. hehehee..

As my previous post, teater ini dipentaskan di IB pada 20-24 Ogos 2014. Kitorang amik slot petang (3 pm). Yang bestnya, my adik dari Sarawak, Cecelia (CC-admin ZTF Sarawak) ada sekali. Dah kebetulan dia ada kursus kat sini, tu yang 'paksa' dia datang tengok teater nih.. Sory yer dik. Heheheeee

Sebelum show : Kak Needa, CC and me

sebelum show

Show start dalam 3.30 pm sebab ada masalah yang tak dapat dielakkan. Memang ada perbezaan sedikit dengan persembahan tahun lepas. Siapa yang pergi memang akan perasan la perbezaan tu kat mana. Yang kelakarnya, ada jer dialog dan aksi spontan yang dilakukan oleh Zizan Razak sampaikan kesemua pelakon utama wanita tak dapat menahan gelak pada scene tertentu.

Ending : para pelakon teater Bahayanya Wanita

Teater habis lebih kurang dalam pukul 6 pm. Apa2pun, pada T, Bahayanya Wanita is a good show. Bukan sahaja pada para pelakonnya tapi juga pada naskahnya. Tahniah Erma Fatima dan semua yang terlibat. 

ZTF

Habis menyaksikan persembahan teater, ada yang bertanya, tak dapat jumpa Zizan Razak ker. Persembahan pada waktu siang memang takde sesi bergambar dan autograph tapi alhamdulillah, Kak Needa berjaya tunaikan 'hajat' ZTF yang pertama kali joint event ZTF ni. Kak Needa memang the best la!!

Kitorang lepak sambil makan di Sany Char Kuey Teow. Kecoh gak la bila kitorang lepak kat situ. Dia seperti yang T kenal, selamba dan sporting layan peminat dia. Yes, T tau ada yang kata dia sombong tapi bila dah kenal dia, memang takkan menyesal punya. Tak kisahlah kalau kawan-kawan fikir yang T backup dia tapi betul. Sambil makan, dia berborak tapi Zizan tak dapat nak lepak lama sebab call time untuk show malam adalah pukul 7pm.

Lepak makan with Zizan Razak
It's him, ZIzan Razak
Sempat 'wefie' sebelum dia kena 'punchcard' kul 7pm
Lama gak kitorang lepak kat situ. Bila semua dah bersurai, lebih kurang dalam pukul 9pm, T, Kak Needa, CC & Zira pergi 'kidnap' Ika balik dari kerja. Sambung pulak lepak kat Man Sabata, Kampung Baru. Itupun tak boleh nak lepak lama sebab Ika kena gerak sebelum last train. Penat jugakla pujuk dia supaya ikut kitorang tapi tak berjaya. 


Lepas hantar Ika ke LRT terdekat, kitorang gerak terus ke KLIA2 sebab tak tahu nak lepak mana kat KL. Pelik kan. Ok jugakla gerak awal sebab T ni bukannya tau sangat jalan ke KLIA2 tu. Harapkan signboard jer, dah tu pulak T ni pulak jenis yang 'rabun' drive waktu malam. Heheheheeee. Memang awal sesangat sampai, flight CC pukul 7am, kitorang sampai pukul 1 am.. Awal sangat kan..Sempat bergambar, makan (makan lagi), sempat tidur.. wahahahahaaaa



Oleh kerana kitorang 'dihalau' oleh CC supaya balik dari KLIA2, kitorang gerak balik. Walaupun dapat jumpa sekejap, jadilah untuk lepaskan rindu walaupun dalam wassap selalu 'bertemu'. Heheheheeee..

T sampai rumah lebih kurang dalam pukul 7.30 pagi. Balik, mandi, terus berdengkur.. Wahahahaaaaa

A.d.i.o.s


No comments:

Post a Comment

TQ sebab sudi tinggalkan komen.
Kawan2 memang terbaik..
♥^_^♥