Sunday, August 31, 2014

Bahayanya Wanita, Istana Budaya bersama ZTF

T dan geng ZTF pergi menyaksikan persembahan teater ini pada 23 Ogos 2014 yang lalu. Ouh, sebelum tu, tetaer ini telah dipentaskan di Singapura pada 16 Ogos 2014. My adik, Zura Abas (admin ZTF Singapore) telah menyaksikan teater ini dan yang bestnya, dia merupakan pemenang contest Makan Malam bersama para pelakon teater ini. U awesome dik!!

Ok, back to my story.. hehehee..

As my previous post, teater ini dipentaskan di IB pada 20-24 Ogos 2014. Kitorang amik slot petang (3 pm). Yang bestnya, my adik dari Sarawak, Cecelia (CC-admin ZTF Sarawak) ada sekali. Dah kebetulan dia ada kursus kat sini, tu yang 'paksa' dia datang tengok teater nih.. Sory yer dik. Heheheeee

Sebelum show : Kak Needa, CC and me

sebelum show

Show start dalam 3.30 pm sebab ada masalah yang tak dapat dielakkan. Memang ada perbezaan sedikit dengan persembahan tahun lepas. Siapa yang pergi memang akan perasan la perbezaan tu kat mana. Yang kelakarnya, ada jer dialog dan aksi spontan yang dilakukan oleh Zizan Razak sampaikan kesemua pelakon utama wanita tak dapat menahan gelak pada scene tertentu.

Ending : para pelakon teater Bahayanya Wanita

Teater habis lebih kurang dalam pukul 6 pm. Apa2pun, pada T, Bahayanya Wanita is a good show. Bukan sahaja pada para pelakonnya tapi juga pada naskahnya. Tahniah Erma Fatima dan semua yang terlibat. 

ZTF

Habis menyaksikan persembahan teater, ada yang bertanya, tak dapat jumpa Zizan Razak ker. Persembahan pada waktu siang memang takde sesi bergambar dan autograph tapi alhamdulillah, Kak Needa berjaya tunaikan 'hajat' ZTF yang pertama kali joint event ZTF ni. Kak Needa memang the best la!!

Kitorang lepak sambil makan di Sany Char Kuey Teow. Kecoh gak la bila kitorang lepak kat situ. Dia seperti yang T kenal, selamba dan sporting layan peminat dia. Yes, T tau ada yang kata dia sombong tapi bila dah kenal dia, memang takkan menyesal punya. Tak kisahlah kalau kawan-kawan fikir yang T backup dia tapi betul. Sambil makan, dia berborak tapi Zizan tak dapat nak lepak lama sebab call time untuk show malam adalah pukul 7pm.

Lepak makan with Zizan Razak
It's him, ZIzan Razak
Sempat 'wefie' sebelum dia kena 'punchcard' kul 7pm
Lama gak kitorang lepak kat situ. Bila semua dah bersurai, lebih kurang dalam pukul 9pm, T, Kak Needa, CC & Zira pergi 'kidnap' Ika balik dari kerja. Sambung pulak lepak kat Man Sabata, Kampung Baru. Itupun tak boleh nak lepak lama sebab Ika kena gerak sebelum last train. Penat jugakla pujuk dia supaya ikut kitorang tapi tak berjaya. 


Lepas hantar Ika ke LRT terdekat, kitorang gerak terus ke KLIA2 sebab tak tahu nak lepak mana kat KL. Pelik kan. Ok jugakla gerak awal sebab T ni bukannya tau sangat jalan ke KLIA2 tu. Harapkan signboard jer, dah tu pulak T ni pulak jenis yang 'rabun' drive waktu malam. Heheheheeee. Memang awal sesangat sampai, flight CC pukul 7am, kitorang sampai pukul 1 am.. Awal sangat kan..Sempat bergambar, makan (makan lagi), sempat tidur.. wahahahahaaaa



Oleh kerana kitorang 'dihalau' oleh CC supaya balik dari KLIA2, kitorang gerak balik. Walaupun dapat jumpa sekejap, jadilah untuk lepaskan rindu walaupun dalam wassap selalu 'bertemu'. Heheheheeee..

T sampai rumah lebih kurang dalam pukul 7.30 pagi. Balik, mandi, terus berdengkur.. Wahahahaaaaa

A.d.i.o.s


Friday, August 22, 2014

Perjalanan terakhirmu MH17

Sumber : Twitter..

perjalanan terakhirmu
ke tempat lahirmu
penuh dengan penghormatan
ianya 
kepulangan yang dinanti
bukan dengan sambutan riang tawa
tetapi 
diiringi tangisan airmata
perasan hiba menerjah
kesayuan 
menyentuh segenap jiwa
pilu itu
dirasai jua
oleh mereka 
yang bukan kau panggil family
telah kau terbang tinggi
merentasi lapisan langit biru yang indah
kini
damailah
tenanglah 
taburan bunga di pusara
diiringi Al-Fatihah dan doa bersama




Al-Fatihah dan takziah buat mereka yang telah terkorban dalam tragedi MH17


Wednesday, August 20, 2014

Jozan The Musical

Dah ramai yang tanya perihal ni. Kita ni yang takde kena mengena pun ditanyakan soalan yang sama. Hehehehee.

Ramai yang excited apabila Jozan mengesahkan yang mereka tetap akan tunaikan janji mereka. Sekarang ni diorang tengah cari penyanyi untuk teater tersebut dan dalam peringakt pasca produksi. Cari penyanyi? Tapi pada aku kedua-duanya boleh menyanyi.

Ada ker kawan2 blog yang minat ngan diorang ni? Apa pendapat kawan-kawan?






Apa2pun, sama2lah kita doakan agar impian peminat2 Jozan untuk melihat Jozan beraksi di pentas menjadi kenyataan.

**Credit picture to ZTF instagram & JTF instagram

A.d.i.o.s


Tuesday, August 19, 2014

Bahayanya Wanita di Istana Budaya


It's back!!!
jom tengok jom..
get your tickets now di Air Asia Red Tix



A.d.i.o.s


Happy Working Quotes





are you agree?
heheheheeee
happy working all


A.d.i.o.s



Monday, August 11, 2014

Warna Super Spontan 2014

Setelah penonton menobatkan Jep Sepahtu sebagai juara Super Spontan musim ke 2, tahun ini Super Spontan bakal kembali bersiaran di Astro Warna & Mustika HD dan akan dikenali sebagai Warna Super Spontan 2014. Ramai yang tahu Super Spontan macam mana kan? Ianya merupakan program realiti bercorak permainan yang menampilkan para selebriti bermain komedi secara improvisasi. 

Hanif dan Ray, 2 deejay ERA FM masih dikekalkan sebagai pengacara dan buat pertama kalinya, Adlin Aman Ramli  akan bertindak sebagai pengulas di samping Amir Raja Lawak. Nama kumpulan juga boleh dikatakan agak unik dan ganas (macam mana tuh). 


Mawas Berduri diketuai oleh Rashid Salleh 
- Yus Jambu
- Rahim R2 
- Fad
- Didie Alias
- Jihan Muse
- Johan Raja Lawak 
- Syuk Balas

Biawak Laser diketuai oleh Reza 
- Shuib Sepahtu
- Taukeh Jambu
- Shahrol Shiro
- Michael Ang
- Achey Bocey
- Sharifah Sakinah 
- Abam Bocey

Mengekalkan format asal, Warna Super Spontan bakal bersiaran pada 22 Ogos 2014 jam 10 malam. Undian SMS penonton akan menentukan nasib setiap kumpulan di mana kumpulan yang mendapat markah terendah perlu menyingkirkan salah seorang peserta daripada kumpulan mereka. Kumpulan yang mendapat markah tertinggi akan memenangi RM5,000 dan disalurkan ke badan kebajikan yang terpilih.3

Juara Super Spontan 2012 - Zizan Razak

Juara Super Spontan 2013 - Jep Sepahtu

Siapakah bakal juara Super Spontan 2014. Sama-samalah kita saksikan.

A.d.i.o.s



Friday, August 01, 2014

My Favourite Song - Jaga Dia Untukku by Dato Siti Nurhaliza

Mahu ku bersama
Mahuku kesana diri ku tetap disini lagi
Waktu tak bicara
Lama terasa seakan terhenti mengiringiku
Tenanglah duhai Jiwa, tebarkan tulus doa
Ku kepadanya, saat ku tiada

C/O 
Oh Tuhan, jaga dia untukku
Kalaku masih jauh
Bagai menghitung resah
Berkepingan berderaian
Oh Tuhan, jaga dia untukku
Selamanya ku ada, mencipta syurga bersama
Menyayangi mendampingi dia

Terbangkan diriku,
Bersayap seribu biar detik menjadi laju
Langit pun mendengar
Jadi penawar mengusir debar jatuh ke dasar
Tenanglah duhai Jiwa, tebarlah tulus doa
Ku kepada padanya, saat ku tiada
Oh Tuhan, jaga dia untukku
Kalaku masih jauh
Bagai menghitung resah
Berkepingan berderaian

Oh Tuhan, jaga dia untukku
Selamanya ku ada, mencipta syurga bersama
Menyayangi mendampingi dia
Mungkinkah ini menguatkan kita
Lambang cinta
Ku dan dia

Ulang C/O


FRAGMEN merupakan album ke-15 Dato Siti Nurhaliza menampilkan sembilan buah lagu - diterbitkan sendiri oleh Siti Nurhaliza Production (SNP) dengan kerjasama pihak Universal Music Malaysia. Menurut Dato Siti Nurhaliza, 'Fragmen' mengisi tentang kasih, nilai dan semangat.

Haaaa... jangan beli cetak rompak tau!!!


A.d.i.o.s