#Flashback - 11.04.2014, Judika at Kuala Lumpur

11 April 2014, Meet & Greet - Pertandingan Karaoke Lagu Judika di Red Box Sogo 

flashback sangat... huahuhauhuahuaaaaa..

AT tak masuk pertandingan ni tapi diberi peluang oleh pihak Sony Malaysia, Red Box & Kelab Judikaholic Malaysia untuk menjadi penonton. Ianya bersempena dengan kehadiran Judika untuk membuat persembahan konsert di KL Live (12 April 2014). AT nak pergi konsert dia tapi tak dapat greenlight dari ayahanda. Heheheeeee.


Kisahnya bermula masa AT otw pagi ke tempat kerja. Biasa la, dengar ERA FM. Masa tu pulak diorang tengah kecoh pasal karaoke lagu Judika untuk mereka yang nak pergi konsert Judika. Hari yang AT dengar ni, ERA FM dah pilih 2 orang pendengar bertuah untuk datang ke studio. Memang berani arr diorang ni sebab sambil nyanyi lagu Judika tu, diorang kena karen.. huhuhuuuu

credit to ERA FM
credit to ERA FM
Masa tu pulak Johara call Judika untuk dengar nyanyian diorang. Serius weh, terubat rindu nak dengar suara dia. (mengada ngada kan... ngeeeee) Dah tu pulak, sempat lagi AT tweet kat ERA & Judika. Tak sangka weh dia reply..

Masa tu terpujuk la hati sebab AT x dapat pergi tengok konsert dia, dia pulak reply, rasa berbaloi la kan. Entah macam mana pagi tu jugak, AT perasan twit dari kelab Judikaholic Malaysia. Mereka mahukan 6 orang untuk hadir sebagai penonton di pertandingan karaoke lagu Judika tu nanti di samping menyambut kehadiran Judika di KL. AT cuba twit, kot2 dapat..sekali ha!!! DAPAT KO!!



Ini adalah pertemuan kedua dalam tempoh setahun. Hihihiiiii. Memang tak sangka. Habis pertandingan karaoke, ada sidang media dan selepas itu dia bergegas untuk ke KL Live. Nasib baik sempat cakap pada pihak Sony & team Judika untuk izinkan kitorang bergambar dengan dia. Siap pesan supaya upload gambar ni di twiter. Heheheheeee. 

Semoga terus sukses Judika.


A.d.i.o.s

:::::::::: xtvt ni masuk dalam majalah media hiburan. Ruangan artis & fan club. Tak ingat date nya tapi page cover depan Stacy \(^_^)/


Comments

Popular posts from this blog

Si Hijau ku merajuk lagi!!!! - masalah hon & minyak hitam terlebih

Mencari Ramli Musim Ke-5 Kini Bermula!