Posts

Showing posts from July, 2014

Syukur

Image
amin amin amin ya rabbal alamin

Tangisan Dalam Keriangan

Image
Semakin hari,  semakin dekat,  Ramadhan akan berlalu pergi. syukur kerana masih diberikan waktu untuk melaluinya syukur kerana masih diberikan kesihatan untuk menempuhinya terasa kekurangan dalam diri ketika sujud kepada-Nya sesungguhnya aku insan biasa  pada Mu aku berserah segalanya
Keriangan Syawal juga kian dirasai hikmah Ramadhan dibawa bulan kemenangan tatkala takbir bersahutan sucikan hati dan jiwa rapatkan ukhuwah sedia ada moga rahmat dari-Nya kau peroleh bersama

Maaf Zahir dan Batin
A.d.i.o.s


19.07.2014 - Zizan Razak di Jakel Bangi

Image
Rasanya 1 Malaysia dah tahu yang Zizan Razak telah dilantik sebagai Duta Jakel bersama dengan Aaron Aziz dan Siti Nurhaliza. Umum juga mengetahui yang Jakel telah buat promosi secara besar2an mengenai Baju Melayu ni. 

T dapat join promosi ni pada 19.07.2014 di Jakel Bangi. Kalau ikutkan, memang ler nak terlibat sekali dengan promosi2 sebelum ni (Shah Alam & KL) tapi tak berkesempatan. Ada yang dah sampai di booth promosi seawal 8 pagi utk dapatkan voucher dr pihak Jakel. Zizan Razak hadir jam 12.45 tengah hari dan tak dinafikan, boleh tahan jugakla pengunjung dan pembeli hari tuh. 










Jakel ada buat promosi hari tuh. Memang untunglah siapa yang beli masa "happy hour". Adik ipar T juga tidak ketinggalan membeli. Sebelum ZR balik, Jakel ingin hadiahkan Baju Melayu Zizan Razak tapi kena jawab soalan dengan betul la. Ada 5 soalan. Masa soalan 1-4, T angkat tapi rezeki T agaknya, masa soalan ke 5 baru ZR nampak. Itupun sebab ada yang salah jawab. Apalagi, peluang aku la. Yang …

Event - Iftar bersama Zizan Razak 08 Julai 2014

Image
ni dah boleh jadi entry throwback nih..  heheheheeeee..
pejam celik pejam celik dah setahun rupanya T dengan ZTF pertama kali bersua dengan mereka adalah semasa rakaman rancangan Fuyoo Raya Zizan oh yer, sebelum tu, dahulunya ZTF adalah Zizans Twitter Family dan lepas 'upgrade', sekarang dikenali sebagai Zizan's True Fans. Alhamdulillah..  ni kali ke-2 T dapat join Iftar with Zizan Razak n ZTF.  Bertempat di Istana Pengantin, Taman Setapak, kehadiran para tetamu sememangnya memeriahkan suasana. Zizan Razak ditemani Ibu dan Along (Hafiza Razak)  mengenakan busana yang sedondon berwarna Ungu / Purple.
Istimewanya kali ini, Zizan Razak telah menjemput khas anak2 dari Rumah Titian Kasih, Taman Tasik Titiwangsa. Ada juga rakan rakan artis yang turut serta,  antaranya Tiga Swagger, JOMEGO, Colour of Voices, Zam Skool Of Lawak, Wan Wala Raja Lawak. 






Terima kasih Zizan Razak & ZTF di atas penganjuran Iftar ini.  T doakan semoga semakin bertambah dan murah rezeki.   More picture…

It's All About Life

Image

#Flashback - 11.04.2014, Judika at Kuala Lumpur

Image
11 April 2014, Meet & Greet - Pertandingan Karaoke Lagu Judika di Red Box Sogo 
flashback sangat... huahuhauhuahuaaaaa..

AT tak masuk pertandingan ni tapi diberi peluang oleh pihak Sony Malaysia, Red Box & Kelab Judikaholic Malaysia untuk menjadi penonton. Ianya bersempena dengan kehadiran Judika untuk membuat persembahan konsert di KL Live (12 April 2014). AT nak pergi konsert dia tapi tak dapat greenlight dari ayahanda. Heheheeeee.

Kisahnya bermula masa AT otw pagi ke tempat kerja. Biasa la, dengar ERA FM. Masa tu pulak diorang tengah kecoh pasal karaoke lagu Judika untuk mereka yang nak pergi konsert Judika. Hari yang AT dengar ni, ERA FM dah pilih 2 orang pendengar bertuah untuk datang ke studio. Memang berani arr diorang ni sebab sambil nyanyi lagu Judika tu, diorang kena karen.. huhuhuuuu
Masa tu pulak Johara call Judika untuk dengar nyanyian diorang. Serius weh, terubat rindu nak dengar suara dia. (mengada ngada kan... ngeeeee) Dah tu pulak, sempat lagi AT tweet kat ER…