Posts

Showing posts from 2014

Duka

Image

Saja saja jer...

Image
heheheeeee



ada kena ker?? heheheeee



A.d.i.o.s

Mylink Festival (Episode 2), Terengganu

Image
jom jom jom membeli dan mencuci mata pakat ramai ramai meriahkan suasana
26, 27 dan 28 December 2014  Stadium Tertutup Gong Badak, Terengganu
A.d.i.o.s

Adiwira by Zizan Razak & KRU

Image
check out  ADIWIRA  OST for Cicakman 3 from  Zizan Razak & KRU  di Youtube



A.d.i.o.s


Maharajalawak Mega 2014 - Taufik Batisah jadi Juri

Image
tu dia tu dia tu dia...

TAUFIK BATISAH jadi juri MLM 2014 weh!!!! arghhhhh... gila jap... dah la teringin nak jumpa dia, kena plak jadi juri kat MLM 2014. Kena pergi jugak nih.. ada siapa2 nak bagi tiket? hihihiiiiiiii



Pada yang minat Maharajalawak Mega tuh, korang sokong siapa kali nih? heheheheeee.. setakat aku post nih, 2 kumpulan dah tersingkir.. Kepoh dengan Sayot..

Cara untuk mengundi :-

ML atau ML<3> untuk (3/5/10 undian) ke 32777. Contoh : ML10 ke 32777.  Untuk 20 undian: Taip ML20 ke 32777. 
Kadar premium untuk setiap undian: = RM0.50. Kadar telco tertakluk.
Undi jangan tak undi ~kalau sudiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.... heheheheee

A.d.i.o.s

Final Akademi Fantasia 2014 - Tahniah Firman!!

Image
Rasanya ramai dah tahu siapa juara Akademi Fantasia 2014 @ AF2014. Ala2, latepost la nih ek.. hahahhaaa
Konsert akhir yang bersiaran secara langsung pada hari Ahad di MBSA itu telah menjadi saksi apabila Firman, dinobatkan sebaga Juara AF 2014. Beliau telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50000, sebuah Toyota Vios TRD Sportivo, pakej percutian ke Osaka, Jepun berserta trofi sumbangan Astro. Lagu yang dinyanyikan malam itu adalah Kejoraku Bersatu (Search) dan lagu baru ciptaan Datuk M Nasir, Di Pintumu. Perghhh, bukan calang2 orang yang cipta lagu dia nih. Ramai artis ngidam nak dapatkan lagu dari Sifu nih. Rezeki Firman kan. Pada aku, vokal Firman memang sesuai sangat dengan range music Rock. Kebanyakan lagu-lagu yang dia dendangkan pada konsert pun banyak lagu rock kan. Relaku Pujuk (minggu pertama), Relakan Jiwa (minggu ketiga), Meniti Titian Usan (the best, minggu kelima). Tempat kedua dimiliki Aman, ketiga Ewal, keempat Nuha & kelima Adel. 


Pada malam it…

Tahniah Judika!!

Image
Rasanya satu nusantara dah tahu tapi saja nak post lagi..

Pasangan bahagia Abang Judika & Duma Riris kini telah bergelar papa dan mama kerana telah menerima kelahiran orang baru dalam hidup mereka. Bayi perempuan yang comel itu diberi nama Cleo Deora Boru Sihotang. Kegembiraan itu turut dikongsi oleh Abang Judika bersama peminat di twitter.


Kata Abang Judika, Duma selamat melahirkan dengan proses normal. Tambahnya lagi, nama yang diberikan pada anaknya bermaksud 'anak yang dinantikan Tuhan'. Boleh baca disini untuk berita lanjut.
Tahniah buat Abang Judika .. Judikaholic Malaysia sememangnya gembira dengan berita ini. Semoga hidup Abang Judika bertambah bahagia. 
A.d.i.o.s


Final Akademi Fantasia 2014

Image
Diam tak diam, sudah hampir ke penghujung Akademi Fantasia 2014. 5 pelajar yang akan berentap di peringkat akhir AF 2014 pada 09 November 2014 adalah :-





Seperti semua sedia maklum, Adel telah tersingkir di minggu ke 7. Kemudian, dia telah diserap semula masuk ke AF2014 oleh Pengetua AF 2014, Dato Hattan pada konsert minggu ke 9. AF SERAP adalah hasil penilaian perbincangan bersama pihak tenaga pengajar dan pihak fakulti.  
Pada aku, terasa macam unfair di situ. Kenapa? Susah nak explain. Lebih kurang macam ni la, Azwan telah dan sentiasa berusaha memberikan persembahan baik pada setiap minggu dan kekalnya dia dari minggu ke minggu adalah kerana undian. Kalau kata nak mantainkan pelajar yang bagus dan kekal sehingga ke final, keputusan harus dibuat secara bersama dengan pihak juri profesional. Let say AF ada 10 minggu kan, so, dari minggu ke-6 sepatutnya penjurian profesional boleh masuk campur tapi bak kata Datuk Ramli MS, nak buat macam mana kan, dah format AF macam tu. JJUST MY OPI…

Piala Malaysia 2014 - Tahniah Pahang

Image
#latepost
Kemenangan skuad Tok Gajah telah ditentukan melalui sepakan penalti apabila kedua-dua pasukan terikat 2-2 sama selepas 90 minit masa perlawanan dan masa tambahan. 

Tahniah Pahang!!
A.d.i.o.s

Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2014

Image
Tiket perlawanan akan mula dijual pada 29.10.2014 di negeri masing-masing. Info pengagihan tiket adalah:-
Pahang - 40,000 Johor DT - 40,000
Jualan tiket atas talian - 10,000 boleh dibeli di www.tickethotline.com.my dan penebusan boleh ditebus di Stadium Putra Bukit Jalil bermula hari Khamis.
Harga Tiket: RM 40 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak 12 tahun ke bawah)
Tiket TIDAK akan dijual di kaunter Stadium Nasional Bukit Jalil

A.d.i.o.s

Juara Warna Super Spontan 2014

Image
#latepost

Tahniah kepada Johan Raja Lawak yang telah menjadi juara Super Spontan 2014. Pentas akhir Super Spontan telah diadakan di MITC, Melaka pada Jumaat, 24.10.2014. Selama 3 tahun berturut masuk dan ternyata kali ini, rezeki berpihak kepadanya. Walaubagaimanapun, Johan Raja Lawak a.k.a "Abe Macho' telah bersaing sengit dengan Shahrol Shiro, Shuib Sepahtu, Acey, Yus dan Tauke. 

Tahniah juga diucapkan kepada para pengundi Johan kerana  telah berjaya menjadikan impian korang satu kenyataan. Johan telah membawa pulang RM 100,000 dan sebuah kereta Toyota Camry. Ini semua rezeki anak katanya. Semoga terus suksess. 
A.d.i.o.s


Maharajalawak Mega 2014

Image
Berikut adalah senarai dan barisan pelawak yang dipilih secara automatik untuk beraksi di gelanggang Program Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014)

Peserta:-
Shiro - Ajak & ShahrolBocey - Acey, Fard & AbamNabil SYJ - Syuk, Yassin & JihanSepahtu - Jep, Shuib & Ilya (Senario)Virus - Tauke, Yus dan Zizan RazakComey - Suhaimi Yusof dan RophieJalor - Along Cham, Rahim dan JoeySayot - Zam, Filzah dan One (pemenang Skool Of Lawak)Kepoh - Izu, Pian dan Kamal (pemenang Bintang Mencari Bintang) Seramai 16 peserta lain iaitu Ekzis, Mamu, Sakan, Samurai, Cak, Spark, Qtaro, Token, Chilok, Badboy, Zero, Glory, Shake, Gap2, Jbond dan Wala. Mereka akan melalui satu ujian di Kerusi Panas MLM bagi menentukan siapakah 4 peserta di antara mereka yang layak bertanding di MLM 2014. Hot sit akan bersiaran langsung pada 31 Oktober 2014 & 7 November 2014. Gelanggang MLM 2014 akan bersiaran secara langsung pada 14 November 2014. 
Masih mengekalkan pengacara versatile, Dato AC Mizal, manakala f…

Anugerah Planet Muzik 2014 - Tahniah Judika

Image
sekali lagi, Judika dinobatkan sebagai  Artis Lelaki Terbaik APM 2014




Tahniah Abg Judika....

A.d.i.o.s


Anugerah Planet Muzik 2014 - senarai pemenang anugerah

Image
Berikut adalah senarai pemenang APM 2014 yang telah pun berlangsung pada 17 October 2014 yang lalu. 

1. Artis Baru Terbaik (Lelaki)
    Tulus – artis terbaru dari Indonesia

2. Artis Baru Terbaik (Wanita)
    Fynn Jamal

3. Nova Media Sosial
    Khareez Kasbulah

4. Ikon Media Sosial
    Taufik Batisah

5. Artis Paling Popular (Singapura)
    Taufik Batisah

6. Lagu Paling Popular (Singapura)
    Ikrar Kasih – Taufiq Batisah

7. Lagu Paling Popular APM
Dia Dia Dia – Fatin Shidqia Lubis

8. Artis Paling Popular (APM)
    Noah

9. Band Terbaik
    Noah

10. Kolaborasi Terbaik (Artis)
      Kalau aku kaya- Awi Rafael Dan Altimet

11. Kolaborasi Terbaik (Lagu)
      Mimpi – Aisyah Aziz

12. Artis Terbaik (Lelaki)
      Judika

13. Artis Terbaik (Wanita)
      Datuk Siti Nurhaliza

14. Duo / Kumpulan Terbaik APM 2014
      Hafiz dan Rossa

15. Lagu Terbaik Singapura
      Tiada Pengganti - Sufie Rashid

16. Lagu Terbaik Malaysia
      Lebih Indah - Datuk Siti Nurhaliza

17. Lagu Terbaik Indonesia
      Setelah Kau Tiada - Cakra Khan

18. …

Anugerah Planet Muzik 2014

Image
Akan berlangsung pada malam ini, 17 Oktober 2014 di Suntec, Singapore. Berikut adalah senarai pencalonan akhir Anugerah Planet Muzik 2014.

1. Artis Baru Terbaik (Lelaki)
Faizul Sany Reyza Hamizan Ryan Sufiyan Sufie Rashid Tulus 2. Artis Baru Terbaik (Wanita)
Aisyah Aziz Fatin Shidqia Lubis Fynn Jamal Hanie Soraya Maria Calista  3. Kolaborasi Terbaik (Artis)
Altimet & Awierafael – Kalau Aku Kaya Altimet feat Trisno Trio – Hello Hafiz & Rossa – Salahkah Siti Nordiana & Aliff Aziz – Tak Ada Cinta Sepertimu Stacy & Smash – Hello 4. Kolaborasi Terbaik (Lagu) Cinta Sesungguhnya – Sabhi Saddi/ Bemby Noor Mimpi – Aisyah Aziz / Faizal Tahir/ Omar K Tanpamu – Aryan Band / M. Nasir / Farid Yusof Takdir Cinta- Awi Rafael/ Adi Priyo Sambodo Terbaik Bagimu – Siti Nurhaliza / Ade Govinda  5. Artis Terbaik (Lelaki)
Afgan – Katakan Tidak Cakra Khan – Setelah Kau Tiada Hafiz – Matahari Judika – Mama Papa Larang Sabhi Saddi- Cinta Sesungguhnya 6. Artis Terbaik (Wanita)
Dayang Nurfaizah – …

Result Trimester 1 2014/2015

Alhamdulillah
walaupun keputusan tidak secemerlang yang kuharapkan tapi aku bersyukur
terima kasih Ya Allah kerana masih diberikan peluang ini
Insha Allah
akan ku kekalkan fokus dan rentak ku dalam mencari dan mempelajari ilmu



Akademi Fantasia 2014 - minggu ke-5, 05.10.2014

Image
Untuk makluman, konsert AF 2014 minggu kelima ini merupakan siaran rakaman yang dilakukan pada 04 Oktober 2014, Sabtu. Rasanya semua orang tahu kenapa.. 
Minggu ke-5 ni T dapat saksikan di Auditorium MBSA. Untuk pembukaan, memang sesuatu yang membuat T rasa teruja sebab it's Joe Flizzow & Sonaone beb!!! Diorang nyanyikan lagu hit Apa Khabar.. Dapat plak sit yang dekat dengan pentas, lagilaaaaaa.. Rasa macam nak bangun dari sit tu dan terjah kat diorang.. heheheheeee

Minggu ni juri jemputan adalah Nash Lefthanded.


Tema minggu ini adalah berkonsepkan Ketuhanan dan Kemanusiaan. Pada T, yang menyerlah adalah Firman menyanyikan lagu Meniti Titian Usang by Search, Ewal - Ketulusan Hati by Anuar Zain, Mungkin sebab lagu tu kena dengan vokal diorang kan. 
Penonton telah dihiburkan dengan persembahan oleh Mawi, Dali dan Hazama. Menyanyikan lagu baru Al-Nuraa, ternyata persembahan diorang tidak menghampakan. Sempat jugak aku candid tapi ni sebelum persembahan la.. Heheheheeee

Persembah…

Akademi Fantasia 2014 - minggu ke-4, 28.09.2014

Image
Masih lagi bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam dan juri jemputan minggu ini adalah Ziana Zain. Persembahan pembukaan konsert oleh Bunkface, buat aku tak senang duduk. Rasa nak menari wehhhhh.. hahahahaaaa


Tema untuk konsert minggu ini adalah ‘Tribute Komposer'. Pada aku yang menyaksikan secara live di Auditorium MBSA, ada yang best dan ada yang 'kureng'. Kenapa? Ada persembahan pelajar yang menunjukkan peningkatan yang baik dan ada yang macam 'biasa' jer. Walaupun ada soh seh yang mengatakan lagu2 yang dinyanyikan adalah lagu recycle - maknanya telah dinyanyikan pada konsert AF sebelum ni tapi pada aku ok jer. Takpelah, pendapat orang lain-lain. Pada aku kalau dah naskhah tu dah bagus, memang bagus la dinyanyikan semula untuk melihat sama ada naskah itu boleh padan atau tidak dengan penggayaan vokal seseorang. Cewahhhh.. Pandai jer aku ni kan.. eheheheee
Untuk minggu ni, pelajar yang tersingkir adalah Muna. Terkejut jugak sebab pada aku, pel…

Anugerah Lawak Warna 2014

Image
19 September 2014, Teater Selangor, Shah Alam.
Rasanya semua dah tahu siapa yang menang malam tu cuma aku yang lambat nak update kat blog ni. Saja nak selitkan jugak kat sini sebab tahun lepas aku ada update anugerah yang sama kan. Tahun ni aku tak pergi sebab tak dapat tiket. Lagipun ZR shooting kat Terengganu, jadi takde hati nak pergi... konon.. heheeee. 
Persembahan pembukaan dari Dato Ac. OMG, he still got that moves ok. Suka tengok dia menari. Awesome! Malam ni dia bergandingan dengan Nabila Huda. Memang bersahaja dan selamba. Abil memang bagus.
Ini dia senarai pemenang ALW2014

Filem Komedi Terbaik – Sejoli (PrimeWorks Studio)
Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) – Bront Palarae (Sejoli)
Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem) – Maya Karin (Sejoli)
Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (TV) – Kazar Saisi (Bila Joyah Dan Goyah)
Pelakon Komedi Wanita Terbaik (TV) – Jasmin Hamid (Bila Joyah Dah Goyah)
Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (Bersiri) – Maharaja Lawak Mega 2013 (APSB/Homegrown)
Sir…

Akademi Fantasia 2014 - Minggu ketiga 21 September 2014

Image
Untuk minggu ketiga nih, T masih lagi tidak berkesempatan untuk memenuhkan sit di Auditorium MBSA sebab ada urusan keluarga di Melaka. Oleh kerana minggu ketiga bertemakan Hits Fantasia, yang sebenarnya T excited nak tengok Abg Zahid Baharudin (AF2) perform atas pentas. Serius, rindu giler nak tengok dia perform. Sempat lagi aku twit pada dia. Heheee. 
Apa yang mencuri tumpuan adalah kehadiran Datuk Aznil Haji Nawawi menjadi juri di malam tersebut  yang sememangnya sinonim & secara tak langsung telah mengembalikan nostalgia AF itu sendiri. 

Untuk corat coret minggu ketiga ni, korang boleh klik sini & sini. Pendapat aku, untuk minggu ketiga ni, pelajar yang pmenyerlah adalah Firman (Relakan Jiwa - Hazama),  Muna (Percayalah - Indah)  & Ewal (Kebahagiaan Dalam Perpisahan - Shahir). 
Artis jemputan untuk persembahan khas minggu ini adalah Iwere yang mendendangkan lagu hitnya, Oghe Kito. Rap Kelantan weh. Sememangnya menghiburkan. Aku ni minat jugak dengan lagu hip hop. Palin…

My study - Trimester exam (Sept 2014)

15 Sept 2014 - 17 Sept 2014

kali ni T tak rasa gelabah nak jawab seperti semester lepas
apa yang berlaku semester lepas memang betul2 buat T sedar
semester lepas memang blur habis
entah apa yang T jawab pun T tak tahu

Alhamdulillah..
T harap semester ni dapat naikkan pointer
apa yang berlaku adalah pengajaran
T akan berusaha untuk kembali fokus
tetapkan matlamat

semoga T dapat keputusan yang baik
Amin


A.d.i.o.s


My Favourite Song - Jodoh Pasti Bertemu by Afgan

Image
Andai engkau tahu Betapa ku mencinta Selalu menjadikanmu Isi dalam doaku

Ku tahu tak mudah Menjadi yang kau pinta Ku pasrahkan hatiku Takdirkan menjawabnya

Jika aku bukan jalanmu Ku berhenti mengharapkanmu Jika aku memang tercipta untukmu Ku kan memilikimu.. Jodoh pasti bertemu

Andai engkau tahu Betapa ku mencinta Selalu menjadikanmu Isi dalam doaku

Ku tahu tak mudah Menjadi yang kau pinta Ku pasrahkan hatiku Takdir kan menjawabnya

Jika aku bukan jalanmu Ku berhenti mengharapkanmu Jika aku memang tercipta untukmu Ku kan memilikimu,  Jodoh pasti bertemu

Jika aku (jika aku) bukan jalanmu Ku berhenti mengharapkanmu Jika aku memang tercipta untukmu Ku kan memilikimu (Jika aku bukan jalanmu) Ku berhenti mengharapkanmu Jika aku memang tercipta untukmu Ku kan memilikimu  jodoh pasti bertemu




A.d.i.o.s


Akademi Fantasia 2014 - Minggu Kedua 14 September 2014

Image
T tak pergi tonton konsert ni sebabnya takut terlajak untuk pergi exam keesokan harinya.. hehehehee.. 
Mulanya T memang dah terperap dalam bilik untuk study tapi entah macam mana boleh hilang fokus jap bila dengar suara ZR. Sudahnya, dengan buku-buku ku bawak keluar dari bilik. Mengada kan. Kena pulak nak tengok dia bergandingan dengan Faisal Ismail, lagi tak keruan kita dibuatnya. Juri jemputan minggu ini adalah Amy Mastura.

Wawa telah menjadi pelajar yang  pertama tersingkir di minggu kedua ini. Walaupun hanya menonton di rumah, T dapat lihat yang Wawa kelihatan gugup untuk menyanyikan lagu Dato' Siti Nurhaliza.  Tidak mengapa Wawa, insha Allah, rezeki Wawa ada di dalam bidang nih.
Rata rata ramai yang suka gandingan ZR ngan FBI minggu ni. ZR asyik kena bahan jer minggu ni pasal seluar dia. Kenapa? Boleh tanya En Google.. Heheheeee.. 
Walaupun tak dapat menonton sehingga ke akhir konsert kerana dipaksa tidur awal, adik T bagitau yang konsert minggu ke-2 ni nampak meriah. Lagu-l…

Akademi Fantasia 2014 - Minggu Pertama 07 September 2014

Image
Kalau ikutkan macam malas nak pergi sebab esoknya tu hari bekerja. Tapi disebabkan ini merupakan minggu pertama ZR mengacarakan AF2014, ku jejakkan jua diriku ke sana sebagai tanda sokongan. Cewahhh. Ayat poyo an (yang sebenarnya hasil pujukan kak Nida jugak). heheheheee
Berlangsung di Auditorium MBSA Shah Alam, konsert minggu pertama berjalan dengan baik pada 07 September 2014 yang lalu. 
Pengacara untuk malam konsert adalah Zizan Razak, manakala Jihan Musa pula akan menjadi hos diari AF 2014. Yang bestnya, ZR & Jihan digandingkan untuk mengacarakan minggu pertama konsert AF2014. Nampak keserasian di situ. Sebelum barisan pengacara diperkenalkan, para pengajar & pengetua telah diperkenalkan dahulu. The best part is adalah apabila pengetua AF 2014 , Datuk Hattan, diperkenalkan. Bergema satu auditorium menyanyi (termasuklah aku).. heheheee


Manakala juri konsert di minggu pertama pula adalah;-



Inilah dia 12 pelajar Akademi Fantasia 2014;-


Untuk komen mengenai konsert pertama ni, …