Bolasepak : Malaysia Juara Pestabola Merdeka edisi ke-41

semua orang dah tahu kan..
hari tu T cuma update pasal jadual..
bila dah menang tak sempat nak update pulak..
hik..
Pasukan bimbingan Ong Kim Swee, Harimau Muda telah berjaya merangkul kejuaran Pestabola Merdeka 2013 apabila menewaskan Myanmar 2-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Darul Makmur pada 14 September 2013. Kemenangan diperolehi melalui gol jaringan Rozaimi Abdul Rahman pada minit ke-27 dan Junior Eldstal pada minit ke-90.

Keputusan penuh:

Juara - Malaysia
Naib Juara - Myanmar
Ketiga - Singapura
Keempat - Thailand

Penjaring Terbanyak - Md Rozaimi Abdul Rahman (3 gol)
Pemain Terbaik Perlawanan Akhir - Wan Zack Haikal

Pada T, kemenangan ini sangat bermakna pada negara kita bersempena Hari Malaysia yang disambut pada 16 September. 

Tahniah buat jurulatih, Ong Kim Swee. Teruskan rentak kecemerlangan. 

A.d.i.o.s

Comments

Popular posts from this blog

Si Hijau ku merajuk lagi!!!! - masalah hon & minyak hitam terlebih

Mencari Ramli Musim Ke-5 Kini Bermula!