KL diserang zombie?


nak promote sikit filem baru dari abang #ZTF
blogger lain dah sibuk promote.. aku jer lambat.. hahah..

KL Zombie arahan Woo Ming Jin terbitan Grand Brilliance akan menyerang pawagam esok 
29/08/2013


Apa kata baca sinopsis dulu :-

Selamat datang ke Malaysia. Negara yang kaya dengan adat resam ketimuran. Tetapi apakah yang akan berlaku jika rakyat kita tiba-tiba dikelilingi zombi?

Kalendar lama bertukar baru. Aliff baru mengajak Sofia berkahwin. Ana bakal memulakan hari pertama sebagai cikgu. Kamarul akan bertanding dalam program TV realiti. Dan Nipis seronok di dalam dunianya sendiri. Mereka tidak tahu yang dunia yang mereka kenali bakal berakhir. Aman-damai menjadi kacau-bilau. Tamadun hancur. Rutin harian berubah dan hanya Nipis yang mampu menyelamatkan keadaan.

5 sahabat baik (Nipis, Kamarul, Ana, Sofia dan Aliff) bergumbira pada malam sambutan tahun baru di lembah klang apabila tidak semena-mena seorang daripada mereka digigit anjing bervirus. virus zombi tersebut bukan sahaja menjangkiti salah seorang daripada 5 sahabat tadi, malah merebak dari punca yang tak diketahui. lama-kelamaan, virus tersebut merebak sampai ke sarawak dan ke seluruh malaysia. dalam keributan penularan wabak zombi, Nipis - seorang kaki teori konspirasi - mencadangkan mereka berpindah ke putrajaya di mana beliau percaya, kerajaan mempunyai kubu anti-serangan nuklear



Zizan Razak di Malam Gala KL Zombie di E Curve.
TQ Metro!!

Filem yang diadaptasi daripada novel Fixi berjudul Zombijaya ini diarahkan Woo Ming Jin. Filem ini istimewa dari segi proses pembikinannya dimana setiap efek khas dan soleknya diberi perhatian terperinci bagi memastikan hasil yang sesuai dengan tema filem ‘KL Zombie’. 

Walaupun ada mereka di luar sana cuba bandingkan filem ni dengan Walking Dead, pada AT biarlah.. Kita dengan rencah kita. Sedap atau tidak, terpulang pada mereka yang menikmatinya. Hamboi ayat, kemahen!!! hik3 (^_^)

Jom kawan2, kita serbu pawagam pada 29.08.2013 ni. Esok ni!! Jom kita sokong filem tempatan kita. 


A.d.i.o.s

p/s : ZTF mesti support punya!! siap trendingkan KL Zombi di twitter.. aku pun terjebak.. hahahah... semangat weh support hero nih!!!


Comments

  1. "laaa.. tengah cat rumah ke? ingatkan darah tadi.." - kelakar la.. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tengok eh? kiter tolong promote tapi kita yang x tengok lagi..hahahhh.. insha Allah minggu ni gi tengok.. (^_^)

      Delete

Post a Comment

TQ sebab sudi tinggalkan komen.
Kawan2 memang terbaik..
♥^_^♥

Popular posts from this blog

Si Hijau ku merajuk lagi!!!! - masalah hon & minyak hitam terlebih

Mencari Ramli Musim Ke-5 Kini Bermula!