Thursday, August 01, 2013

Event : Iftar ZTF with Zizan Razak di Kelab Shah Alam, 25 July 2013


haaa.... hari tu T ada note ; ada lagi 1 event yang T join ngan ZTF.. Dalam bulan July 2013, T dh join 2 event ZTF with Zizan Razak.. (alah, baru 2 kali, itupun ko nak kecoh T, poyo arrr)... hikhik.. Sebab bulan birthday AT kot.. kira hadiah untuk diri sendiri la tuh.. eh, heheh..promote diri sendiri..

Event : Iftar ZTF with Zizan Razak
Lokasi : Kelab Shah Alam, Selangor
Tarikh : 25 Julai 2013

Ramadhan ni kira ok gak la sebab company beri pelepasan untuk balik awal pada pukul 4.30pm. Tapi sebab on the date AT nak kena gerak pergi Shah Alam, AT kena ambil adik kat Menara TM dulu.. Selalunya tak sampai setengah jam dah sampai kat situ tapi entah kenapa, hari tu, hampir 40 minit dalam kereta..Adoiii.. Bila dah sampai tu, gerak ke Shah Alam, haaaaaa... memang bercinta la kan... Sampai kat Kelab Shah Alam tu dalam pukul 7.. Letih weiiii tapi sebab hero kugagahi jua.. cewahhhh, poyo ayat!!!!

Masa sampai tu, tercari-carik gak mana Kak Long Needa.. Sudahnya, receptionist yang duduk kat depan tu bawakkan AT ngan adik ke meja ZTF.. Dalam 5 minit gitu, nampak Kak Yan, sebab kebetulan dia tunjukkan meja untuk ZTF ; Tia & Nurul ; Masa tu lah nampak Kak Long, Nano, Feka, Ika, Larrah, Hisham, Faiz & Ash.. Selain daripada tu dapat gak kenal ngan ZTF yang lain sebab selama ni sapa dalam twitter jer kan.. Hero sampai betul2 waktu azan, haaa, baca doa terus berbuka....


Hari tu juga, ada disampaikan sedikit sumbangan buat adik Aidil & adik Tasya.. Kalau kawan2 nak tau, Aidil ni terlibat dalam kemalangan motor. Once dia sedar dari koma, terus dia kata nak jumpa Zizan Razak. Adik Tasya pulak, mengidap Lukemia sejak kecil. Mak dia update dalam fb yang dia nak jumpa hero dan kebetulan ada ZTF perasan perkara tu. Jadi, dia pun dijemput untuk hadir event ni.

serahan sumbangan ZTF oleh Zizan Razak kepada adik Aidil & adik Tasha

Gambar sambutan birthday Ika & Nano
Gambar bawah :  dari kanan ; Linda (adik AT), me, ZIZAN RAZAK, Nurul & Thia



Hero tengah sibuk sign autograph

Gambar kiri : Ash Dashian with adik Tasha yang menghidap leukimia sejak kecil
Gambar tengah : hero tengah sign autograph
Gambar kanan : Ash Dashian, me & Linda (adik AT)
Bergambar dengan Marina Juki (pengurus hero), Hafiza Razak (along), kak needa, Nano, Feka, Ira, Alang Faiz & yang paling penting dengan hero arrr ZIZAN RAZAK


Hero.. memang bersahaja.. sukaaaaaa sangatttt!!!!!!!!

Alhamdulillah.. event berjalan dengan lancar.. cehh, event.. kelassss ayat ko jah!!! AT gerak balik dari Shah Alam lebih kurang dalam pukul 9 mlm..tapi sebab dah malam, idokler letih kaki bawak kereta.. 

Insha Allah, jika ada majlis berkaitan dgn ZTF family, AT akan join sebagai tanda support terhadap ZTF & Zizan Razak sendiri.. A'A'A... Bukan fanatik sekadar mengagumi


A.d.i.o.s

p/s : sebelum puasa hari tu terlepas utk join event Johan Raja Lawak ; hopefully dapat join lepas nih..

2 comments:

  1. Tq for ur support..love u sis..dtg selalu tau <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. love u too.. insha Allah i will.. (^_^)

      Delete

TQ sebab sudi tinggalkan komen.
Kawan2 memang terbaik..
♥^_^♥