Wednesday, July 31, 2013

Ya Allah, ku bersyukur

Ya Allah,
syukurku hanya pada Mu
kerana masih hela nafasku
mampu menyebut nama Mu

Ya Allah,
syukurku hanya pada Mu
di atas nikmat yang telah kau berikan
dalamku mencari keredhaan Mu

Ya Allah,
syukurku hanya pada Mu
kerana dikurniakan dengan keluarga penyayang
tiada harta yang setanding dengan mereka
mereka lah nyawaku
mereka lah kehidupan ku

Ya Allah,
syukurku hanya pada Mu
kerana dikelilingi oleh mereka yang ku panggil sahabat
yang sentiasa bersama denganku
di kala suka dan duka

Ya Allah,
ku pohon restu dari Mu
ku pohon lindungan kasih Mu
berikanlah aku kekuatan
untuk menempuhi kehidupan ini
syukur di atas segalanya 
syukur kerana aku masih mampu menapak
di bumi Mu ini..


*** 30th Julai 2013, genap 30 tahun aku menghela nafasku mengenali dunia***



A.d.i.o.s

No comments:

Post a Comment

TQ sebab sudi tinggalkan komen.
Kawan2 memang terbaik..
♥^_^♥