Monday, July 29, 2013

Rakaman Fuyoo Raya Zizan di Sangkot Villa, Hulu Langat.

Fuyoo Raya Zizan
Tarikh rakaman : 20 Julai 2013
Lokasi : Songket Villa, Hulu Langat, Selangor DE

Macam mana boleh terjebak dengan rakaman ni? Ini semua penangan ZTF (Zizans Twitter Family).. hikhik.. AT sebenarnya baru join ZTF nih (semenjak tukar hphone baru) >_< bukan apa, nak tahu gak perkembangan empunya nama Zizan Razak ni dalam industri hiburan. Apa yang AT boleh katakan, Zizan Razak semakin matang mencorak kerjaya dia

Alkisahnya bermula 1 twit admin ZTF yang AT tak bleh nak view.. Masa tu AT kena duduk sementara kat ofis lain, jadinya penerimaan coverage pun memang 'berbaloi-baloi'.. Bila dah sampai umah, bila tengok admin ZTF twit pasal recording raya ni dibuat di Ulu Langat a.k.a Hulu Langat, terus T tanya ngan admin ZTF.


Buat dekat Sangkot Villa.. Memang nak la kan.. dekat ngan umah kita.. AT sms their presiden & inform to participate; tapi bawak adik AT 2 org la sebagai peneman.. hikhik..

Hari rakaman : ZTF kena tunggu pukul 8pm di Petronas Batu 12 Hulu Langat, which is about 200 meter from my house (Taman Sri Nanding). Sebenarnya ada kejadian masa Kaklong Needa nak sampai kat sini tapi shhhhh.. Biarlah rahsia ek.. hikhik >_< Masa berkumpul kat sini la kenal dengan lebih jelas (nama2 twitter) Kaklong Needa, Awan Nano, SiewLing, Ash Dashian, Feka.. 1st time jumpa diorang tapi macam dah lama kenal.. MESRA!!!! Bila pihak produksi dah sampai, apa lagi gerak arr.. ZTF ada lebih kurang dalam 5 ke 10 buah kereta..Memang dah macam rombongan raya.. Bila disuruh duduk di ruangan yang telah disediakan, semua ternanti-nanti hero ZTF. Lebih kurang dalam 10 minit menunggu, hero pun keluar ke laman.. Memang dapat tepukan gemuruh la kan dari ZTF (aku lah tuh..hik2). Artis yang terlibat untuk rakaman ini adalah Dato Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Stacy, Nabil, Aril, Rozita Che Wan, Ben, Kaka Azraff, Emma Maembong & Chacha Maembong.

Tak mo cerita panjang, layankan gambar2 yang sempat T candidkan.. Untuk makluman, gambar ni diambil sebelum & selepas recording. Kiranya sebelum director jerit ACTION!! & selepas  jerit CUT!! hehehe..






with ZTF & krew produksi

Finally meet him for the 1st time ; ZIzan Razak & Kaka Azraff..
Sporting!!

Niat hati memang nak bergambar dgn Dato CT tapi bila diberitahu yang Dato dah lewat untuk pulang ke rumah, xsampai hati la plak nak tahan dia.. Lagipun ramai yang pergi kat dia.. Xperla, janji dah nampak depan mata. Memang dia cantik..

Rakaman habis sekitar 2 pagi.. lebih kurang la.. ZTF menunggu hero.. bila dia keluar dapat lagi tepukan gemuruh dari kitorang.. AT? sempat dapat lagi snap/candid gambar dia.. hikhik..


Ok, jangan lupa saksikan FUYOO RAYA ZIZAN yang akan bersiaran di ASTRO RIA pada HARI RAYA KE-2, pukul 3 PETANG. Korang tengok sendiri la aksi Zizan Razak dengan suara dia yang husky rock seksi tu menyanyi..

Eh, ada lagi citer pasal join event dia nih.. tunggu ehhh AT update.. hehehehehhhhh

A.d.i.o.s


No comments:

Post a Comment

TQ sebab sudi tinggalkan komen.
Kawan2 memang terbaik..
♥^_^♥