Thursday, July 04, 2013

Event : Fans Meeting with JUDIKA, 27.06.2013

Sambungan Setengah Mati Merindu Judika. Ini semua penangan twitter..hahaha

AT mmg minat dengan suara Judika ni. Kelantangan vokal dia untuk capai high note memang awesome. AT suka tengok performance dia dalam Indonesian Idol, masa dia nyanyi lagu Rocker Juga Manusia.. Pergh, memang mantap!!

Lagu dia yang AT tau cuma Bukan Rayuan Gombal. Itu satu2nya lagu AT ada sebab terasa macam jarang sangat dengar lagu dia yang lain. Kali ni bila dia 'meletup' dengan lagu Aku Yang Tersakiti, AT tak sangka ianya adalah dari album studio yang ke-3.. Bayangkan, album ke-3!! AT xtau sama ada AT yang tak mengikuti perkembangan dia atau memang jarang dengar berita pasal dia kat sini (ada jugak yang kena marah ni kang).

1st time dengar Aku Yang Tersakiti, memang JATUH CINTA wa cakap lu.. Dulu AT tak aktif kat twitter, tapi semenjak tukar handphone (alhamdulillah), upgrade service, haaaa… amik ko!!! MELEKAT!! Entah macam mana boleh perasan 1 twit oleh admin #JudikaholicFCMalaysia yang buat kuiz pasal Judika. AT pun gatal tangan jawab, then tetiba betul. Terus join this group & dah dapat pun hadiahnya.. Ha.. 1st time join dh dapat hadiah.. Bila diberitahu yang Judika akan dtg ke Malaysia utk promote album & beramah mesra dengan peminat di sini, rasa excited tapi masa tu AT cuma fikir macam ni “bestnya kalau dapat jumpa dia”.. itu jer ayat AT tapi ALHAMDULILLAH.. Tak sangka diberi peluang untuk jumpa dia.. (^_^)



it's happened at Red Box Garden on 27.06.2013
AT adalah antara member Judikaholic FC Malaysia yang bertuah untuk bertemu dengan Judika
masa ni la dapat jumpa & kenal dengan #Judikaholic yang lain




Masa ni tak payah cakap la betapa gilanya aku tengok dia depan mata sendiri.. hahahah..


Masa ni Abg Jude terima surprise dari Judikaholic FC Malaysia. Dia kena pakai Baju Melayu ni dalam tempoh 5 minit. Amacam? Ganteng tak?


Surprise yang kedua pulak, Abg Jude terima pavlova khas yang disediakan oleh admin Judikaholic FC Malaysia, Shasha. Masa ni memang teringin sangat nak jumpa Shasha tapi bila dia mention tak dapat datang , rasa sedih pulak.. huhu.. 

Aktiviti malam tu, ada games Bowling Stokin.. ada 2 kumpulan & kumpulan Abg Jude la yang menang games tu.. saja suka2.. Lepas tu ada sesi uji suara.. cewahh.. ada 3 orang peminat bertuah yang cuba mencuri hati Abg Jude dengan menyanyikan lagu Abg Jude. Pemenangnya Nurul. Lepas diumum, dia duet lagu Aku Yang Tersakiti dengan Nurul.. Aduss, melting dear.. Macam mana suara dia dalam lagu, mcm tu jugakla dia nyanyi live.. AWESOME!!.. Lepas tu ada sesi  foto & autograph.. kitorang kena tunggu last sebab special kan.. he3.. Aku ada bagi "hati aku" kat Abg Jude.. eh.. gedik plak.. Kalau korang perasan gambar yang atas sekali tu, bantal bentuk hati yang ku tampalkan manik utk dijadikan nama JUDIKA & frame yang tertulis - itulah hadiahnya.. bukan apa, hanya sebagai tanda kenangan pada dia..Adik aku tolong tampal sekali..


"CINTA JUDIKA SATUKAN JUDIKAHOLIC FC MALAYSIA"


Lady yang pegang mic tu namanya Ana, mc untuk malam event nih.
Gambar sebelah tu pulak, aku lepas geram.. nyanyi sekejap dengan #JudikaJadian. a.k.a Stan (kalau tak silap la itu namanya) sedap jugak weh suara dia... artis jugak tuh..

To SHASHA & Judikaholic FC Malaysia, MAMA ATIE (eh tetiba) SHIRA, FIFI, thank you di atas peluang ini. To members, RARA, TASHA, TQA, LEYNIE, UMI, ALYAZ, HONEY - you girls awesome!! 

Semoga Abg Jude a.k.a JUDIKA terus sukses & semoga berbahagia disamping insan tercinta. Semoga bisa ketemu lagi!!!!


A.d.i.o.s


No comments:

Post a Comment

TQ sebab sudi tinggalkan komen.
Kawan2 memang terbaik..
♥^_^♥