Posts

Showing posts from July, 2013

Ya Allah, ku bersyukur

Ya Allah, syukurku hanya pada Mu kerana masih hela nafasku mampu menyebut nama Mu
Ya Allah, syukurku hanya pada Mu di atas nikmat yang telah kau berikan dalamku mencari keredhaan Mu
Ya Allah, syukurku hanya pada Mu kerana dikurniakan dengan keluarga penyayang tiada harta yang setanding dengan mereka mereka lah nyawaku mereka lah kehidupan ku
Ya Allah, syukurku hanya pada Mu kerana dikelilingi oleh mereka yang ku panggil sahabat yang sentiasa bersama denganku di kala suka dan duka
Ya Allah, ku pohon restu dari Mu ku pohon lindungan kasih Mu berikanlah aku kekuatan untuk menempuhi kehidupan ini syukur di atas segalanya  syukur kerana aku masih mampu menapak di bumi Mu ini..

*** 30th Julai 2013, genap 30 tahun aku menghela nafasku mengenali dunia***


A.d.i.o.s

Ramadhan di minggu ke 3

Image
Pejam celik pejam celik, dah masuk minggu ke 3 kita berpuasa..
Macam mana puasa kawan2 sekalian?
Macam mana dengan terawih? dapat ikut ker?
Okey ker??
Alhamdulillah..

Sekarang ni orang dah mula busy pasal persiapan raya.. AT? Biasa jer.. Serba sederhana.. Lebihkan keluarga dulu.. AT ni xkisah, asalkan keluarga happy..
Eh duit raya dah ready kerrr? Adik AT beritahu, hari tu dia teman member dia pergi tukar duit kat Bank Islam kat Menara TM, orang beratur sampai ke luar pintu. haaa.. bank lain tak explore lagi nih.. huhuhhhhh

Dalam kepala otak ni dah terbayang makanan yang nak dihidangkan hari raya nanti.. mmmmdapppp.. yummmyy... Hikhik... alah, hari biasa pun kadang2 boleh dapat kan lauk pauk nih.. Mak AT, sebulan sekali mesti ada buat...astaghfirullahalazim... sabar T, sabar...


Kepala hotak ni tengah sarat pikir macam2 ; taskforce kerja, duit raya, cuti raya, assignment study, service kereta, aiyoooo... 
Ok kawan2.. nanti sambung lagi eh.. puasa jangan tak puasa (pada yang boleh la).…

Rakaman Fuyoo Raya Zizan di Sangkot Villa, Hulu Langat.

Image
Fuyoo Raya Zizan
Tarikh rakaman : 20 Julai 2013 Lokasi : Songket Villa, Hulu Langat, Selangor DE
Macam mana boleh terjebak dengan rakaman ni? Ini semua penangan ZTF (Zizans Twitter Family).. hikhik.. AT sebenarnya baru join ZTF nih (semenjak tukar hphone baru) >_< bukan apa, nak tahu gak perkembangan empunya nama Zizan Razak ni dalam industri hiburan. Apa yang AT boleh katakan, Zizan Razak semakin matang mencorak kerjaya dia. 
Alkisahnya bermula 1 twit admin ZTF yang AT tak bleh nak view.. Masa tu AT kena duduk sementara kat ofis lain, jadinya penerimaan coverage pun memang 'berbaloi-baloi'.. Bila dah sampai umah, bila tengok admin ZTF twit pasal recording raya ni dibuat di Ulu Langat a.k.a Hulu Langat, terus T tanya ngan admin ZTF.

Buat dekat Sangkot Villa.. Memang nak la kan.. dekat ngan umah kita.. AT sms their presiden & inform to participate; tapi bawak adik AT 2 org la sebagai peneman.. hikhik..

Hari rakaman : ZTF kena tunggu pukul 8pm di Petronas Batu 12 Hulu …

Promote : Numero Uno shirt by Zizan Razak

Image
oleh kerana ada rakan blog yang email/sms T brtanyakan pasal shirt Numero Uno,  T buat post khas jika rakan2 berminat utk dapatkan shirt ni.
rakan2 boleh call atau sms to this no 0193931612 harga RM 50 + RM 10 (postage)

design by Zizan Razak sendiri tau..
post promote ini adalah atas keizinan admin ZTF a.k.a Zizan's Twitter Family sendiri..
Minat?? 
tunggu apa lagi, get your own now!!
TQ for your support
(^_^)

A.d.i.o.s

Numero Uno shirt by Zizan Razak

Image
safely landed in my house 15072013 (^_^)


A.d.i.o.s

My Favourite Song - Cinta Satukan Kita by Judika

Image
dia sepi di sini, tak seperti yang lain walau sudah takdirnya, namun dia tetap tersenyum
bahagialah bila, kau masih punya mimpi hidup hanya sekali, berikanlah yang terbaik
reff: merindukan purnama, bertahan walau di dalam duka bersyukurNya-lah kita, masih banyak yang sayangi kita merindukan purnama, meraih cinta... cinta yang menyatukan kita
bahagialah bila, kau masih punya mimpi hidup hanya sekali, berikanlah yang terbaik
merindukan purnama, bertahan walau di dalam duka bersyukurNya-lah kita, masih banyak yang sayangi kita merindukan purnama, meraih cinta... cinta yang menyatukan kita cinta cinta kita ooo
merindukan purnama, bertahan walau di dalam duka bersyukurNya-lah kita, masih banyak yang sayangi kita merindukan purnama, meraih cinta... cinta yang  menyatukan kita


(OST Rindu Purnama)


A.d.i.o.s



Salam Ramadhan 2013

Image
T mohon maaf kalau ada salah silap sepanjang prkenalan di laman blog ini mungkin ada coretan T yang mana secara tak sengaja mengguris hati kawan-kawan selamat menunaikan ibadah puasa kawan-kawan puasa yang yuk, pagi2 jangan buka periuk (^_^)

A.d.i.o.s

Event : Fans Meeting with JUDIKA, 27.06.2013

Image
Sambungan Setengah Mati Merindu Judika. Ini semua penangan twitter..hahaha
AT mmg minat dengan suara Judika ni. Kelantangan vokal dia untuk capai high note memang awesome. AT suka tengok performance dia dalam Indonesian Idol, masa dia nyanyi lagu Rocker Juga Manusia.. Pergh, memang mantap!!
Lagu dia yang AT tau cuma Bukan Rayuan Gombal. Itu satu2nya lagu AT ada sebab terasa macam jarang sangat dengar lagu dia yang lain. Kali ni bila dia 'meletup' dengan lagu Aku Yang Tersakiti, AT tak sangka ianya adalah dari album studio yang ke-3.. Bayangkan, album ke-3!! AT xtau sama ada AT yang tak mengikuti perkembangan dia atau memang jarang dengar berita pasal dia kat sini (ada jugak yang kena marah ni kang).
1st time dengar Aku Yang Tersakiti, memang JATUH CINTA wa cakap lu.. Dulu AT tak aktif kat twitter, tapi semenjak tukar handphone (alhamdulillah), upgrade service, haaaa… amik ko!!! MELEKAT!! Entah macam mana boleh perasan 1 twit oleh admin #JudikaholicFCMalaysia yang buat kuiz pasa…