#Flashback : 15.06.2013 - Anugerah Blockbuster 2013


Rasanya semua org dh tahu pasal anugerah ni kan. Saja nak update dalam blog. Kenapa baru nak update? alah, dah nama tajuk pun #Flashback .. heheh

Majlis dianjurkan oleh Penerbit Filem Malaysia (PFM) dengan kerjasama dari Astro selaku saluran rasmi.Anugerah ini telah diadakan di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Johor. Sebanyak 13 kategori telah dipertandingkan dan untuk makluman semua,keputusan adalah berdasarkan kepada 100% undian daripada orang ramai.

Keputusan penuh semua pemenang ialah:-

Anugerah Filem Terhebat – Hantu Kapcai
Anugerah Tuan Direktor Terhebat – Syamsul Yusof (‘Jalan Kembali – Bohsia 2′)
Anugerah Filem Aksi Terhebat – ‘Hantu Kapcai’
Anugerah Hero Terhebat – Zizan Razak (‘Hantu Kapcai’)
Anugerah Heroin Terhebat – Yana Samsuddin (’3 Temujanji’)
Anugerah Drama Muzikal Terhebat – ‘Aku Ada, Kau Ada???
Anugerah Lagu Tema Terhebat – ‘Beginilah Caranya’ (filem ‘Aku Ada Kau Ada’)
Anugerah Hero Baru Terhebat – Izzue Islam (’29 Februari’)
Anugerah Heroin Baru Terhebat – Neelofa (‘Hantu Kapcai’)
Anugerah Direktor Baru Terhebat – Dharma Harun Al-Rashid (‘Adik Manja Returns’)
Anugerah Watak Penjahat Terhebat – Sofi Jikan (‘Jalan Kembali- Bohsia 2′)
Anugerah Filem Kelakar Terhebat – ‘Hantu Kapcai’
Anugerah Filem Seram Terhebat – ‘Sumpahan Kum-Kum’

Anugerah Khas
Anugerah Filem Terhebat Astro First – ‘Ombak Rindu’
Anugerah PFM – Mejar David Teo
Anugerah WeChat – Stacy

Tahniah kepada para penerima anugerah..

Pada malam tu juga, Zizan Razak dan Kaka Azraf telah menyanyikan lagu baru ; Infiniti Cinta ; melodi santai babe!! relax jer.. dah dengar ke belum? ala, youtube ada.. search jer.. hehe..

antara bait lirik yang aku suka:-
Satu satu aku mahu kamu
Dua dua hanya kita berdua
Tiga tiga bersama sama selamanya


A.d.i.o.s

p/s : ZTF gembira sebab abang diorang menang (^_^) 

Comments

Popular posts from this blog

Si Hijau ku merajuk lagi!!!! - masalah hon & minyak hitam terlebih

Mencari Ramli Musim Ke-5 Kini Bermula!