Monday, April 01, 2013

Event ; Up Close & Personal Red Ribbon Celebrities @ Menara Kuala Lumpur with Malaysian AIDS Council



 Buat julung kalinya Menara Kuala Lumpur dengan kerjasama Majlis AIDS Malaysia akan mengadakan “Up Close& Personal Red Ribbon Celebrities @ Menara Kuala Lumpur with Malaysian AIDS Council ” pada 23 dan 24 April 2013 mulai jam 12 tengahari hingga 3 petang.

Acara ini akan menampilkan gabungan artis popular tanahair iaitu Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah, Bob Yusof dan Fahrin Ahmad dengan penampilan istimewa Aaron Aziz pada 24 April 2013. Terhad kepada 248 tetamu bagi satu hari.

Ianya diadakan bersempena dengan sambutan Minggu Setiausaha yang disambut pada bulan April setiap tahun. Majlis yang gilang-gemilang ini akan diadakan di Mega View Banquet Hall dari ketinggian 288 meter di mana di lokasi ini sahaja para setiausaha berpeluang menyaksikan persembahan artis terkenal ini secara eksklusif, peribadi dengan lebih rapat serta mesra ditambah dengan 360 darjah pemandangan kota Kuala Lumpur.

Harga tiket istimewa yang ditawarkan bagi “Up Close & Personal Red Ribbon Celebrities @ Menara Kuala Lumpur with Malaysian AIDS Council” adalah seperti berikut:-

· VVIP CLASS RM7,000 x 1 meja (8 pax)
· PLATINUM CLASS RM6,000 x 4 meja (10 pax)
· GOLD CLASS RM5,000 x 12 meja (10pax)
· SILVER CLASS RM4,000 x 8 meja (10pax)

Jangan ketinggalan untuk meraikan Setiausaha dan rakan-rakan niaga anda di Menara Kuala Lumpur yang merupakan Menara tertinggi di Asia Tenggara dan ke-7 tertinggi di dunia.

Untuk keterangan lanjut dan tempahan sila hubungi 03-2020 5444 atau layari www.menarakl.com.my, atau Facebook @ Menara Kuala Lumpur (KL Tower Official).


***************************

Aaron Aziz tuh!!!!!
Tak mau join ker?
heheheheh


A.d.i.o.s





No comments:

Post a Comment

TQ sebab sudi tinggalkan komen.
Kawan2 memang terbaik..
♥^_^♥