Saturday, April 20, 2013

Earth Day, 22 April 2013

http://www.earthday.org/


Hari Bumi akan disambut pada setiap 22 April di lebih 192 buah negara di seluruh dunia. Ini adalah sebagai tanda sokongan untuk melindungi alam sekitar. Hari Bumi pertama disambut pada tahun 1970 dan diuruskan oleh Earth Day Network. Tema tahun ni "THE FACE OF CLIMATE CHANGE",  menekankan tentang perubahan iklim bumi yang telah meninggalkan banyak kesan kepada manusia, haiwan, tempat dan alam sekitar.

Corporate Communication syarikat AT cadangkan 3 warna
; HIJAU ; BIRU ; COKLAT ; 
Kat opis ni masing2 dah pakat nak pakai color apa.
Nak buat color blocking katanya.

JOM, BUKTIKAN SOKONGAN ANDA!!!!




A.d.i.o.s

p/s : AT mmg suka color hijau.. hehehe


Friday, April 12, 2013

It's All About Life - Friends

saja nak share dari wall FB kawan AT
^_^



quote yg atas ni mmg betul..
AT sendiri dah rasa..
punyalah sakit hati kan bila suka2 hati bercerita hal kita tanpa mengenali kita
bila dapat tahu, haaaa.... amik ko..
berdas-das AT bagi..
lepas dah bagi tu baru pi cerita kat ustazah..
kena ceramahla pulak
AT ingat lagi apa dia cakap
"sepatutnya, bila berdepan dengan si polan binti polan tu, 
ucapkan padanya
ALHAMDULILLAH"
hmmmmm
betul kata ustazah tu..
bila cerita kat mak pulak, mak pesan
"biar orang buat kita, jangan kita buat orang"
lepas tu bila kita dah bengang dgn situasi tu, baru kita tahu siapa kawan sebenar
yang jenis tikam belakang tak tahan
adoi... AT berdepan dgn dia, AT cakap,
"terima kasih sebab jadi kawan aku"
mmg bertakung air mata masa tu
huhu
benda dah lepas
mmg jadi pengajaran
^_^

A.d.i.o.s


Thursday, April 11, 2013

Banjir Kilat Sekitar KL, 10 April 2013

Pukul 5pm tgk kat tingkap, fuh, gelap.. rasa macam dah pukul 8 malam.. Tak sampai 5 minit AT cakap macam tu, dah hujan lebat. AT duduk tingkat 3, terasa macam bergegar opis.. Angin kuat oo.. macam ribut.. Pukul 5.30pm kawan2 opis pakat gerak.. AT tak balik lagi sebab adik tak gerak lagi dari tempat kerja dia.. Dia sms kat  tempat dia (Menara TM) pun hujan lebat.. Bila dia dah sms macam tu, mmg tak boleh buat apa la.. Dia pun tak bagi AT gerak ke sana sebab jem.. 

Ada member ofis turun pukul 6pm.. Dia sempat tegur AT nak balik kul baper.. AT cakap la tunggu adik sms.. Dia pun tanya AT parking kereta kat area mana.. Bila AT jawab kat belakang - area simpanan kabel, dia bising.. "Kenapa tak alihkan kereta..? Air dah naik kat belakang nun." Apa lagi, bergegas turun, tapi tak boleh nak redah gak sebab payung takde, hujan tgh lebat.. Nampak sorang boss tu, buat muka selamba nak pinjam payung.. Laluan nak pergi ke kereta pun dah tenggelam.. Paras betis jugak la.. Masa dah sampai kat kereta tu, air mmg dh tinggi.. Atas sikit dari buku lali.. Start enjin kereta, alihkan ke depan, dgn muka selamba, AT parking kat parking berbumbung AGM.. Kebetulan kosong... Lagipun dah petang.. Mustahil la AGM nak datang kan waktu hujan lebat.. huhuh

T gerak balik lebih kurang dalam pukul 645 pm - 650pm.. Itupun hujan masih renyai lagi.. Masa amik adik kat LRT Damai, terpikir gak.. Janganla banjir kat depan bangunan Felda Ampang tuh.. Serik oo kalau banjir kat situ.. Kalau tak reti nak control gear kereta, mmg mati enjin.. Stuck.. Tapi, alhamdulillah.. Susur jalan jelatek ke jalan ampang, boleh dikatakan agak lancar walaupun hujan.. Sampai umah dalam pukul 8.00.. Kira ok la jugak timing tu.. 

Ini dari KOSMO

Gambar yang ni plak dari MELVISTER








Seriau gak keadaan macam ni.. Kepada kawan2, hati2 dan ambil langkah berjaga-jaga.. Keadaan cuaca sekarang ni dah tak menentu.. Kesihatan pun jaga juga yer.. ^_^

A.d.i.o.s


Wednesday, April 10, 2013

It's All About Life - Pesanan Imam Ghazali



renung-renungkan
selamat beramal
^_^


A.d.i.o.s


Bas Terbalik

Kemalangan ni berlaku semalam. Member AT yg kebetulan keluar petang semalam, balik jer di ofis, terus dia bercerita hal kemalangan ni. Masa tu pukul 4.45 petang rasanya. Member siap cakap lagi, jangan lalu ikut Genting Klang sebab ada bas terbalik. Tak mo citer panjang, AT share kan story ni dari blog ONDSCENE. Terima kasih ONDSCENE sbb share berita ni. Kredit to you!! ^_^

Laluan : Jalan Gombak susur Jln Genting Klang, arah Jalan Pahang, Kuala Lumpur
Tarikh kejadian : 9 April 2013
Masa kejadian : 3.40 petang

sumber : ONDSCENE
sumber : ONDSCENE
sumber : ONDSCENE
sumber : ONDSCENE

Menurut ONDSCENE, kemalangan ni berlaku disebabkan pemandu bas hilang kawalan apabila ada sebuah kereta yang berada di lorong kanan secara tiba-tiba memasuki laluan kiri di hadapan bas. Kemalangan turut menyebabkan tumpahan minyak. Semua penumpang dan pemandu selamat. 

Seriau bila dengar pasal kemalangan bas nih. Kadang2 tu kalau bawa kereta, rasa ngeri nak lalu sebelah bas. Jangan kata bas la, sebelah lori hardware kecil tu pun rasa macam ' bila la aku nak lepas dia nih'..  Kemalangan boleh berlaku dengan berbagai cara. Secara sengaja atau tidak. Pucuk pangkalnya, semua dari kita. Tapi kadang2, bila kita dah berhati-hati pun, boleh jadi jugak. Hmm, acaner tuh??

A.d.i.o.s


Monday, April 08, 2013

Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012)




Artis Baru Lelaki Popular
Aiman Hakim Ridza


Artis Baru Wanita Popular
Wawa Zainal

Artis Duo/Berkumpulan Popular
Black & Malique

Penyanyi Lelaki Popular
Hafiz

Penyanyi Wanita Popular
Shila Amzah

Pelakon TV Lelaki Popular
Aaron Aziz

Pelakon TV Wanita Popular
Nabila Huda

Pelakon Filem Lelaki Popular
Shaheizy Sam

Pelakon Filem Wanita Popular
Yana Samsudin

Artis Komedi Lelaki Popular
Zizan Razak

Artis Komedi Wanita Popular
Didie Alias

Pengacara TV Lelaki Popular
Aznil Nawawi

Pengacara TV Wanita Popular
Fara Fauzana

Penyampai Radio Lelaki Popular
Faizal Ismail

Penyampai Radio Wanita Popular
Fara Fauzana


Kategori Online
Watak Jahat dalam Filem atau Drama Popular - Sofi Jikan
Gandingan di Layar Serasi - Jozan
Watak Animasi Tempatan Popular - Upin Ipin
Artis Berpengaruh di Media Laman Sosial - Zizan Razak
Artis Lelaki Stailo  -Zizan Razak
Artis Wanita Stailo - Melissa Francis
Artis Asia Paling Popular - Zizan Razak

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - SEARCH
Anugerah Bintang Paling Popular - SHAHEIZY SAM

A.d.i.o.s


Thursday, April 04, 2013

Senarai Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012)



Artis Baru Lelaki Popular
1. Aiman Hakim Ridza
2. Izzue Islam
3. Jimmy Palikat
4. Shah Iskandar
5. Taiyudin Bakar

Artis Baru Wanita Popular
1. Ainan Tasneem
2. Emma Maembong
3. Hanez Suraya
4. Nad Zainal
5. Wawa Zainal

Artis Duo/Berkumpulan Popular
1. Black & Malique
2. Hafiz & Adira
3. Jimmy Palikat & One Nation Emcees
4. Mojo
5. Sleeq & Najwa Latif

Penyanyi Lelaki Popular
1. Aizat
2. Black
3. Faizal Tahir
4. Hafiz
5. Hazama

Penyanyi Wanita Popular
1. Jaclyn Victor
2. Najwa Latif
3. Shila Amzah
4. Stacy
5. Yuna

Pelakon TV Lelaki Popular
1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Beto Kusyairy
4. Fahrin Ahmad
5. Johan As’ari

Pelakon TV Wanita Popular
1. Fasha Sandha
2. Izara Aishah
3. Nabila Huda
4. Neelofa
5. Siti Saleha

Pelakon Filem Lelaki Popular
1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Bront Palarae
4. Shaheizy Sam
5. Zizan Razak

Pelakon Filem Wanita Popular
1. Lisa Surihani
2. Maya Karin
3. Neelofa
4. Nora Danish
5. Yana Samsudin

Artis Komedi Lelaki Popular
1. Angah
2. Jepp
3. Johan
4. Nabil
5. Zizan Razak

Artis Komedi Wanita Popular
1. Aliza Abdullah @ Enot
2. Didie Alias
3. Jihan Raja Lawak
4. Noorkhiriah
5. Sharifah Shahira

Pengacara TV Lelaki Popular
1. AC Mizal
2. Awal Ashaari
3. Aznil Nawawi
4. Faizal Ismail
5. Zizan Razak

Pengacara TV Wanita Popular
1. Adibah Noor
2. Didie Alias
3. Fara Fauzana
4. Neelofa
5. Sharifah Shahira

Penyampai Radio Lelaki Popular
1. Ag
2. Faizal Ismail
3. Halim Othman
4. Johan
5. Nabil

Penyampai Radio Wanita Popular
1. Abby Fana
2. Dj Lin
3. Fara Fauzana
4. Linda Onn
5. Raja Azura


Info dari Abg Nara .....
TQ ^_^..
Yang highlight ngan color hijau tu pilihan AT.....
pilihan kawan-kawan macam mana pula??


A.d.i.o.s


My favourite song - Harus Terpisah by Cakra Khan


Sendiri, sendiri ku diam, diam dan merenung
Merenungkan jalan yang kan membawaku pergi
Pergi tuk menjauh, menjauh darimu
Darimu yang mulai berhenti
Berhenti mencoba, mencoba bertahan
Bertahan untuk terus bersamaku

Ku berlari kau terdiam
Ku menangis kau tersenyum
Ku berduka kau bahagia
Ku pergi kau kembali
Ku coba meraih mimpi
Kau coba ‘tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu

Bayangkan.. bayangkan ku hilang, hilang tak kembali
Kembali untuk mempertanyakan lagi cinta
Cintamu yang mungkin, mungkin tak berarti
Berarti untuk ku rindukan

Ku berlari kau terdiam
Ku menangis kau tersenyum
Ku berduka kau bahagia
Ku pergi kau kembali
Ku coba meraih mimpi
Kau coba ‘tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu

Ini harusnya kita coba saling melupakan
Lupakan, lupakan kita pernah saling bersama

Ku berlari kau terdiam
Ku menangis kau tersenyum
Ku berduka kau bahagia
Ku pergi kau kembali
Ku coba meraih mimpi
Kau coba ‘tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu

**************
pertama kali dengar terus 'jatuh hati' ngan lagu nih..
^_^


Tuesday, April 02, 2013

My Study : Year 1, 2nd Trimester Exam Result

sekarang ni AT dah masuk 3rd Trimester..
kelas pun dah start 24 Mac hari tuh..
apa yg AT nak share adalah..
ALHAMDULILLAH
AT pass exam lepas..
walaupun penuh dengan dugaan
tapi AT bersyukur sangat2..
yang penting..
takde re-sit paper..
he3..

Hopefully this trimester i can focus back..
nak perbaiki / naikkan CGPA
In Shaa Allah..
TQ yer kawan2 sebab doakan AT
Hanya Allah SWT yang mampu membalasnya
^_^


A.d.i.o.s




It's All About Life - 10 sebab hati buta

muhasabah di pagi Selasa


renung-renungkan
selamat beramal 
^_^


A.d.i.o.s


Monday, April 01, 2013

Event ; Up Close & Personal Red Ribbon Celebrities @ Menara Kuala Lumpur with Malaysian AIDS Council



 Buat julung kalinya Menara Kuala Lumpur dengan kerjasama Majlis AIDS Malaysia akan mengadakan “Up Close& Personal Red Ribbon Celebrities @ Menara Kuala Lumpur with Malaysian AIDS Council ” pada 23 dan 24 April 2013 mulai jam 12 tengahari hingga 3 petang.

Acara ini akan menampilkan gabungan artis popular tanahair iaitu Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah, Bob Yusof dan Fahrin Ahmad dengan penampilan istimewa Aaron Aziz pada 24 April 2013. Terhad kepada 248 tetamu bagi satu hari.

Ianya diadakan bersempena dengan sambutan Minggu Setiausaha yang disambut pada bulan April setiap tahun. Majlis yang gilang-gemilang ini akan diadakan di Mega View Banquet Hall dari ketinggian 288 meter di mana di lokasi ini sahaja para setiausaha berpeluang menyaksikan persembahan artis terkenal ini secara eksklusif, peribadi dengan lebih rapat serta mesra ditambah dengan 360 darjah pemandangan kota Kuala Lumpur.

Harga tiket istimewa yang ditawarkan bagi “Up Close & Personal Red Ribbon Celebrities @ Menara Kuala Lumpur with Malaysian AIDS Council” adalah seperti berikut:-

· VVIP CLASS RM7,000 x 1 meja (8 pax)
· PLATINUM CLASS RM6,000 x 4 meja (10 pax)
· GOLD CLASS RM5,000 x 12 meja (10pax)
· SILVER CLASS RM4,000 x 8 meja (10pax)

Jangan ketinggalan untuk meraikan Setiausaha dan rakan-rakan niaga anda di Menara Kuala Lumpur yang merupakan Menara tertinggi di Asia Tenggara dan ke-7 tertinggi di dunia.

Untuk keterangan lanjut dan tempahan sila hubungi 03-2020 5444 atau layari www.menarakl.com.my, atau Facebook @ Menara Kuala Lumpur (KL Tower Official).


***************************

Aaron Aziz tuh!!!!!
Tak mau join ker?
heheheheh


A.d.i.o.s