Tuesday, March 26, 2013

Event: Exciting Activities with Gempak Starz for School Holiday @ Menara Kuala Lumpur

Rasa macam dah lambat nak update pasal event ni tapi takpelah kan, AT akan share juga di sini..

Musim cuti kali ini, Menara Kuala Lumpur (KL) akan membawakan GEMPAK STARZ bagi memeriahkan lagi musim percutian penggal pertama ini.

Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan istimewa untuk hiburan anda di Menara KL seperti sesi kuiz, sesi bertemu kartunis Gempak Starz, jualan buku Gempak Starz, pertandingan mewarna, pameran dinosaur, persembahan “flash mob”, kemunculan Upin dan Ipin, persembahan DJ dan persembahan Kebudayaan serta banyak lagi!




Selain itu, Menara KL turut menawarkan Pakej Keluarga berharga RM 88.00 untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak ke Pelantar Pemandangan (bagi Pemegang MyKad). Para pengunjung juga akan menikmati potongan sebanyak 10% bagi pembelian tiket tambahan yang seterusnya.

Bukan itu sahaja, dengan pakej istimewa ini, para pengunjung hanya perlu menambah RM10.00 seorang bagi menyertai setiap satu tarikan lain di Menara KL seperti menunggang Kuda Padi, melawat KL Tower Animal Zone, merasai pengalaman memandu F1 Simulator, menerokai Perkampungan Budaya 1Malaysia dan menyaksikan kehidupan ikan berwarna-warni di Blue Coral Aquarium.

Jadilah sebahagian daripada keseronokan ini mulai 22 hingga 31 Mac 2013, pasti ianya akan menjanjikan kepuasan dan keseronokan buat semua, terutama kepada para pelajar. Oleh itu jangan lupa untuk penuhi jadual anda untuk berkunjung ke Menara Kuala Lumpur bersama keluarga, saudara-mara dan sahabat handai bersempena musim cuti sekolah kali ini. Duta Perkhidmatan Pelanggan kami akan menanti ketibaan anda dengan penuh senyuman dan layanan mesra.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian 03-2020 5499 dan layari laman sesawang www.menarakl.com.my, facebook di www.facebook.com/officialmenarakl, Twitter@Menara_KL dan Instagram (Menara KL).

*********************

Boleh bawa seisi keluarga.. Luangkan masa bersama ketika di waktu cuti sekolah ni..
Have Fun!!!!

A.d.i.o.s



8 comments:

  1. bestnya!!! mcm2 aktiviti kan. klau nak ke blue coral aquarium tu, nak kena bayar jugak ke entrance tix ke menara KL? sbb ade promo kt groupon/mydeal baru2 ni. mmg murah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. x sure la pulak sis... klau ada, bawak jer la dulu kot.. tunjukkan pada diorang.. ^_^

      Delete
  2. 25 Mac nanti ada gak roadtour Gempakstarz kat KB. :)

    ReplyDelete
  3. Kalau dekat ni mesti M dah bawak Khalish pi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala, kat utara skang pun tgh ada event kan.. LIMA.. AT kalau dekat mmg nak pi.. tgk M dah pi, jeles pulak rasanya.. he3..

      Delete

TQ sebab sudi tinggalkan komen.
Kawan2 memang terbaik..
♥^_^♥