Monday, March 04, 2013

Bunohan Terbaik di FFM25


Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25) menyaksikan filem Bunohan menggondol 8 dari 24 anugerah yang dipertandingkan. 


suka sangat2 bila FAIZAL HUSSEIN dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik..
kalau tak salah AT, ini adalah anugerah pertama yang diterima  dalam FFM setelah lebih 30 tahun berkecimpung dalam industri perfileman tanah air.. 

AT takdelah tengok keseluruhan FFM ni..
faham2 sendiri la bila berebut remote control kat rumah..
yang sorang nak nengok citer nih, 
yang sorang nak tengok cerita tuh..
sudahnya ayah yang pegang remote..
hahaha..

Berikut adalah keputusan penuh FFM 25:-

Anugerah Pelakon Harapan Wanita - Jojo Goh (29 Februari)
Anugerah Pelakon Harapan Lelaki - Izzue Islam (29 Februari)
Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Normah Damanhuri (Songlap)
Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Syafie Naswip (Songlap)
Anugerah Penyunting Terbaik - Wong Hui Lynn (Songlap)
Anugerah Cerita Asal Terbaik - Dain Iskandar Said (Bunohan)
Anugerah Lakon Layar Terbaik - Dain Iskandar Said (Bunohan)
Anugerah Sinematografi Terbaik - Hariss Hue Abdullah (Songlap)
Anugerah Pelakon Wanita Terbaik - Maya Karin (Ombak Rindu)
Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik - Faizal Hussein (Bunohan)
Anugerah Pengarah Filem Terbaik - Dain Iskandar Said (Bunohan)
Anugerah Filem Bukan Melayu Terbaik - Petaling Street Warriors
Anugerah Pencapaian Khas - Rhythm & Hue Studio (Life of Pi)
Anugerah Khas Sepanjang Hayat Wanita - Seniwati Mariani Ismail
Anugerah Khas Sepanjang Hayat Lelaki - Datuk Aziz Sattar
Anugerah Khas Juri Penggiat TV Lelaki - Mano Maniam
Anugerah Khas Juri Penggiat TV Wanita - Lai Meng
Anugerah Filem Terbaik - Bunohan

Tahniah kepada para penerima anugerah..

A.d.i.o.s


2 comments:

  1. bunohan, songlap, 29 februari mmg terbaik!! ketiga2 filem tu saya minat sgt. punya maksud yg tersurat dan tersirat. life of pi pun turut menang? mmg best cite tu, x rugi tgk wayang aritu. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bunohan memang best.. marilah bersama-sama support industri filem malaysia.. yeah!! ^_^

      Delete

TQ sebab sudi tinggalkan komen.
Kawan2 memang terbaik..
♥^_^♥