Friday, March 29, 2013

Positive To Recover - VI


Alhamdulillah..
Syukur..
27 Mac 2013
AT pergi jumpa doktor pakar utk sesi follow up
selepas buat ujian pendengaran
doktor telah mengesahkan AT telah pulih sepenuhnya
TAPI
doktor nasihatkan AT
supaya perlu berhati-hati
sebab
perkara ini akan berulang kembali
jika AT tak menjaga kesihatan dengan baik

In Shaa Allah 
AT akan ikut nasihat doktor
terima kasih juga pada kawan2
yang sentiasa mendoakan kesihatan AT
pada ALLAH SWT 
AT bermohon
agar kawan2 mendapat ganjaran sewajarnya
di atas doa tersebut

+ve in life
setiap sakit ada ubatnya


A.d.i.o.s



Backstreet's Back!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

20 years


Zaman AT sekolah menengah, mmg tergila-gilakan nasib baik tak gila diorang nih..  Masa tu AT minat AJ, kawan2 AT ; Are-yan minat Kevin, Anan minat Brian, Ayang minat Howie, Lyn minat Nick ;  Ada jer gambar yang terpampang dalam surat khabar, magazine, semuanya di potong.. Masa tu buta IT lagi.. Nak surfing internet mmg AT xreti..  he3.. Nak beli cd, mahal sangat, sanggup kumpul duit, beli kaset then kongsi ngan kawan2.. Minggu ni aku, minggu ni kau.. Memori betul..

Baru2 ni kan, diorang datang KL.. Dikatakan 20,000 orang peminat datang.. Mulanya AT excited nak pergi tapi bila tak dapat green light dari ayah, pujuk hati sendiri la yer.. hu3.. 

Kredit to KOSMO

20 April adalah ulangtahun diorang yang ke 20.. Wow!!!! 20 tahun... Boy grup yang seangkatan dgn diorang pun ada yg dah berpecah.. BSB masih gah di persada muzik antarabangsa.. Diorang juga akan melancarkan album baru diorang pada tarikh tersebut.. 

Petikan di KOSMO;-

"Kami juga cukup berbangga kerana selepas 20 tahun di dalam industri seni, akhirnya kami diberi penghargaan untuk nama Backstreet Boys berada di Hollywood Walk Of Fame yang menjadi tanda kejayaan kami. Terima kasih kerana terus menyokong kami," ujar A.J.Bermula bulan Mei depan, kumpulan itu akan memulakan siri konsert jelajah ke seluruh dunia dan Malaysia turut tersenarai sebagai destinasi konsert tersebut."Kami akan bertemu anda selepas ini di konsert jelajah. Kamu semua peminat yang hebat. Ini hanyalah sebuah konsert pemanas badan sahaja, nantikan konsert yang sebenar tidak lama lagi. Kami sayang anda semua," kata Kevin ketika membuat persembahan di Konsert Twin Tower @Live 2013.




Mereka terharu dgn sambutan peminat di Kuala Lumpur dan mereka excited untuk kembali ke Malaysia.


'LARGER THAN LIFE'


A.d.i.o.s


Tuesday, March 26, 2013

Event: Exciting Activities with Gempak Starz for School Holiday @ Menara Kuala Lumpur

Rasa macam dah lambat nak update pasal event ni tapi takpelah kan, AT akan share juga di sini..

Musim cuti kali ini, Menara Kuala Lumpur (KL) akan membawakan GEMPAK STARZ bagi memeriahkan lagi musim percutian penggal pertama ini.

Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan istimewa untuk hiburan anda di Menara KL seperti sesi kuiz, sesi bertemu kartunis Gempak Starz, jualan buku Gempak Starz, pertandingan mewarna, pameran dinosaur, persembahan “flash mob”, kemunculan Upin dan Ipin, persembahan DJ dan persembahan Kebudayaan serta banyak lagi!




Selain itu, Menara KL turut menawarkan Pakej Keluarga berharga RM 88.00 untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak ke Pelantar Pemandangan (bagi Pemegang MyKad). Para pengunjung juga akan menikmati potongan sebanyak 10% bagi pembelian tiket tambahan yang seterusnya.

Bukan itu sahaja, dengan pakej istimewa ini, para pengunjung hanya perlu menambah RM10.00 seorang bagi menyertai setiap satu tarikan lain di Menara KL seperti menunggang Kuda Padi, melawat KL Tower Animal Zone, merasai pengalaman memandu F1 Simulator, menerokai Perkampungan Budaya 1Malaysia dan menyaksikan kehidupan ikan berwarna-warni di Blue Coral Aquarium.

Jadilah sebahagian daripada keseronokan ini mulai 22 hingga 31 Mac 2013, pasti ianya akan menjanjikan kepuasan dan keseronokan buat semua, terutama kepada para pelajar. Oleh itu jangan lupa untuk penuhi jadual anda untuk berkunjung ke Menara Kuala Lumpur bersama keluarga, saudara-mara dan sahabat handai bersempena musim cuti sekolah kali ini. Duta Perkhidmatan Pelanggan kami akan menanti ketibaan anda dengan penuh senyuman dan layanan mesra.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian 03-2020 5499 dan layari laman sesawang www.menarakl.com.my, facebook di www.facebook.com/officialmenarakl, Twitter@Menara_KL dan Instagram (Menara KL).

*********************

Boleh bawa seisi keluarga.. Luangkan masa bersama ketika di waktu cuti sekolah ni..
Have Fun!!!!

A.d.i.o.s



Monday, March 18, 2013

Positive To Recover - V

hari ni AT gi sesi facial fisio,
pegawai perubatan fisio tu cakap
banyak perubahan dah berlaku
dan
AT tak payah datang lagi lepas ni
itupun
kalau doktor pakar sendiri maklumkan
AT dah sembuh sepenuhnya
Alhamdulillah..
Syukur Pada Mu Ya Allah..
terima kasih pada kawan2 sekalian
yang sentiasa mendoakan kesihatan AT

+ve in life
setiap sakit ada ubatnya

A.d.i.o.s



Friday, March 15, 2013

Bolasepak : New FIFA World Ranking (Mens) update 15.03.2013


Tak sampai sebulan rasanya, AT update pasal ranking bolasepak Malaysia, baca SINI
Tup tup pagi tadi dengar berita di JOHARA Era, Malaysia turun ke tangga 164..

New Ranking at FIFA

Wehh.. Jatuh lagi.. Hari tu bedebab 1 anak tangga, la ni 5 anak tangga.. 
Apa nak jadi nih.. 

Bila nak gah semula?????? 

Selamanya Harimau Malaya

A.d.i.o.s


Thursday, March 14, 2013

Pi jauh la wei!!!!


ku tengok jam PC
baru pukul 11:52AM
entah kenapa
mata ni rasa berat sangat..
nak pejam jer..
ada berdengkur ni kang..
macam2 lagu dah dipasang..
rock-alternative-pop-ska
apalagi?
tapi mata kuyu gak..
belum makan tengah hari lagi..
lepas makan kang lagi menagntuk..
adoiii...
segar la mata wehhh...
banyak kerja nak kena siap nih..




A.d.i.o.s



Mini GA sempena 2nd Anniversary

Dapat invitation dari Sis Qasihnya Rania.. Thank you sis for the invitation.. Tapi kali ni lain sikit.. Apa dia?? Tengok la kat bawah eh.. he3

Nak join, click SINI

KENANGAN MANIS DENGAN INSAN TERSAYANG

Kalau diikutkan, banyak kenangan manis.. Tapi yang paling manis adalah -

Apabila bersama keluarga tercinta. AT belum kahwin lagi, sudah tentulah keluarga menjadi keutamaan AT. Seronok apabila semua yang dialami dikongsi bersama. Lebih manis apabila sekarang ni AT dah ada 2 orang anak buah.. Sepasang pulak tu.. Si Abang dah mula belajar di Tabika, Si Adik pulak makin lasak.. Kadang2 letih melayan karenah diorang tapi rasa letih kerja seharian di ofis 'hilang' dengan tiba2.. Kalau tak disakat 1 hari tak sah.. 


Boleh ker cerita AT ni dikategorikan sebagai kenangan manis..?? Tak kisahla kan sebab masing2 ada interpretasi sendiri untuk cerita.. Kalau kawan2 lain nak join GA ni, ada beberapa perkara yang perlu dibuat:-
  1. Follow blog Nazirah
  2. Buat cerita KENANGAN MANIS DENGAN INSAN TERSAYANG. Boleh kaitkan dengan sesiapa sahaja, family, husband, wife, bf, gf, asalkan ianya adalah org yg paling anda sayang. Panjang ker pendek, terpulang. 
  3. Follow blog sponsor Kasih Lestari Abadi 
  4. Follow blog sponsor Rumpai Laut Lestari

TAMBAHAN.. follow & be my friend la sekali.. hehe..
Oh yer,
banner cute kat atas tu jangan lupa di ' tampal' sekali & tinggalkan link entry di blog Nazirah

Mini GA berlangsung:-
27 FEB 2013-17 MAC 2013 11.59pm
Pemenang akan diumumkan 2 hari lepas selepas tarikh akhir.

Jom sokong and join GA ni.. 

A.d.i.o.s


Tuesday, March 12, 2013

Situasi Lahad Datu - Ops Daulat

Kenapa bila dah ada nyawa terkorban, baru nak bincang isu pengunduran / tamatkan pencerobohan?
Kenapa masa rundingan awal dibuat, banyak karenah?
Sebelum gempur wilayah berdaulat, pernah ke fikir akibat yang mengundang?
Sebelum nak buat tuntutan ke atas wilayah berdaulat, pernah rujuk pakar sejarah atau tak?
Macam mana diorang boleh masuk perairan negara?
Bagaimana isu ini boleh timbul?

Macam2 soalan bermain di fikiran..
siapa salah, 
siapa benar..
orang itu dikaitkan, 
orang ini dikaitkan..
aku bukan arif dalam bidang ni
aku cuma mahukan keamanan  yang dicipta kekal


Aku bukan perwira
bisa menghunus senjata
tapi 
hanya mampu berdoa..
agar situasi ini segera berakhir..
damai seperti sedia kala..

Al Fatihah buat mereka yang terkorban kerana mempertahankan keselamatan negara.


A.d.i.o.s


Ssshhhh......

Ayo.... 
kasi slow u punya voice boleh ka??
orang lain pun guna itu phone ma tapi xderla satu kampung dengar..



Thursday, March 07, 2013

Si Hijau ku merajuk lagi!!!! - masalah hon & minyak hitam terlebih

Tengok tajuk, kawan2 lelaki dalam blog AT ni mesti tau kan apa jadi... Haaaa... Betul lah tu!! Hehehe... Mungkin entry ni akan jadi entry terpanjang dalam blog AT nih.. dah lama tak buat karangan nih.. heheh

Alkisah bermula 2 hari lepas, apabila hon kereta AT tak berhenti bunyi selama 30 saat ke 1 minit.. Yang jadi pelik sebab AT tak tekan hon, tapi still bunyi.. Dah cabut wayar kat stereng pun bunyi lagi.. Mintak tolong brader kat opis supaya tengokkan.. Bila dia check,  hon ke-2 keta yg berbunyi.. Wayar dah tak betul.. SERIOUS!! AT tak tahu ada hon ke-2 kat kereta tuh.. Dia kata hon ke-2 tu alarm hon.. Dia potong wayar yg bersambung kat bateri tu.. Lepas tu xder la bunyi.. Entah macam mana dia boleh check minyak hitam.. Dia angkat jer rod besi tu, minyak tu ada kat bawah penanda minimum.. Dia membebel.. AT pun cakap la yang kereta tu memang nak dihantar servis minggu ni tapi dia kata takkan nak tunggu sampai keta tu 'stuck' baru nak pergi.. Dia pergi tolong beli minyak & refill.. Dia tuang semua.. Dia kata xper, biar maximum.. Hmm... AT diamkan ajer lah kan.. YOLAH, MANOLAH DEN TAU APO KOSAN EH..

Balik tu, ambil adik AT mcm biasa kat Putra Damai.. Lepas je Gleneagles Ampang, tetiba AT perasan asap keta tebal semacam.. warna putih plak tuh... Naik jer flyover depan Ampang Point, makin tebal asap.. Adik AT suruh berhenti sebab dia kata tak nak jadi 'ayam panggang'.. Sabor jer la.. AT berhenti ke tepi & terus call adik ipar AT.. Dia dah nak sampai umah & dia suruh kitorang tunggu kat flyover tuh.. Lepas tu baru teringat kawan adik AT, Boy, yg kerjanya servis kereta..  Apa lagi.. gunalah kabel yang ada.. Dalam masa 30-40 minit dia sampai.. Check punya check, dia 'kenakan' AT balik, "apsal isi minyak hitam lebih sangat2 nih? Tu sebab lah berasap. Tengok, minyak naik kat air filter nih"..

adik AT candid masa tgh cakap dgn Boy nih..
Maaf ler kerana memek muka AT yang tak semengah tu..
he3..
A'ah... Memang berminyak airfilter tuh.. Dia bersihkan, then dia pasang semula.. Masa tu dia cakap boleh bawak lagi tapi tak boleh speed la.. he3... Takpelah, demi keselamatan AT & pengguna jalanraya, AT bawak slow jer la walaupun beberapa kali dihon.. sabar jelah!!.. Boy follow belakang sampailah dia sms katanya ada hal.. Takpelah kan, sebab dia dh tolong datang tengok..

Sampai jer kat trafic light depan Manjaku Ampang, asap tebal keluar lagi.. Hmmm.. Berhenti kejap... Adik AT call kawan dia yg lagi sorang, Elis, sama kerja mcm Boy.. Member adik yg sorang nih kata boleh gerak lagi.. Okeylah, AT gerak jugak.. Elok naik Bukit Ampang tuh, jeng jeng jeng... Sekali lagi asap tebal menyelimuti ruang udara sampaikan kereta kat belakang AT terpaksa slow.. Mau tak, dahla malam.. Apa2 hal jadi kang, AT gak yang kena.. Tekan minyak macam biasa.. Sampai kat area ternakan kambing, dah tak bleh nak speed.. ENJIN RASA BERAT SANGAT2..  Berhenti kat tepi, call Elis, dia kata dia datang tolong.. Okeyla.. 10 minit lepas tu, Boy pulak call.. Dia pun kata nak datang tengok sekali.. Haaa... Masa tu dah pukul 10.30malam..





Hamik ko, 2 pomen ngadap Si Hijau.. he3.. Diorang buangkan sikit minyak hitam tuh..  tak amik plak gambar budak 2 org nih tgh buat keje..  Selesai jer diorang buat semua tu, terus gerak balik.. Masuk jer gear 2, kereta bergegar sikit, terus AT on light hazard walaupun kutahu salah.  Rasa selamat pulak bila member adik AT pun buat perkara yang sama dan eskot AT.. Sampai jer kat area rumah AT tu, Elis terus balik ke rumah dia & Boy still eskot AT sampai ke parking depan rumah.. Dia check lagi sekali enjin kereta tu.. Masa tu dah pukul 11 pm.. Sedap tido wehh.. Dia selesai check lebih kurang dalam pukul 11.30 pm.. Dia cakap plug & air filter kena tukar.. Terharu gak bila dia cakap yang AT still nampak cool jer bangga jap cuma adik AT jer yg gelabah sikit.. Yelah, kita yang drive, kita kena sentiasa sedia apa saja masalah  kereta nih..  Borak2 sekejap.. Then dia balik..

Terima kasih yer dik sebab tolong akak.. Sorry sangat2 ganggu waktu rehat..

Pengajaran gak nih.. Patutnya AT kena hantar servis kereta last week tapi sebab ada perkara yg perlu diselesaikan, tangguh minggu nih.. Kawan2 opis dah mula bising, beli jer la kereta baru... huhuhuhuhhhhhhhhu


A.d.i.o.s

****teringat kena tukar tayar kereta sorang diri.. huhu3..


Tuesday, March 05, 2013

Situasi Lahad Datu - Tindakan protes di depan Kedutaan Malaysia di Filipina

Kedutaan Malaysia di Filipina ditutup ekoran daripada tindakan protes yang dilakukan oleh 100 orang (lebih kurang) penunjuk perasaan Katolik dan Islam. Mereka berkumpul di depan pejabat kedutaan di Makati City itu selain di Tordecillas Street di Salcedo Village. Mereka menggesa supaya serangan ketenteraan dihentikan. 


Pada AT, apa yang biadapnya adalah tindakan mereka di bawah ni..



Pendapat AT:-

Rasa macam yang protes ni, semuanya pengikut Kesultanan Sulu.. Silap la wei.. Pandai2 ceroboh negara orang tu kenapa? Orang dah kasi can untuk serah diri @ keluar dari Malaysia, korang tak nak terima.. Korang dah 'bunuh' anggota keselamatan Malaysia.. Kita cara baik, serangan yang korang bagi..

Semoga semua ini segera berakhir..

A.d.i.o.s


Situasi Lahad Datu - Operasi Besar Besaran

Merujuk kepada BERNAMA, pasukan keselamatan kita telah memulakan operasi secara besar-besaran untuk menumpaskan kumpulan penceroboh bermula pukul 10 pagi.. 

Hamik ko.. kita dah bagi peluang untuk bincang cara baik tak nak terima kan.. 

Tapi AT baca kat petikan berita lain, operasi sebenarnya start pukul 7 pagi.. Mana satu nak dengar nih.. Ahh.. lantak arr.. Asalkan situasi tegang ni berakhir dengan cepat dan penduduk di Sabah dapat hidup dengan tenang.. 

Tiada siapa yang inginkan peperangan.. Kita nak elak pertumpahan darah tapi bila penceroboh main kasar, takkan kita nak diam kan..

Al-Fatihah buat mereka yang telah terkorban demi mempertahankan kedaulatan bumi Malaysia..


A.d.i.o.s

***teringat plak pada member dan sepupu2 AT yg berkhidmat dalam Pasukan Keselamatan Negara (ATM, POLIS, TUDM)


Monday, March 04, 2013

Bunohan Terbaik di FFM25


Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25) menyaksikan filem Bunohan menggondol 8 dari 24 anugerah yang dipertandingkan. 


suka sangat2 bila FAIZAL HUSSEIN dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik..
kalau tak salah AT, ini adalah anugerah pertama yang diterima  dalam FFM setelah lebih 30 tahun berkecimpung dalam industri perfileman tanah air.. 

AT takdelah tengok keseluruhan FFM ni..
faham2 sendiri la bila berebut remote control kat rumah..
yang sorang nak nengok citer nih, 
yang sorang nak tengok cerita tuh..
sudahnya ayah yang pegang remote..
hahaha..

Berikut adalah keputusan penuh FFM 25:-

Anugerah Pelakon Harapan Wanita - Jojo Goh (29 Februari)
Anugerah Pelakon Harapan Lelaki - Izzue Islam (29 Februari)
Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Normah Damanhuri (Songlap)
Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Syafie Naswip (Songlap)
Anugerah Penyunting Terbaik - Wong Hui Lynn (Songlap)
Anugerah Cerita Asal Terbaik - Dain Iskandar Said (Bunohan)
Anugerah Lakon Layar Terbaik - Dain Iskandar Said (Bunohan)
Anugerah Sinematografi Terbaik - Hariss Hue Abdullah (Songlap)
Anugerah Pelakon Wanita Terbaik - Maya Karin (Ombak Rindu)
Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik - Faizal Hussein (Bunohan)
Anugerah Pengarah Filem Terbaik - Dain Iskandar Said (Bunohan)
Anugerah Filem Bukan Melayu Terbaik - Petaling Street Warriors
Anugerah Pencapaian Khas - Rhythm & Hue Studio (Life of Pi)
Anugerah Khas Sepanjang Hayat Wanita - Seniwati Mariani Ismail
Anugerah Khas Sepanjang Hayat Lelaki - Datuk Aziz Sattar
Anugerah Khas Juri Penggiat TV Lelaki - Mano Maniam
Anugerah Khas Juri Penggiat TV Wanita - Lai Meng
Anugerah Filem Terbaik - Bunohan

Tahniah kepada para penerima anugerah..

A.d.i.o.s


Situasi Lahad Datu - serang hendap di Semporna

just heard the news..
utk kepastian, AT baca KOSMO Online tadi..
6 orang anggota polis Malaysia terkorban akibat serang hendap yang berlaku di Semporna, Sabah..

this is too much..
really hope situasi / kemelut ni segera selesai..
tiada lagi pertumpahan darah..

peace!!!!!


Friday, March 01, 2013

Situasi Lahad Datu

Saja on twitter.. 

twit trend at 6.10pm today


Sekarang ni situasi tegang sedang melanda Lahad Datu..
Mari kita sama-sama doakan agar situasi di Lahad Datu pulih..

A.d.i.o.s