Tuesday, February 19, 2013

Fakta Mengenai Kuda Laut

Haaaa... Saja nak update pasal kuda laut ni sebab semalam, anak buah AT, Yaya, bukan main suka tunjuk gambar kuda laut ni dalam buku encyclopedia.. Umur dia? Hujung bulan ni baru setahun.. Sekarang ni dah pandai pilih mainan.. Bila dah dapat, memang dia peluk erat.. Kita nak ambil pun dia tak bagi..

Jom kita review beberapa fakta menarik mengenai kuda laut nih:-

  • tergolong dalam kumpulan ikan
  • average life adalah antara 1 hingga 5 tahun
  • boleh membesar antara saiz 1.5 hingga 35cm.
  • mempunyai kulit yang keras dan kuat sebagai pelindung dari segala bahaya sehingga tidak dapat dihancurkan dengan tangan.
  • tidak mempunyai gigi dan perut, jadi makanan yg masuk akan terus di cerna dengan cepat. Jadi, kuda2 laut ini perlu makan dengan kerap untuk terus hidup
  • menurut World Register of Marine Species, terdapat 53 jenis kuda laut dan kebayakkannya menghuni pengairan tropika
  • memilih pasangan sekali untuk seumur hidup.. setia tuh..
  • dari segi pembiakan, kuda laut jantan melahirkan anak, bukannya kuda laut betina. Kuda betina akan pindahkan telur-telur ke poket/kantung kuda laut jantan untuk disenyawakan. Maknanya, kuda laut jantan la yang bunting. 
  • kuda laut hanya dapat menganggukan kepala ke atas dan ke bawah, tetapi tidak dapat menggelengkan kepala atau menoleh ke kiri dan kanan. Ini disesuaikan dengan mata kuda laut yg dapat bergerak bebas, berputar-putar untuk mengamati setiap sisi, jadi tak perlu menoleh ke kiri atau ke kanan. 



Sungguh unik dan hebat ciptaan Allah SWT ni kan.. Subhanallah.. ^_^


A.d.i.o.s


2 comments:

  1. dulu kat umah ma dulu macam ada je kuda laut ni...mana pergi dah ia

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh.. AT tak pernah tengok lagi secara dekat..

      Delete

TQ sebab sudi tinggalkan komen.
Kawan2 memang terbaik..
♥^_^♥