Tuesday, February 12, 2013

Dugaan Mu

Last post, AT ada nyatakan yg AT telah diberikan dugaan dari Allah SWT.. Meh AT cerita sikit.

Pernah tak kawan2 rasa, yang muka kawan2 macam lumpuh sebelah? Inilah yang sedang AT alami.. Tak sakit, tapi akan buat diri rasa down.. Masa mula nak kena tu, AT rasa mata bengkak dan berair.. Hari rabu, 30 Jan 2013, habis jer exam petang tu, AT terus refer ke klinik. Doktor cakap yang AT kena sakit mata sebab mata AT memang bengkak.. On Friday mak tegur, kenapa bila AT bercakap dengan mak, mulut AT senget? Muka nampak macam sembab sebelah.. Masa tu AT rasa ada yg tak kena dengan muka ni.. AT ngadap cermin, try angkat kening, sebelah terangkat, sebelah tak.. Bila senyum, sebelah bergerak, sebelah tak.. AT pergi klinik lagi sekali, then doktor cakap AT ngidap Bell's Palsy.. Terus AT diminta ke hospital..

Apa itu Bell's Palsy? Bells Palsy ialah satu penyakit dimana muka pesakit akan dis'able' separuh dan tidak boleh digerakkan. Ianya berlaku dimana saraf yang mengawal sebahagian muka telah rosak diserang sejenis virus.Virus tu menyebabkan signal dari otak tak dapat disampaikan ke organ-organ di muka yang kita nak gerakkan. 

Mula2 kena memang tension.. Nak mengunyah makanan, nak minum, nak bercakap, payah!! Then AT rasa macam AT tak dapat nak merasa sangat rasa makanan.. Pedas ker, masin ker, masam ker.. Loss of sense of taste.. Masa tido pun, mata sebelah tertutup, mata sebelah tidak.. Doktor siap bagi eye pad untuk tutup mata sebelah agar tak terkena infection.. Doktor cakap memang akan pulih tapi AT kena kuat semangat dan rajin buat senaman muka.. Saja tanya doktor, agak2, berapa lama boleh pulih.. Doktor kata ada yg ambil masa sebulan, 3-6 bulan dan ada yang setahun.. Yes, setahun sebab my friend dah kena.. Tak sangka, demam berpanjangan + stress, boleh jadi macam ni. Pada AT ini adalah pengajaran supaya kita ni kena pandai jaga kesihatan diri.. Jangan bila dah jadi, baru nak jaga diri.. huhuu

Sekarang ni, AT tengah sibuk dengan rawatan facial fisioterapi.. Walaupun doktor kata ambil masa, AT positive sebab setiap sakit, ada ubatnya.. Kawan2 pun nasihatkan agar AT kuatkan semangat dan jangan terlalu stress dengan keadaan.. In Shaa Allah, doa kawan2, Allah SWT sahaja yg mampu membalasnya ^_^  kan ku hadapi dengan snyuman (yang senget sebelah sekarang ni).. he3



A.d.i.o.s


4 comments:

  1. assalamualaikum...semoga akak kuat...akak kena strunggle tau...biar cepat sembuh...may Allah bless you =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah dik.. Allah SWT sahaja yg mampu balas doa adik.. TQ ^_^

      Delete

TQ sebab sudi tinggalkan komen.
Kawan2 memang terbaik..
♥^_^♥