Thursday, February 28, 2013

Positive To Recover - IV


semalam gi facial fisio kat Hospital Ampang
sesambil jalani facial fisio tu
tangan ni gatal candid gambo sendiri
amik sisi tepi jelah..
hehehe


apa kebenda yang bertepek kat muka tuh?
nama singkatan alat tu EMS
nama penuh Electronic Muscle Stimulation
rasa macam muka ni diurut..
terlelap jugak arr..
tu yang tak dan nak amik gambo controller EMS tuh..
hehehe..
doktor perubatan cakap, yang AT dah 80% recover
still have to attend for fisio next month.

pada Allah SWT, AT bermohon 
agar Allah SWT dapat membalas jasa baik kawan2 sekalian
yang mendoakan kesihatan AT

+ve in life
setiap sakit ada ubatnya


A.d.i.o.s


Setahun sudah usiamu

tup tap tup tap
dah penghujung Februari kita ek
hari ni juga 
anak buah AT genap setahun
memang lasak
gigi pun dah nak tumbuh
sekarang ni dah 'dapat langkah'
habis semua barang 'dikemas'
seronok tengok keletah dia
pantang dengar muzik
ada jer lenggok badan dia
perangai mengada-ngada dia..
kalau dia tak kenal orang
jangan harap la dapat pegang dia..
biasalah budak..
he3..


happy birthday Yaya
umi doakan Yaya akan jadi anak yang solehah kepada mama and papa
umi love you..


A.d.i.o.s




Tuesday, February 26, 2013

It's All About Life - Ketenangan Jiwa




renung-renungkan
selamat beramal

A.d.i.o.s


My Favourite Song - Sahabat by Najwa Latif

Kau ada di kala ku suka
Di kala ku duka
Setiap tangisan
Dan juga ketawa
Kau ada di kala ku perlu
Setia menemaniku
Pegang erat tanganku
Bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah
Pahit manis hidupku
Kaulah yang di situ
Setia menungguku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Kau ada di kala ku jatuh
Di setiap bangunku
Terus menemaniku
Tanpa rasa jemu
Kau ada di setiap tawa
Di kala bahagia
Kau menjadi sahabatku
Selamanya…

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah
Pahit manis hidupku
Kaulah yang di situ
Setia menungguku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku
Sahabatku

Tetap bersamamu jika kau perlukan ku
Dan ku tak kaku tak kekok kalau sampai buntu
Kita belok yok yok!
Berjangkit sesama seperti mengusik si melatah
Kau kau jangan kau melampau dan
kalau siapa mengusik Najwa
Tolong bagitau, aku tapau

Ku tahu ku kan selalu ada
Ada dirimu
Dan ku harap kau juga
Rasa begitu
Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah
Pahit manis hidupku
Kaulah yang di situ
Setia menungguku
Kaulah yang satu
Menjadi

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah
Pahit manis hidupku
Kaulah yang di situ
Setia menungguku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku
Menjadi sahabatku


Ada sapa2 boleh tolong tak?


Kawan2 perasan tak kat blog AT ni, jarak antara post terkini ngan post sebelum ni jauh?


macam mana nak betulkan?
ada sapa2 boleh tolong ajar tak?
(^_^)



Thursday, February 21, 2013

Positive To Recover - III

Alhamdulillah...
I can 


Semalam pergi hospital untuk sesi follow up, 
doktor bagi vitamin
doktor pesan jgn stress lagi
kalau tak
lagi lambat nak sembuh..

+ve in life
setiap sakit ada ubatnya


A.d.i.o.s


Tuesday, February 19, 2013

Fakta Mengenai Kuda Laut

Haaaa... Saja nak update pasal kuda laut ni sebab semalam, anak buah AT, Yaya, bukan main suka tunjuk gambar kuda laut ni dalam buku encyclopedia.. Umur dia? Hujung bulan ni baru setahun.. Sekarang ni dah pandai pilih mainan.. Bila dah dapat, memang dia peluk erat.. Kita nak ambil pun dia tak bagi..

Jom kita review beberapa fakta menarik mengenai kuda laut nih:-

  • tergolong dalam kumpulan ikan
  • average life adalah antara 1 hingga 5 tahun
  • boleh membesar antara saiz 1.5 hingga 35cm.
  • mempunyai kulit yang keras dan kuat sebagai pelindung dari segala bahaya sehingga tidak dapat dihancurkan dengan tangan.
  • tidak mempunyai gigi dan perut, jadi makanan yg masuk akan terus di cerna dengan cepat. Jadi, kuda2 laut ini perlu makan dengan kerap untuk terus hidup
  • menurut World Register of Marine Species, terdapat 53 jenis kuda laut dan kebayakkannya menghuni pengairan tropika
  • memilih pasangan sekali untuk seumur hidup.. setia tuh..
  • dari segi pembiakan, kuda laut jantan melahirkan anak, bukannya kuda laut betina. Kuda betina akan pindahkan telur-telur ke poket/kantung kuda laut jantan untuk disenyawakan. Maknanya, kuda laut jantan la yang bunting. 
  • kuda laut hanya dapat menganggukan kepala ke atas dan ke bawah, tetapi tidak dapat menggelengkan kepala atau menoleh ke kiri dan kanan. Ini disesuaikan dengan mata kuda laut yg dapat bergerak bebas, berputar-putar untuk mengamati setiap sisi, jadi tak perlu menoleh ke kiri atau ke kanan. 



Sungguh unik dan hebat ciptaan Allah SWT ni kan.. Subhanallah.. ^_^


A.d.i.o.s


My Favourite Song - Ada Mu by Najwa Latif

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

ku merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan



Banjir kilat melanda Puchong

Semalam, adik AT sms yang mungkin dia lewat untuk sampai di Putra Damai sebab hujan lebat.. Masa tu pukul 5.15pm.. Adik AT kerja kat area Pantai Baru.. Alaa, yang ada Menara TM tuh.. Tak sangka la pulak yang hujan lebat semalam menyebabkan banjir kilat di Puchong.. AT dapat berita/maklumat ni pun dari blog En ZamriSpoon. Kredit & TQ to En ZamriSpoon sebab sudi share berita ni.

Menurut laporan, hujan lebat dikatakan bermula pukul 4.30 petang.. Banjir kilat menyebabkan paras air  naik setinggi 1.5 meter dan menenggelamkan beberapa buah kenderaan.. Uishhh... Yang paling tak sangka tu, boleh masuk ke bahagian bawah dalam IOI Mall.. Disebabkan keadaan yang melanda, kesesakan lalulintas berlaku di kedua-dua arah iaitu ke Sunway serta Subang Jaya dan Puchong Perdana.


Sumber : Blog En ZamriSpoon

Sumber : Blog En ZamriSpoon

Sumber : Blog En ZamriSpoon

Sumber : Blog En ZamriSpoon


Huhu.. Tenggelam kereta...Aduss... Boleh claim insurance ker tuh?? Teringat masa kena banjir kat umah dulu... Letih badan wooo nak kemas.. 


A.d.i.o.s


Monday, February 18, 2013

It's All About Life - Suratan atau Kebetulan

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati
Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus



A.d.i.o.s

***petikan lirik Suratan atau Kebetulan by KennyRemyMartin


Saturday, February 16, 2013

Klik Klik - Hasil Kerja Photographer Usman Samad di Harian Metro, 15.02.2013


Hasil kerja my sahabat telah dipaparkan di ruangan Klik Pengantin.. sisipan Majalah Metro dalam Harian Metro betul ker ayat AT nih..heheh3


Kalau kawan2 nak tengok hasil kerja sahabat AT ni, boleh klik kat nama Usman Samad dalam kotak Klik-Klik kat sebelah kanan blog AT nih.. Apa da ayat AT nih.. 

Terima kasih kepada pengantin sebab sudi hantarkan/kongsikan hasil kerja sahabat AT nih.. Terima kasih juga kepada pihak Harian Metro kerana sudi memilih gambar ini untuk dipaparkan..

AT tumpang happy jer.. he3


A.d.i.o.s

Meteor terhempas & Asteroid tumpang lalu

Jumaat, 15.02.2013 - satu dunia tahu pasal serpihan tahi bintang yang jatuh kat Rusia. Mengikut laporan, 1000 orang dipercayai cedera & menyebabkan kerosakan banyak kerosakan akibat daripada gegaran gelombang tahi bintang tu. Tahi bintang itu jatuh ke dalam sebuah tasik dekat Chebakul, wilayah Chelyabinsk Oblast.





Lepas tu pulak, ada berita yang asteroid gergasi menghampiri bumi. Asteroid itu dikenali dengan nama 2012 DA14 dan terlalu kecil untuk dilihat dengan mata kasar kita. NASA menyatakan yang asteroid tu adalah sebesar separuh padang bola sepak dan menghampiri bumi setiap 40 tahun.





Subhanallah..
MashaAllah..
Sungguh Agung ciptaan Mu Ya Allah..


A.d.i.o.s

***Teringat pulak kat cerita XXRay, Armageddon & Deep Impact.. 


Friday, February 15, 2013

It's All About Life - Rahsia Masa Depan


something good to share


renung-renungkan,
selamat beramal.


A.d.i.o.s



Bolasepak : New FIFA World Ranking (Mens)

Kepada penyokong Harimau Malaya, ini adalah ranking terkini yang dikeluarkan oleh FIFA pada 14 Februari 2013.

SUMBER : FIFA

Malaysia jatuh kepada kedudukan 159.. Jatuh bedebab 1 anak tangga.. Pagi tadi dengar ERA FM, JOHARA 'gaduh manja' pasal hal nih... Penting atau tidak ranking nih.. Kalau kawan2 macam mana? Nak kata penting yer jugak sebab dari situ orang nilai tahap prestasi sebenar team kita.. Nak kata tak penting yer jugak sebab bukannya diorang main selamba bodoh kaki bangku kan...  Semuanya profesional...

Apa2 pun, ada pro and kontranya.. AT ni pun bukannya pakar sangat pasal bola.. Tak pandai pun nak ulas prestasi pemain-pemain pro kita.. Cuma kadang2 tu AT tengok, populariti/kontroversi lagi glamour dari cerita kehebatan beraksi di padang bola.. Erm... Uppss.... Entahlaaa.... Pendapat AT jer...

Selamanya Harimau Malaya!!

A.d.i.o.s



Yummy... Kek Balang...

Selepas Red Velvet, Pavlova, Kek Pelangi  & Durian Crepe, keindahan dunia pastri ditambah seri dengan populariti Kek Balang pula.. Mungkin ada yang dah lama tahu tapi serius, AT BARU TAHU.. aduss... lambat sungguhhhhhh... Macam mana baru tahu...??? Apa lagi, KOSMO la... he3..

KOSMO
KOSMO
KOSMO
Sumber : GOOGLE
Sumber : GOOGLE
Sumber : GOOGLE

Rupanya memang dah popular Kek Balang ni.. AT jer yang lammmmbatttt tahu.... nyum nyum.. Menarik kan? Mula2 tu macam blur jap, nak makan macam mana? Adoooii ko ni AT.. Dengan sudu la.. he3.. Menurut laporan dalam KOSMO hari ni, pengusaha kek balang ini ada yang membakar dahulu kek tersebut then isi dalam balang & ada juga yang terus meletakkan adunan dalam balang tu then bakar.. Kawan2 boleh baca kat sini. Kreatif kan diorang nih.. In Shaa Allah, rezeki tu ada pada mereka yang sentiasa berusaha.. Jangan putus asa.. 

Asyik ingat makan jer... 
Bila entah nak start diet.. 
Ramai dah tegur nih.. 
Aduss... 


A.d.i.o.s


Segmen Menang RM 200 by Putry Mirah


dah lama tak join GA.. 
Thanks Dahlia Amirudin sebab tag akak utk join..
Nak menang RM 200 ? Jomlah join Segmen ni.


comel kan banner dia..
kreatif bebenor blogger sekarang nih..
AT nak design template sendiri pun tak pandai..
Ingatkan Putry Mirah nak hadiahkan Eifel Tower (sebab ada dlm gambar)
manalah tau kan, boleh dijadikan perangsang nak pergi Paris..
wahhhh gitu...
he3..
^_^ 

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN (akan diperiksa oleh Putry Mirah) 
  • Wajib Malaysia dan ada blog.
  • Wajib follow Blog Putry ,Like Fan Page Putry (sila tengok diSIDEBAR blog Putry bahagian Click This!)
  • Tekan ini ,dan ini . *tunggu sampai habis loading*
  • Buat satu entri pasal Segmen ni berserta banner comel atas tu yg backlinkkan ke blog Putry Mirah
  • Komen link entri anda tu (bukan link blog but link entry).

HAL PENTING PASAL PEMENANG DAN HADIAH SERTA SEGMEN
  • Hanya seorang sahaja pemenang yang akan dipilih.
  • Pemilihan pemenang tak pasti sama ada cabutan bertuah dan top refferal. maybe Blog cantik 
  • Hadiah akan dihantar kepada pemenang dengan bantuan Pos Malaysia. 
  • Segala perubahan atau whatever akan diumumkan.
  • Hadiah pertambahan teddy bear :) *NEW

Tarikh tamat akhir Bulan Februari 2013 .
"WOW RM 200 tu. Apa tunggu lagi ? Jomlah rebut"
Jangan lupa follow syarat2 tu ek... jangan tertinggal... nanti cikgu marah.. hehe3.. 

Selamat Bersegmen


A.d.i.o.s

**kredit link to Dahlia Amirudin



Positive To Recover - II


Semalam, 
AT dapat gerakkan sikit pipi... 
Masa cuba buat tu, adik AT sendiri nampak..
Alhamdulillah..

+ve in life
setiap sakit ada ubatnya


A.d.i.o.s




Thursday, February 14, 2013

Buaya Terbesar di Dunia

Satu dunia dah tahu, buaya terbesar di dunia yang diberi nama Lolong, akhirnya mati di kandangnya di Bunawan, Filipina, pada hari Isnin, 11 Februari 2013.



Dengan matinya Lolong, gelaran buaya terbesar di dunia kembali ke Cassiu, seekor buaya air masin sepanjang 5,48 meter di Cairns, Queensland.



Teringat masa kita gempak dengan BUJANG SENANG..  Masa zaman kanak2 riang, nak main tepi sungai pun takut kalau takde mak atau ayah.. Nampak batang kayu pun boleh lari lintang pukang.. 

Sumber : Google
Apa2 pun, setiap makhluk ciptaan Allah SWT itu, ada kelebihan dan kelemahan nya.. ^_^


A.d.i.o.s

It's All About Life





Positive To Recover

dah masuk 2 minggu AT ngidap BP ni..
perubahan positive?
alhamdulillah
AT dah boleh merasa sikit masam, masin, manis pedas, pahit makanan..
mata sebelah pun dah boleh tutup sikit walaupun tak rapat
cuma
kadang2 AT rasa macam demam..
tapi don't worry ya
sebab doktor ada bagi ubat demam..

+ve in life
setiap sakit ada ubatnya


A.d.i.o.s


Tuesday, February 12, 2013

Dugaan Mu

Last post, AT ada nyatakan yg AT telah diberikan dugaan dari Allah SWT.. Meh AT cerita sikit.

Pernah tak kawan2 rasa, yang muka kawan2 macam lumpuh sebelah? Inilah yang sedang AT alami.. Tak sakit, tapi akan buat diri rasa down.. Masa mula nak kena tu, AT rasa mata bengkak dan berair.. Hari rabu, 30 Jan 2013, habis jer exam petang tu, AT terus refer ke klinik. Doktor cakap yang AT kena sakit mata sebab mata AT memang bengkak.. On Friday mak tegur, kenapa bila AT bercakap dengan mak, mulut AT senget? Muka nampak macam sembab sebelah.. Masa tu AT rasa ada yg tak kena dengan muka ni.. AT ngadap cermin, try angkat kening, sebelah terangkat, sebelah tak.. Bila senyum, sebelah bergerak, sebelah tak.. AT pergi klinik lagi sekali, then doktor cakap AT ngidap Bell's Palsy.. Terus AT diminta ke hospital..

Apa itu Bell's Palsy? Bells Palsy ialah satu penyakit dimana muka pesakit akan dis'able' separuh dan tidak boleh digerakkan. Ianya berlaku dimana saraf yang mengawal sebahagian muka telah rosak diserang sejenis virus.Virus tu menyebabkan signal dari otak tak dapat disampaikan ke organ-organ di muka yang kita nak gerakkan. 

Mula2 kena memang tension.. Nak mengunyah makanan, nak minum, nak bercakap, payah!! Then AT rasa macam AT tak dapat nak merasa sangat rasa makanan.. Pedas ker, masin ker, masam ker.. Loss of sense of taste.. Masa tido pun, mata sebelah tertutup, mata sebelah tidak.. Doktor siap bagi eye pad untuk tutup mata sebelah agar tak terkena infection.. Doktor cakap memang akan pulih tapi AT kena kuat semangat dan rajin buat senaman muka.. Saja tanya doktor, agak2, berapa lama boleh pulih.. Doktor kata ada yg ambil masa sebulan, 3-6 bulan dan ada yang setahun.. Yes, setahun sebab my friend dah kena.. Tak sangka, demam berpanjangan + stress, boleh jadi macam ni. Pada AT ini adalah pengajaran supaya kita ni kena pandai jaga kesihatan diri.. Jangan bila dah jadi, baru nak jaga diri.. huhuu

Sekarang ni, AT tengah sibuk dengan rawatan facial fisioterapi.. Walaupun doktor kata ambil masa, AT positive sebab setiap sakit, ada ubatnya.. Kawan2 pun nasihatkan agar AT kuatkan semangat dan jangan terlalu stress dengan keadaan.. In Shaa Allah, doa kawan2, Allah SWT sahaja yg mampu membalasnya ^_^  kan ku hadapi dengan snyuman (yang senget sebelah sekarang ni).. he3



A.d.i.o.s


Monday, February 04, 2013

My Study : Year 1, 2nd Trimester Exam


Setelah berjuang selama 4 hari, 
Alhamdulillah, 
selesai sudah exam 2nd trimester.. 
AT tawakal jer sebab dah berusaha sedaya upaya 
(rasanya la)
tunggu jer la result.. 
kali ni AT bernazar,
sekiranya ke 5-5 paper yang AT ambil ni lulus sepenuhnya,
AT nak puasa sebulan..
sebab apa?
minggu periksa tu jugak AT telah diberi ujian dr ALLAH SWT
nanti AT cerita..
buat masa ni, AT perlukan kekuatan mental
perlu positive kan diri
but 
kawan2 don't worry ya
AT masih waras untuk menghadapinya
hadapi dengan senyuman
(^_^)

A.d.i.o.s