Tuesday, January 29, 2013

My Study : Year 1, 2nd Trimester Exam

hari ni ada 2 paper..
Financial Management 1
&
Managerial Mathematics
"Ya Allah, 
Ku Mohon pada-Mu,
 agar apa yang telah ku usahakan, 
mendapat nikmatnya di kemudian hari.. 
Sungguhpun aku tahu, 
Kau Maha Berkuasa ke atas segalanya"


A.d.i.o.s



Friday, January 25, 2013

Doa Doa Sewaktu Menghadapi Peperiksaan

sememangnya minggu depan adalah minggu yang mencabar pada AT..
exam trimester ke 2..
tak tau kenapa rasa menggelabah semacam kali ni..

Tgh BW tadi, terjumpa this blog ; SHAFIQOLBU ; yang telah berkongsi doa-doa yang boleh digunakan ketika mengahdapi peperiksaan. Alhamdulillah, semoga boleh dimanfaatkan oleh rakan2 juga..











Mohon rakan2 sekelian doakan agar AT dapat menjawab exam dengan tenang...
^_^

A.d.i.o.s


Tuesday, January 22, 2013

Nak tanya sikit^_^


sebenarnya dah lama nak tanya,
pernah mintak tolong mr google carikkan jawapan,
tapi macam2 yang kuar..
jadi keliru..

nak tanya,
kalau kita tukar link/url blog kita, 
ada effect apa2 tak?
Rakan2 blog kita plak macam mana? 
Masih ada atau hilang? 

Harap dapat share 

^_^


Monday, January 21, 2013

Nak handphone baru!! Nak handphone baru!!

Nak handphone baru!! Nak Handphone baru!! Nak handphone baru!! Nak Handphone baru!!
Nak handphone baru!! Nak Handphone baru!! Nak handphone baru!! Nak Handphone baru!!
Nak handphone baru!! Nak Handphone baru!! Nak handphone baru!! Nak Handphone baru!!
Nak handphone baru!! Nak Handphone baru!! Nak handphone baru!! Nak Handphone baru!!
Nak handphone baru!! Nak Handphone baru!! Nak handphone baru!! Nak Handphone baru!!



Nak handphone baru!! Nak Handphone baru!! Nak handphone baru!! Nak Handphone baru!!
Nak handphone baru!! Nak Handphone baru!! Nak handphone baru!! Nak Handphone baru!!
Nak handphone baru!! Nak Handphone baru!! Nak handphone baru!! Nak Handphone baru!!
Nak handphone baru!! Nak Handphone baru!! Nak handphone baru!! Nak Handphone baru!!
Nak handphone baru!! Nak Handphone baru!! Nak handphone baru!! Nak Handphone baru!!

(cukup tak 40 kali... heheheh)

A.d.i.o.s




Sunday, January 20, 2013

Maharaja Lawak Mega 2012 - Final Episode



Rasa mcm dah lama tak update pasal MLM2012. Semua dah tahu kan, saper yang jadi juara MLM2012.. Masa tengok final tu, rasa macam excited sangat2 sebab terasa macam Johan akan beraksi untuk final kali ni.. Final MLM2012 kali ni, para finalis perlu persembahkan 2 sketsa yang bertemakan Muzikal Komedi & Bebas.. 

JOZAN
  1. Ustaz Enjin a.k.a Zizan kembali dengan rancangan TV yg berjudul "Nampak Sama tapi Bukan Dia".. Ramalan AT benar belaka apabila Justin Bieber Malaysia a.k.a Awie a.k.a Johan telah naik ke pentas dan menari dengan selamba serupa tak padan kaki tu baru nak baik sakit.. Masa ber'tweet' pun ramai yang agak, Johan akan naik ke pentas untuk bersatu dengan Zizan.. Ternyata, kehadiran Johan telah memberikan impak kepada persembahan dan keterujaan penonton MLM2012..
  2. Johan yang memang bertugas sbg DJ, berjaya mencuit hati penonton dgn celotehnya.. Pada AT, konsep 1 Malaysia berjaya dibawa ke pentas apabila Johan cuba menyanyikan lagu Najwa Latif dalam versi Tamil (yg sememangnya AT tak faham) dan lagu Hati Kama dalam versi Cina.. end sketsa pun diorang nyanyi lagu Sahabat tuh.. Never thought that Zizan will kiss Johan kat pipi.. truely sahabat u olls..

SHIRO
  1. tak kurang hebatnya.. Watak Tok Adi yang dilakonkan oleh Nasir Bilal Khan berjaya diadaptasi oleh Shahrol. Ajak pula sebagai anak muda yang 'bekerja' sebagai peragut dipujuk oleh Tok Adi untuk bekerja sebagai penggali kubur.. Saingan hebat..
  2. muzikal kali ni memang mantap.. AT rasa kolaborasi serasi diorang ni macam Jozan.. Ada balance pada watak masing2.. boleh pulak at the end diorang menari zapin.. best giler Shahrol menari.. ayah AT siap cakap, memang itu langkah zapin sebenar... heheh.. ayah kita orang Johor der..
BOBOI
  1. adik beradik Hang Lipo merajuk sebab bapak diorang seolah-olah melebihkan Hang Lipo.. apa yang AT tabik ngan Abg Afdlin adalah bila dia cakap listen berulang kali... sindiran lawak which is unexpected..
  2. again.. lawak sinis yang sememangnya menjadi dari gandingan ini.. AT tak tahu kenapa diorang menyerlah dalam final kali ni.. Tabik spring pada Abg Afdlin n rakan2
JAMBU
  1. sketsa pertama diorang seolah-olah macam nak buang masa.. AT tak paham apa yang diorang persembahkan tapi masih mampu buat orang terhibur
  2. baru ummph!! bukan main si Zila a.k.a Tauke tarik lagu Aku Dah Bosan (Amy Search).. Pak Yus macam biasa, dengan muka selamba dia..
SAYWHO
  1. tabik spring juga pada mereka sebab satu2nya finalis dari luar negara, Indonesia yang berjaya sampai ke tahap ini.. Diorang memang selalu ikut tema.. persevmbahan pertama boleh tahan la.. 
  2. untuk muzikal, memang best.. sempat lagi buat cara Jambu di persembahan di Perak.. Bocil sekali lagi berjaya menjadi tumpuan apabila dia menyanyi lagu Tan Sri SM Salim dalam versi dia sendiri.. Ternyata, mereka seolah-olah serasi dengan Malaysia


Seperti yang telah diduga, JOZAN berjaya menjadi Juara pada malam tersebut.. Tahniah kerana berjaya menjadi juara & tahniah kerana telah menghiburkan rakyat Malaysia yang menonton siri ini.. 

Sumber : Google
A.d.i.o.s


Friday, January 18, 2013

Bahasa Jiwa Bangsa


Apa yang kawan-kawan perasan bila tengok gambar di bawah ni?


dapat tak?
heheh..

apa yang kawan-kawan rasa?
nak gelak ker?
marah ker?
keliru ker?

siapa yang harus dipersalahkan?
orang yang order?
atau orang yang buat board tu?

heheheeeee ^_^

A.d.i.o.s


Saturday, January 12, 2013

Meh citer sikit..

Lebih seminggu tak update blog nih.. Banyak citer sebenarnya.. One of rakan blogger tegur, kalau takder entry panjang, yang pendek pun jadi ler... TQ di atas keperihatinanmu.. Yang sebenarnya AT cuba jugak nak update entry yg pendek2 tapi bila dah ngadap laptop utk assignment, haaaaa.... memang tak bergerak la.. heheh.. AT update entry pendek jer la yer..

Hal kerja
AT akan berdepan dengan audit SIRIM/ISO minggu depan.. preparation ok cuma perasaan AT nak berdepan audit kali ni, rasa macam ada benda nak terkantoi tapi positive kan diri.. di samping tu jugak 'berhutang' dengan beberapa report yang perlu diupdate kepada boss.. sosak napeh nak buek sume.. xpe xpe.. positive AT, positive..


Hal study
setakat hari ni, AT masih berhutang 3 assignment utk disiapkan.. Exam lebih kurang lagi 2 minggu jer ni.. Subject calculation yang perlu AT focus.. Xmo repeat walaupun exam kali ni ada kena repeat 1 subject.. caiyok caiyok..


Hal kawan2
Ada yang dah selamat melahirkan baby, ada yang bakal berkahwin dan ada yang plan untuk buat gathering.. Lama jugak tak buat gathering ngan kawan2 sekolah menengah lebih2 lagi my class, 5 Bestari 2000. Hampir 13 tahun kitorang berkawan tapi kalau nak diikutkan, ada yang dekat 17 tahun sebab ada yang maintain 1 kelas dari form 1 sampai form 5.. Ada jugak yang telah berkawan dengan AT hampir 24 tahun.. haa.. tu semua dari tadika.. Alhamdulillah...


Pendek jer kan entry.. pendek ker.. heheh.. ok lah.. nak sambung buat assignment.. nak kena hantar sebelum exam, kalau tak kesian kat lecturer..


A.d.i.o.s


Friday, January 04, 2013

1st Week January 2013


Tak sangka la pulak ni 1st entry untuk tahun 2013 ni
Bukan takder benda nak citer, cuma lately busy ngan assignment..
Need to focus sebab masa dapat result utk trimester 1,
dah tekad nak perbaiki CGPA this 2nd trimester..
Exam around the corner
bukan corner jalan atau mamak corner eh
kawan2 kata, normal la tuh..
u need to be smart..
kena pandai bahagikan masa..
walaupun kadang2 asyik terbabas..
cuba perbetulkan semula keadaan...

focus focus and focus
In Shaa Allah..


p/s: wordless la sangat.. hehehe


A.d.i.o.s