Maharaja Lawak Mega 2012 : Minggu ke 3

Disebabkan keletihan & mengantok, AT tak dapat tengok MLM2012 untuk minggu lepas tapi tak worry sebab Astro akan ulang tayang episode tu. Minggu ke-3 bertemakan "parody". Apa itu "parodi”? Maksudnya adalah karya ajukan berdasarkan karya asal. Tapi kalau dah kata Maharaja Lawak Mega, sudah tentu la tujuan kena melawak.

Pembukaan MLM-2 diserikan oleh Abg Adifashla & Abg Zahid. Diorang kan famous kat segmen Parody petang jem Era. Diorang ubah lirik lagu Hyper Act - Harapan. Serius arr, AT rinduuuuuu nak dengar encik abang berdua ni menyanyi secara live macam ni. upsss.. terlebih sudah... Abg Zahid siap buat ‘slang’ suara Awie lagi tuh.. heheheh

Sumber : FB Wall Adifashla

Pendapat AT;-

1. JAMBU - AT ingatkan diorang akan kekal dgn watak filem Anakku Sazali tapi rupa2nya berlatih teater. Siap tukar ikut loghat negeri. Memang lawak.

2. JOZAN memang ok cuma rasa macam dah selalu tengok diorang bawa watak Datuk Yusof Haslam dengan Aaron Aziz tu

3. Shiro – ok jugak persembahan diorang ni. Diorang boleh beri persaingan hebat kepada Top 3.

4. Boboi – idea genius diorang ni berjaya sampaikan mesej yang sememangnya di luar jangkaan. Isu dunia plak tu, Israel vs Palestine.

5. Yang lain2 tu bukan tak best, cuma macam still tak compete & tak faham, apa yang peminat/penonton mahukan. Ada yang tunjukkan peningkatan, ada yang biasa-biasa jer, ada yang tak lawak... Upppsssss.... jangan marah arrrr

Top 3 untuk minggu lepas adalah
Jozan
Jambu
Boboi

Bottom 3 pula
R2
Pimai
DaDiDu

Tapi, pukul 1.30 tadi AT check kat FB wall MLM2012, inilah peratusan undian:-


Tinggi betul undian Jozan..
dahsyat peminat diorang nih...
termasuk aku la tuh...

Oleh kerana penyingkiran bakal dilakukan pada minggu ke-4, AT dapat agak siapa yang bakal tersingkir. Uppps… ramalan ku sahaja ya.......

Tag:-
Adifashla
Tirana Aduka



A.d.i.o.s



Comments

Popular posts from this blog

Si Hijau ku merajuk lagi!!!! - masalah hon & minyak hitam terlebih

Mencari Ramli Musim Ke-5 Kini Bermula!