Maharaja Lawak Mega 2012 - Minggu ke 7


Tarikh : 28 December 2012
Tema : Loghat & Kembali Ke Sekolah

Uppsss... Terlambat sikit updatenya.. heheh Pada pendapat AT, tema minggu ni best. Para peserta kena buat 2 sketsa. Sketsa pertama adalah Loghat. 

Mengikut Kamus Bahasa Melayu Pusat Rujukan Persuratan Melayu, loghat atau dialek merupakan satu bentuk bahasa yg di­gunakan dlm sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza drpd bahasa standard, loghat, pelat daerah atau negeri dll (Kelantan, Kedah) &  sosial (Lin) variasi bahasa yg dituturkan oleh sesuatu kumpulan sosial atau lapisan masyarakat bahasa, mis bahasa istana.Faham ker? Mesti faham kan.. heheh.. AT yang duduk di Hulu Langat ni, dekat ngan Negeri 9. Kekadang tu bila bercakap kuar jugak loghat tu. Ada yang kata AT ni orang Minang padahal bukan keturunan pun.. heheh

 Jom kita review persembahan diorang untuk pusingn pertama yang bertemakan Loghat.

1.  JAMBU - Sketsa simple. Sorang tukang sajak, lagi sorang tukang translate. Seingat AT, diorang buat loghat Kelantan, Terengganu, Thailand, Perak dan bahasa Cina. Ado gak yang den tak berapo nak paham.. 

2. SHIRO - Si Ajak jadi Mat Yo yang baru berpindah team ke Johor manakala Shahrol pulak jadi Wak Jawa yang tinggal di Parit Jawa. Ado some part yang dibisukan audionya. Ado perkataan censored kot.. Upssss.... 

3. SABON - Abon cuba dialek Perak, manakala Sathiya pula cakap Kelantan. Mula2 tu slow tapi bila Sathiya mula cakap Kelantan, ok la.. Ada la jugak lawak kat situ..

4. JOZAN - semua orang tau Zizan dari Terengganu. Watak dia seorang pemuda Terengganu yang tak paham dengan slang Johan yang becakap ala2 omputih gitu.. Bukan main slang dia sampaikan AT sendiri pun tak paham apo yang dio cakap. 

5. BOBOI - Nabil jadi Apek Khairul Fahmi Che Mat, Harun jadi Safee Sali, cakap Indonesia sebab lama sangat duduk sana. Diorang berdua mewakili Kokdiang Football Club (KFC). KFC dapat coach baru, Afdlin Shauki yang jadi Alex Ferguson cakap english. Mula2 tu slow tapi lepas tu ok.

6. R2 - Rizwan bawa watak student yg sedang belajar bahasa jepun manakala Rahim pula adalah seorang pelancong jepun. Not bad.. 

7. SAYWHO - Persembahan diorang sememangnya telah diterima baik oleh penonton Malaysia. Agak melucukan apabila si Bocil yang cuba menggunakan dialek Nogori 9 terconfuse antara jang ngan eden.. hikhik.. Good Job!!

Pusingan ke-2 : Kembali Ke Sekolah

1. JAMBU - Yus sebagai Cikgu Besar yang mengajar subjek matematik sains which is mengarut pada AT & Tauke yang membawakan watak anak murid yang kena tolong cikgu utnuk panggil orang itu, orang ini. AT sendiri confuse dengan sketsa diorang ni tapi lawak jugak la bila anak murid pulak yang suruh cikgu pergi panggilkan sekian2 orang.

2. SHIRO - Ajak sebagai cikgu yang sedih dengan persaraan beliau. Pelajar contoh ditinggakan dengan pelbagai pesanan. paling AT gelak besar bila si pelajar contoh mahu persembahkan sajak.. Punyalah berjela kertas dibawa keluar tapi ayat sajak SEBARIS jer.. heheh.. dah tu pulak si pelajar contoh meminta supaya cikgu pulak buat persembahan. Mula2 tu malu tapi lepas tu over la pulak.. Kalah tarian Pak Maun.. 

3. SABON - Ala2 Sembilu sebab si Abon bawa Sathiya naik basikal. Sathiya jadi pelajar perempuan. Ada lawak yang menjadi cuma bila cerita pasa watak budak sekolah bercinta ni, macam dah biasa sangat. Uppsss..

4. JOZAN - yang ni pulak lebih kurag sama dengan SABON cumanya Zizan yang bawa watak budak pompuan bertudung, mintak putus dengan Johan sebab tak setaraf. Kalau tak salah AT, Zizan ada buat ala2 pusing frust sampai tercabut tudung sebab tau2 tudung sekolah tu tertanggal jer.. Live ker idok MLM2012 ni sebenarnya.

5. BOBOI - Macam lari tema tapi ada orang kisah.. heheh... Afdlin jadi cikgu, Harun jadi orang tua pekak, Nabil plak jadi kawan Harun nak belajar komputer. Mula2 memang slow tapi bila dah masuk pertengahan,  makin lawak. Ingatkan diorang ni nak belajar komputer tapi rupa2nya nak belajar berenang. Ala2 buta IT, tak boleh nak bezakan antara Goggle ngan Google.

6.  R2 - pada AT lawak diorang ni macam AT dah pernah tengok tapi di mana ya.. Cikgu tanya soalan matematik tapi anak murid jawab lain..

7. SAYWHO - sketsa murid darjah 1 yang berbeza fizikal. Yang sorang tu namanya Dora yang mana si cikgu confuse dia pelajar atau emak pelajar manakala si Bocil pula adalah Leonardo De Caprio yang 'hitam'. campur aduk jugak la ceritanya. Pasal peta dunia, mimpi, makan. Ok la..

Bottom 3 minggu ni adalah SABON, R2 dan BOBOI. Setelah diadili oleh pihak juri, peserta yang tersingkir minggu ini adalah SABON. 

Minggu depan diorang akan bersiaran dari Terengganu. Seronok Zizan balik kampung. SENYUM SOKMO!!

Jangan lupa undi peserta favoutite anda!!

A.d.i.o.s


Comments

  1. jom join :)
    http://diyasesame.blogspot.com/2012/12/segmen-free-gifs-from-diya-sesame.html

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. mesti u vote for them kan.. heheheh ^_^

      Delete

Post a Comment

TQ sebab sudi tinggalkan komen.
Kawan2 memang terbaik..
♥^_^♥

Popular posts from this blog

Si Hijau ku merajuk lagi!!!! - masalah hon & minyak hitam terlebih

Mencari Ramli Musim Ke-5 Kini Bermula!