Maharaja Lawak Mega 2012 - Minggu ke 4



Dengan tajuk tema adalah 'mengayat', para peserta dikehendaki mempersembahkan satu sketsa mengayat, bodek ker, pujuk ker, ayat cinta ker, apa2 jelah yang sewaktu dengannya. Kali ini, Abg Adi & Abg Zahid dari segmen Petang Era diberi tugas utk interview & memperkenalkan para peserta sebelum membuat persembahan TAPI Dato Ac Mizal still hos utama MLM2012.

Pada AT, masih ada peserta yang kurang mempamerkn persembahan yang baik. Apa kata kita review persembahan diorang. Secara ringkas yer AT update kat sini (persembahan tanpa ikut turutan) :-
  • Saywho - memang menjadi. Mereka telah memilih watak Wan Zack & K Rajagopal sebagai 'killer' utk sketsa kali ini. Paling menjadi si Bochil yang bawa watak K Rajagopal.  Tambah best bila diorang sokong Malaysia untuk kalahkan Thailand dlm bolasepak AFF kali ni.
  • Boboi - gandingan Harun & Nabil nampak macam janggal. Nampak macam jalan citer tu  agak hambar. Takkan disebabkan ketiadaan Afdlin kot? Pada AT, AT lebih prefer tengok BOBOI yang dulu.. Upsss.. jangan marah Nabil
  • Sabon - erm... apa nak komen ek.. AT tak yakin gandingan ni boleh sampai ke final.. upss..
  • Shiro - Hidup YB!!! yeah, YB kembali.. kali ini, YB kena rasmikan Spa Mis a.k.a Spa Pengemis. Pada AT, persembahan diorang tidak menghampakan.
  • R2 - pun bawak watak pengemis gak cuma kali ni, yang sorang tu jatuh cinta ngan awek Mat Saleh tapi tak tahu nak speaking. Yang lagi sorang tu la (Rahim) tukang translate nya. Pada AT, kali ini R2 memang bangkit & sangat lawak. Kelakar bila Rahim translate ' I APPLY REVERSE BODY'.. hahahahah
  • Jambu - don't know why, tidak seperti minggu lepas, pada AT persembahan diorang membosankan. Pada AT, diorang nampak leka sangat dengan reaksi penonton dan menyebabkan cerita tu separuh jalan.
  • Bandung Jokers - dari segi pemahaman bahasa, AT rasa AT lebih faham Saywho. Nampak so-so jer persembahan.
  • Jozan - AT memang peminat Jozan, tapi AT tak tau ngaper nampak macam kureng sikit. Upss, jangan marah Miss Banu... hehehehe
  • Balas - ermmm... hambar.. upsss...
  • Pimai - pada AT ada perubahan sikit tapi masih ada 'punchline' yang tak kena
  • Dadidu - A.R Badul tampil dengan baju askar.. Teringat pulak pada cerita Prebet Lapok yang dilakonkannya..
Di akhir rancangan, 5 peserta yang mendapat undian terendah telah dipanggi ke atas pentas. Mereka adalah :-
  • DaDiDu
  • Pimai
  • Balas
  • R2
  • Bandung Jokers

Minggu ini merupakan minggu penyingkiran. Juri tetap, Lisa Surihani mengumumkan kumpulan R2 dan Bandung Jokers terselamat dari penyingkiran dan 3 yang lain, tersingkir dari meneruskan saingan.

Setuju dengan keputusan ini. Undian penonton menentukan segalanya. Siapa penonton itu? Andalah!!!!!


A.d.i.o.s


Comments

  1. memg patot mereka yg tersingkir tu,,heheh paling best mggu ni say who n jozan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tersingkir tu mmg dah diduga.. undi jangan tak undi!!

      Delete

Post a Comment

TQ sebab sudi tinggalkan komen.
Kawan2 memang terbaik..
♥^_^♥

Popular posts from this blog

Si Hijau ku merajuk lagi!!!! - masalah hon & minyak hitam terlebih

Mencari Ramli Musim Ke-5 Kini Bermula!