Wednesday, December 12, 2012

Al-Fatihah :: Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja meninggal dunia



AT terbaca Sinar Online :-

12 Disember 2012

BESUT - Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam tadi. Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini. Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11 pagi ini di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.

Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki.

Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011. - Bernama


Rasa sebak pun ada. Sebabnya rata2 dari kita membesar dengan Allahyarham.. Tiap kali tiba waktu pengumuman puasa dan hari raya dialah yang pasti kita nantikan.. AT teringat ayah cakap, masa zaman kanak-kanak, tiap kali nak raya, mesti AT yang duduk tercongok depan TV dulu..

Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan mereka yang tinggi darjatnya di sisi Allah SWT.
Salam takziah buat keluarga Allahyarham.

~Al-Fatihah~


A.d.i.o.s


2 comments:

TQ sebab sudi tinggalkan komen.
Kawan2 memang terbaik..
♥^_^♥