Posts

Showing posts from December, 2012

Selamat Tahun Baru 2013

Image
Masa AT update entry ni, hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi kita akan masuk ke tahun baru 2013. Apakah keinginan/azam di tahun 2012 kawan2 semua tercapai?  AT?  Ada yang dapat, ada yang tak.  Walaubagaimanapun, AT bersyukur..  Kerana masih diberi peluang untuk terus melangkah di bumi Sang Pencipta.   Adakalanya AT rasa tak perlu azam baru.  Apa sahaja yang kita inginkan, cuba kita capai sebaik mungkin.  Dapat atau tidak, at least kita dah berusaha.  Sebelum kita yakinkan orang lain, yakinkan diri sendiri yang kita mampu majukan diri sendiri.  Ada masa AT juga tak yakin dengan diri sendiri.  Tapi bila AT teringat pesanan somebody   "u know who u are and u know what the best for yourself",  that really make different. 
Apa jua azam baru yang kawan2 nak capai tahun 2013, AT harapkan semoga kawan2 berjaya merealisasikan azam tersebut.  Jangan cepat mengalah yer.


A.d.i.o.s

It's All About Life

Image

Maharaja Lawak Mega 2012 - Minggu ke 7

Image
Tarikh : 28 December 2012 Tema : Loghat & Kembali Ke Sekolah
Uppsss... Terlambat sikit updatenya.. heheh Pada pendapat AT, tema minggu ni best. Para peserta kena buat 2 sketsa. Sketsa pertama adalah Loghat. 
Mengikut Kamus Bahasa Melayu Pusat Rujukan Persuratan Melayu, loghat atau dialek merupakan satu bentuk bahasa yg di­gunakan dlm sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza drpd bahasa standard, loghat, pelat daerah atau negeri dll (Kelantan, Kedah) &  sosial (Lin) variasi bahasa yg dituturkan oleh sesuatu kumpulan sosial atau lapisan masyarakat bahasa, mis bahasa istana.Faham ker? Mesti faham kan.. heheh.. AT yang duduk di Hulu Langat ni, dekat ngan Negeri 9. Kekadang tu bila bercakap kuar jugak loghat tu. Ada yang kata AT ni orang Minang padahal bukan keturunan pun.. heheh
 Jom kita review persembahan diorang untuk pusingn pertama yang bertemakan Loghat.
1.  JAMBU - Sketsa simple. Sorang tukang sajak, lagi sorang tukang translate. Seingat AT, diorang buat logha…

Maharaja Lawak Mega 2012 - Minggu ke 6

Image
Date : 22.12.2012 Tema : Rancangan TV
Rasanya untuk rancangan ni pun, ramai yang tahu siapa yang telah tersingkir.  AT tak dapat nak tengok sangat sebab masalah kesihatan..  Bila dah makan ubat tu, paham2 ajer la.. sekarang ni pun belum sihat sepenuhnya.. dugaan.. Ramai yang cakap, persembahan JAMBU lagi ummph dari JOZAN.. betul ker? mungkin jugak  sejak 2 menjak ni, persembahan JOZAN agak kurang menyengat.. naper? apakah ianya 1 strategi? yelah kot.. Kumpulan yang tersingkir dari persaingan MLM2012 di minggu ke 6 ini adalah Bandung Jokers.
Tema minggu ke 7 :  LOGHAT & KEMBALI KE SEKOLAH
agaknya, siapa yang menyengat kali ni?

A.d.i.o.s

Bolasepak : AFF Suzuki 2012 - Final

Image
rasanya semua orang dah tau negara mana yang menang AFF Suzuki 2012..  saja la nak share walaupon dah lambattttttt sangat updatenya...




Selamanya Harimau Malaya!!!!

A.d.i.o.s

Doa Mohon Kesembuhan Daripada Penyakit

Image
#semoga rakan2 semua dalam keadaan sihat walafiat# #maaf andai blog tidak ber'update' selama beberapa hari#


Prosiding mahkamah berkaitan AES dibeku

Image
19 December 2012

Ingatkan bila prosiding batal, saman pun BATAL.. heheheh..
A.d.i.o.s

Event : Anugerah Planet Muzik 2012

Image
Diadakan pada 15 Disember 2012 bertempat di The Max Pavilion, Singapura. Menampilkan persembahan hebat barisan artis popular dari Malaysia, Indonesia dan Singapura. Diterajui oleh Dato' AC Mizal (Malaysia) TG (Singapura) dan Sophie Navita (Indonesia). Macam okey jer (pendapat AT la)..

Inilah dia pemenang-pemenang bagi kategori yang dipertandingkan:- (ungu, bold,underline)
1. BEST VOCAL PERFORMANCE IN A SONG (NEW MALE ARTISTE)  | PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DALAM LAGU (ARTIS BARU LELAKI)
Anji – (Hatiku) Berhenti Di Kamu
Awi Rafael – Bila Aku Jatuh Cinta Budi – DoReMi Hazama – Cinta Teragung Sandy Canester – Lelaki Dungu

2. BEST VOCAL PERFORMANCE IN A SONG (NEW FEMALE ARTISTE) 
| PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DALAM LAGU (ARTIS BARU WANITA) Dhisa – Cintaku Kamu Lala Karmela – Kamu, Aku, Cinta Najwa Latif – Cinta Muka Buku Raisa – Serba Salah Zahidah – Malam Ini


3. BEST NEW DUO/GROUP DUO  | KUMPULAN BARU TERBAIK Armada – Mau Dibawa Ke Mana Audionauts – Maha Bisa Rahsia Hazama & Amy Search – Semi…

Maharaja Lawak Mega 2012 - Minggu ke 5

Image
Tema minggu ini adalah Muzikal.. Rasa macam boleh agak jer, siapa yang boleh pegang muzikal kali ini.. Apa yang membuatkan AT syok nak layan MLM kali ni adalah disebabkan pembukaan acara yang menampilkan kumpulan NICO.. Serius der!! Rindu nak tengok diorang nyanyi semula.. Sejak diorang menyanyi di malam AIM hari tu, rasa macam nak mintak diorang menyanyi semula. Zaman2 remaja AT dulu sekarang pun masih remaja kumpulan2 macam  KRU, 4U2C, NICO, KOOL, SHADES - memang on top. eh!! Dah lari tajuk ler!!! heheheheheh

Lets review secara ringkas persembahan diorang tanpa ikut turutan:-
Shiro - Pada AT, persembahan mereka tidak pernah menghampakan.. Walaupun macam kureng sikit bila nada Shahrol nyanyi tak kena, tapi lawak tetap ada.. Penonton pun sporting.. Rasa terlayan bila tengok si Ajak bergelek.. Ewahhh.. Boboi pulak, ermm... AT tak berapa nak syok tengok sebab terjerit-jerit.. Si Along Bukit Beruntung  ni rupanya fanatik Anuar Zain.. tapi 1 tu jerlah yang menyebabkan AT tak berapa syok n…

Bolasepak : AFF Suzuki 2012 - 2nd semifinal Malaysia vs Thailand

Image
KECEWA!! Thailand 2 - 0 Malaysia (Thailand win with aggregate 3-1)

Meskipun gagal melangkah ke perlawanan akhir AT tetap bangga sebab HARIMAU MALAYA tak mengalah
cuma kita masih perlu kuatkan benteng pertahanan
Selamanya Harimau Malaya!!


A.d.i.o.s

Al-Fatihah :: Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja meninggal dunia

Image
AT terbaca Sinar Online :-
12 Disember 2012
BESUT - Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam tadi. Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini. Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11 pagi ini di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.
Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki.
Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011. - Bernama

Rasa sebak pun ada. Sebabnya rata2 dari kita membesar dengan Allahyarham.. Tiap kali tiba waktu pengumuman puasa dan hari raya dialah yang pasti kita nantikan.. AT teringat ayah cakap, masa zaman kanak-kanak, tiap kali nak raya, mesti AT yang duduk tercongok depan TV dulu..
Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan mereka yang tinggi darjatnya di sisi Allah SWT. …

Segmen : Pencarian Blogger Baru

Image
Nampak sweet jer banner kat bawah ni kan.. Sambil menziarah blog member, terperasan member Dunia Aqua join segment ni.. AT pun nak join jugak arr.. Kenapa? Nak tambah lagi kenalan dari kalangan bloggers.. AT target menjelang 2013, rakan2 AT bertambah kepada 200 orang... cewaahhhh... hehehehehh nak kena bagi hadiah macam ni



 
Nak join? Kena la ikut syarat2 nya.. Syarat2nya adalah:-
•Blogger yang mempunyai follower tak mencecah 1000 orang (AT lah tu) •Follower blog AISYAH HUMAIRA' & PERWADAH •Buat entry ringkas dengan letak header blog Niera dan link kan ke SINI •Nyatakan jumlah follower semasa join segmen ini. •Tarikh akhir > 31/12/12 [tertakhluk kepada perubahan] >>> 23/12/2012
Jom sama2 kita tambah kenalan!! ehhhh... sudi2 lah jadi rakan blog Aety juga yer....
^_^


A.d.i.o.s

p/s : kalau boleh tinggalkan comment ek.. kadang2 kat shout box tu link tak appear utk AT follow back kawan2.. macih.. muuahh mmuahh ^_^



Bolasepak : AFF Suzuki 2012 - 1st semifinal Malaysia vs Thailand

Image
Harimau Malaya gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di padang sendiri apabila terikat 1-1 dengan skuad Gajah Putih.

Malaysia 1 - 1 Thailand

Pada AT, penyudah serangan kurang memuaskan. Upss... ini pendapat AT sahaja yer... AT bukannya pakar pun nak analisis perlawanan ni.. Apa2 pun, untuk semifinal ke-2 nanti, marilah kita sama-sama berdoa agar Harimau Malaya mampu 'membaham' Gajah Putih di tanah jajahan mereka nanti. Ada TAKHTA yang perlu kita kekalkan.
Selamanya Harimau Malaya!!!
A.d.i.o.s

Maharaja Lawak Mega 2012 - Minggu ke 4

Image
Dengan tajuk tema adalah 'mengayat', para peserta dikehendaki mempersembahkan satu sketsa mengayat, bodek ker, pujuk ker, ayat cinta ker, apa2 jelah yang sewaktu dengannya. Kali ini, Abg Adi & Abg Zahid dari segmen Petang Era diberi tugas utk interview & memperkenalkan para peserta sebelum membuat persembahan TAPI Dato Ac Mizal still hos utama MLM2012.
Pada AT, masih ada peserta yang kurang mempamerkn persembahan yang baik. Apa kata kita review persembahan diorang. Secara ringkas yer AT update kat sini (persembahan tanpa ikut turutan) :- Saywho - memang menjadi. Mereka telah memilih watak Wan Zack & K Rajagopal sebagai 'killer' utk sketsa kali ini. Paling menjadi si Bochil yang bawa watak K Rajagopal.  Tambah best bila diorang sokong Malaysia untuk kalahkan Thailand dlm bolasepak AFF kali ni. Boboi - gandingan Harun & Nabil nampak macam janggal. Nampak macam jalan citer tu  agak hambar. Takkan disebabkan ketiadaan Afdlin kot? Pada AT, AT lebih prefer …

My Favourite Song - Seperti Dulu by Exist

Selalu ku mengharapkan Kau akan segera pulang Kau balik seperti dulu Menghapuskan rindu Yang sering menghantuiku
Semenjak kau datang Di hatiku sayang Semua resahku hilang Diriku bukanlah Seorang yang mudah Menyerahkan cinta semudah kata
Kudambakan cinta Indah seperti dulu Kerna cintaku tak pernah rasa jemu Biar hati bimbang Aku terus menunggu Benar ku tahu kau tak pernah jauh Kau di hatiku
Di hari yang datang Janganlah kau ulang Lukai hatiku sayang Aku pun bukanlah Seorang yang bisa Menggantikan cinta sekelip mata
Aku inginkan cinta Kita seperti dulu Kerna cintaku tak mudah rasa jemu Biar hati bimbang Aku terus menunggu Dan aku tahu kau tak pernah jauh Kau di hatiku
  Sumber : Lirikami

p/s : pernah harap dia kembali tapi itu semua tinggal harapan.. Life must go on..

My study - Assignment Financial Of Management

Image
dah lama tinggalkan basic accounting, bila nak buat assignment ni BUNTUgak dibuatnya hmmmm...

caiyok!! caiyok!!
A.d..i.o.s


p/s : catatan 12:50 pagi... huhuhuhhhh

Crepe Durian - sedap kerrrr?

Image
AT tak tau kenapa AT ni bukan peminat/penggemar  DURIAN jangan kata isinya, baunya pun AT tak tahan.
sekarang ni pulak, ada desert baru CREPE DURIAN cam mana nak sebut? tak reti AT.. dah jadi macam trend pulak.. sana sini orang dok citer pasal desert ni.. mungkin sebab sekarang ni terdapat banyak lambakan durian.. kreatif betul la kan..  1 jer AT nak tanya sedap ker??? ~_^ hehehe

apa punya soalan

A.d.i.o.s

Yummmy.... sedapnyer....

Image
tetiba plak teringin nak makan desert nih

         
saper tak tau, sila cubit pipi anda sendiri.. tapi jangan cubit kuat-kuat tau.. hehehe..
ada saper2 nak belanja tak??? ^_^

A.d.i.o.s



Bolasepak : Safee Sali milik pasukan Johor

Image
 Safee Sali akan beraksi untuk pasukan negeri Johor musim depan tapi secara 'pinjaman.  Beliau 'dipinjamkan' setelah mendapat surat pelepasan daripada kelab Liga Super Indonesia (ISL), Arema Indonesia.
Maknanya, pasukan Johor musim depan tampil dengan beberapa pemain kebangsaan. Siapa?

Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha, Aidil Zafuan Radzak, Zaquan Adha Radzak Azmi Muslim
Wahhh... belanja besar PBNJ kali ni.. Termasuk Safee Sali, 6 orang pemain kebangsaan akan beraksi untuk pasukan Johor..

Hmmmm.... Memang tekad diorang ni nak jadi juara musim depan.. Apa2 pun, semoga berjaya!!

A.d.i.o.s

p/s : suka plak tengok dia ngan Safiq Rahim... wit wit... ^_^

Maharaja Lawak Mega 2012 : Minggu ke 3

Image
Disebabkan keletihan & mengantok, AT tak dapat tengok MLM2012 untuk minggu lepas tapi tak worry sebab Astro akan ulang tayang episode tu. Minggu ke-3 bertemakan "parody". Apa itu "parodi”? Maksudnya adalah karya ajukan berdasarkan karya asal. Tapi kalau dah kata Maharaja Lawak Mega, sudah tentu la tujuan kena melawak.
Pembukaan MLM-2 diserikan oleh Abg Adifashla & Abg Zahid. Diorang kan famous kat segmen Parody petang jem Era. Diorang ubah lirik lagu Hyper Act - Harapan. Serius arr, AT rinduuuuuu nak dengar encik abang berdua ni menyanyi secara live macam ni. upsss.. terlebih sudah... Abg Zahid siap buat ‘slang’ suara Awie lagi tuh.. heheheh


Pendapat AT;-

1. JAMBU - AT ingatkan diorang akan kekal dgn watak filem Anakku Sazali tapi rupa2nya berlatih teater. Siap tukar ikut loghat negeri. Memang lawak.

2. JOZAN memang ok cuma rasa macam dah selalu tengok diorang bawa watak Datuk Yusof Haslam dengan Aaron Aziz tu

3. Shiro – ok jugak persembahan diorang ni. Diorang…

Alhamdulillah...

Image
A.d.i.o.s


Bolasepak : AFF Suzuki 2012 - Malaysia vs Indonesia (results)

Image
Harimau Malaya berjaya mara ke separuh akhir AFF Suzuki 2012 selepas menundukkan Indonesia
2-0
Harimau Malaya akan bertemu dengan Thailand, juga menjadi pilihan untuk merangkul kejuaraan kali ini
Perkuatkanlah cengkaman mu Harimau Malaya!!
Ada kejuaraan yang perlu kita pertahankan!!
A.d.i.o.s