Saturday, November 24, 2012

Maharaja Lawak Mega 2012 : Minggu ke 2

saper tengok? T tak dapat nak tengok sangat sebab terasa letih + berebut remote control sampai hangin 1 badan (walaupun tahu pasti ada ulangan)..  SABAR JELAH!!!!!!!!!!!!!!!

Tema minggu ini adalah  spoof, tiru, parodi, scene atau tajuk dari mana2 babak, adegan, sketsa dari filem, drama samada tempatan atau antarabangsa.. Ada peserta yang telah bangkit menampilkan persembahan yang lebih baik dari minggu lepas dan masih ada yang macam tak berubah (sebab tengok ulangan)

Kebanyakan mereka meniru filem2 Seniman Agung Allahyarhan Tan Sri P Ramlee yang mana sememangnya AT adalah penggemar filem2 Seniman Agung ini. Jom kita review secara ringkas persembahan diorang:-
  1. R2 - menggabungkan filem Anakku Sazali and KL Gangster. Mula2 tu macam slow sikit tapi lepas tu baru meriah bila Rahim buat watak Shaq.
  2. DaDiDu - menggabungkan watak Hulk Hogan dan Superman Kelantan yang pergi berjumpa tok bomoh sebab nak dapatkan jodoh. Tak tahu kenapa macam tak 'lawak'.
  3. Jozan - menggabungkan filem Anakku Sazali dan Bawang Putih & Merah. Diorang yang telah memenangi Best Chemistry di Shout Awards 2012 sememangnya telah menampilkan lawak yang bersahaja. W/apapun, mereka telah diberi peringatan oleh juri - Najip Ali (my idola) agar jangan terlaku leka dengan apa yang diorang kecapi sekarang.
  4. Balas - Minggu ni takde lawak double meaning, tapi kreatif jugak la diorang ni. Diorang gabungkan banyak watak2 dan adegan filem seperti Mohabbatein, Anakkku Sazali, Batman, Snow White, Nur Kasih, Titanic dan The Shrek.
  5. PMai - Membawa babak dari filem Laksamana Do Re Mi dan Hang Tuah, persembahan mereka agak lambat panas pada awalnya. Bukan la nak kata takde lawak langsung, cuma mungkin lawak seperti itu dah kurang diterima oleh generasi2 baru zaman sekarang, cuma aku suka penonton agak supportive malam tu.
  6. Boboi - Afdlin dan Harun Salim Bachik tiru watak James Bond Skyfall, bila loceng dah berbunyi, baru Nabil keluar sebagai pontianak dalam filem Pontianak vs Orang Minyak. Lawak memang lawak cuma bila dah bertiga ni, kena pandai manage utk timing supaya semua fair di atas pentas.
  7. Bandung Joker - Cuba membawa adegan dari filem Bujang Lapuk dan Hang Tuah tapi kurang menjadi. Lagi satu masalah bila ada sesetengah perkataan yang kurang difahami jadi lawaknya tak 'sampai'
  8. SayWho - Ni Sarip Dol punya cerita (Seniman Bujang Lapuk). Overall memang menghiburkan. Penggunaan bahasa lebih baik dari BJ. Terselit jugak cerita Azura di situ.
  9. Jambu - Menggabungkan babak simple dari filem 3 Abdul dan watak Kassim Selamat (Ibu Mertuaku). Siap tambah watak lagi dalam scene tu. Lawak betul.
  10. Shiro - AT tak tau kenapa AT suka tapi memang AT suka dgn diorang ni since Raja Lawak lagi. Diorang pilih tele-series Tanah Kubur & watak dalam KL Gangster (tak ingat nama). Ajukan Shahrol utk watak Tok Adi agak menjadi dan bersahaja. Terselit jugak scene dari filem Ombak Rindu. Siap ajuk dialog Mila Emilia (lakonan Lisa Surihani). Sebutan 'R' tu yang lawak.
  11. Sabon - Diorang try bawa watak Pak Pandir dan Mak Andir. Pada AT macam kurang menjadi. Don't know la, seems like gabungan diorang macam satu 'masalah'. upps, my opinion ya.. harap tak diputarbelit.

Apa2pun, para peserta semua bernasib baik sebab tiada penyingkiran dilakukan sehingga minggu ke-3. Walaupun tiada penyingkiran, Bottom 3 dan Top 3 tetap diumumkan.

Bottom 3:-
R2
DaDiDu
PMai

Top 3 :-
Jozan
Jambu
Boboi

Semoga minggu depan lebih baik dari minggu ini.

Sumber : Mr Google

A.d.i.o.s

2 comments:

  1. Salam...
    macam mana ye nak dapat kan tiket masuk ke Stadium MBSA tu n berapa harga nya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Syah Kasim.. Kalau tak salah saya, tiket masuk percuma... kena ambil kat auditorium MBSA start 3pm hari Jumaat.. rasanyalahhh.... ^_^

      Delete

TQ sebab sudi tinggalkan komen.
Kawan2 memang terbaik..
♥^_^♥