Monday, November 19, 2012

Maharaja Lawak Mega 2012 - Minggu Pertama

Minta maaf sebab lambat nak update rancangan ni.. tapi mesti kawan2 ada tengok kan kan kan..? hehehehhh... Oleh kerana bro Tirana Aduka request supaya AT update rancangan ni, AT update kan  buat secara ringkas la yer...

Sebelum MLM2012 bermula pada hari Sabtu, 16.11.2012, MLM2012 telah membuka pentas untuk pemilihan 1 daripada 3 kumpulan yang telah dipilih melalui HOT SEAT (panas ker) untuk menjadi sebahagian daripada peserta yang bakal bertanding. Mereka adalah kumpulan Balas, Kecil & Mamu.. Pada AT, kumpulan MAMU yang best tapi tak tau la macam mana kumpulan BALAS yang dapat.. Erm, pilihan juri tak siapa boleh halang..

16 November 2012 bermulalah saingan antara peserta.. Pembukaan boleh dikatakan agak gah jugakla.. Alahai Dato' AC, promote lagu nampak.. serius, laju giler rap dia malam tu.. kalau AT dah confirm berbelit lidah.. Setelah para peserta diperkenalkan satu-persatu, Dato' AC telah memperkenalkan para juri yang terdiri daripada:-
  1. AWIE - memang cute tengok dia menari
  2. WULAN - from Indonesia.. cantik weh..
  3. NAJIEP ALI - serius, dah lama aku nantikan kehadiran dia.. suker der dengan dia..
  4. LISA SURIHANI - alahhh, si cute nih..
    Sumber : Miss BaNu StoRy
Pada AT, kumpulan yang telah memberikan persembahan terbaik malam pertama saingan adalah JOZAN.. ramai yang setuju rasanya.. mau tidak, si Johan tiru gaya Abg Awie.. Dia menyanyi kat tiang tempat menunggu bas.. Lagu Abg Awie pulak tuh.. Si Zizan pulak macam excited bebenor jumpa si Awie nih.. Adooi, memang sakit perut dibuatnya.. Abg Awie sendiri tak tahan gelak dengan persembahan diorang.. Selesai persembahan, kalau ikutkan masa tu turn Lisa Surihani yang kena beri komen, tapi diberi peluang tu kepada Abg Awie untuk komen. Johan siap menyorok dibelakang kerusi. Memang best la..


Sumber ; Google


 Antara persembahan yang boleh dikatakan baik malam tu pada pendapat AT adalah;-

SHIRO -  walaupun mcm ada lupa punch line kat mana tapi Ajak memang selamba arr..
BOBOI - kali ni BOBOI ada lagi sorang adik yang baru diketahui kewujudannya
SAEHU - cayalah, dia buat ala2 drama Adam & Hawa..
BANDUNG JOKERS - 3 ahli sebenarnya - 2 anggota masih kekal tapi anggota baru adalah kembar kepada yg bersuara kecil itu. Macam Upin & Ipin pulak.. cute..
JAMBU - tak faham sangat lawak dia tapi ok la..

Minggu pertama tiada penyingkiran.. Yelah, baru nak panaskan pentas utama kan.. Tapi Dato' AC telah mengumumkan peserta2 yang mendapat undian tertinggi & terendah pada malam tu..

UNDIAN TERBANYAK
1. JOZAN
2. JAMBU
3. BOBOI

UNDIAN TERENDAH
1. PIMAI
2. DADIDU
3. PIMAI

Siapa pilihan kawan-kawan untuk Maharaja Lawak Mega 2012 kali ini?

A.d.i.o.s

p/s : alamatnya bil telefon melambung la lepas ni dok undi diorang..

No comments:

Post a Comment

TQ sebab sudi tinggalkan komen.
Kawan2 memang terbaik..
♥^_^♥