Tuesday, November 20, 2012

Keputusan UPSR 2012

Tajuk hangat berita semalam dan hari ini...

Seramai 45,054 calon UPSR dapat semua A..

Berdasarkan kepada Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran, peratusnya menurun 0.54 peratus berbanding 46,012 calon pada tahun lalu. Pencapaian keseluruhan juga menurun sebanyak 0.01 mata Gred Purata Nasional (GPN) iaitu daripada 2.30 tahun lalu kepada 2.31 tahun ini. Erm, nampak macam sikit tapi mesti ada sebab. 

Dah tu pulak kecoh perihal calon UPSR yang melarikan diri bila nama dia tercicir daripada senarai pelajar yang mendapat keputusan cemerlang 5A dalam UPSR. Dia stress sebab nama-nama kawan dia dah dipanggil tapi nama dia takde walhal dia pun dapat 5A. Kecoh kejap keadaan. Kalau yer pun stress janganlah buat macam tu dik, kesian mak dengan ayah awak..

Tahniah buat mereka yang berjaya.. Pada yang tak dapat semua A tu, jangan kecewa.. Ini bukan penamat.. 




A.d.i.o.s

p/s : teringat masa amik result periksa dulu-dulu..


No comments:

Post a Comment

TQ sebab sudi tinggalkan komen.
Kawan2 memang terbaik..
♥^_^♥