Update Event : Eksplorasi Warisan 2012

Kalau kawan-kawan  perasan, AT pernah post satu entry pasal event Eksplorasi Warisan 2012 ni.. Haaa, ni info yang paling latest AT dapat..


Buat julung kalinya Menara Kuala Lumpur dan Jabatan Warisan Negara dengan kerjasama Starbucks Malaysia akan menganjurkan acara Explorasi Warisan 2012 pada 8 hingga 9 Disember 2012. Pertandingan mencabar ini akan bermula semasa sesi taklimat pada 7 Disember 2012 di Muzium Telekom di mana para peserta akan melakukan aktiviti dan menjawab soalan berkenaan Galeri Muzium Telekom.

Acara ini diteruskan pada keesokkan harinya di Menara Kuala Lumpur dan berakhir di Menara Alor Setar.
Para peserta akan berpeluang menerokai khazanah Warisan Negara di sepanjang perjalanan mereka dengan mencari jawapan dan melakukan aktiviti mencari harta karun. Penyertaan terbuka kepada 50 kenderaan pertama yang berdaftar dan peserta adalah terdiri daripada 2 hingga 4 orang peserta bagi setiap kenderaan. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM520 sepasukan dan setiap penyertaan akan menerima T-shirt acara, sijil penyertaan, penginapan 2 hari 1 malam di Fuller Hotel beserta sarapan, jamuan makan malam, lawatan percuma ke Pelantar Pemandangan Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar serta Muzium Telekom dan barangan cenderahati dari Starbuck Malaysia, Adabi, 100Plus dan banyak lagi.

Jangan ketinggalan untuk menyertai acara yang menguji minda dan ketahanan fizikal serta menikmati pelbagai aktiviti yang menyeronokkan ini, di samping berpeluang memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM25,000.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-2072 1219 atau 03-2020 5499 dan layari laman sesawang www.menarakl.com.my atau facebook di www.facebook.com/officialmenarakl.

**********************************

vrooommmm vrooommmmm vrooommmmmmmm.. eh ni bukan lumba kereta la... apa la AT ni.. heheheh


A.d.i.o.s


info as email from GCC TM


Comments

Popular posts from this blog

Si Hijau ku merajuk lagi!!!! - masalah hon & minyak hitam terlebih

Mencari Ramli Musim Ke-5 Kini Bermula!